Bab 21: Penjaga Sungai Berasid

1.3K 125 6
                                    

PAGI kian menjelma..

Syah mengeliat kecil.Matanya masih terpejam rapat.Saat dia sedar seperti dia sedang memeluk sesuatu,Syah terus sahaja terjaga.

Syah memerhati 'apa' yg dipeluknya tadi.Kelihatan Zinnt sedang enak tidur disampingnya.Dengkuran halus jelas kedengaran.

Syah terus sahaja menguntum senyum.Ingatkan dia terpeluk pocong tadi.

Dengan pantas,Syah segera berdiri.Dia merengangkan badannya sambil menunju kearah terusan sungai.

Air wudhuk diambil lalu Solat Subuh didirikan.

•••••••••••••••••••••✔••••••••••••••••••••••••

ZINNT terjaga dari tidurnya tatkala dia terdengar derapan kaki melangkah jauh.Saat dia melihat tempat tidurnya,dia terpingga-pingga. Macam manalah dia boleh bergolek sampai dekat tempat tidur Syah ni??

Zinnt mengaru-garu kepala yg tidak gatal.Pelik.Takkanlah si Syah tu boleh tarik dia sampai sini??

Urhh.. Lupakan sajalah.Benda yg tak penting,tak payahlah diambil tahu.Buat serabut otak saja.

Dengan langkah yg malas,Zinnt pergi kearah terusan sungai lalu dia membasuh wajahnya.

><><><><><><><><><><><><><><><

SELEPAS mereka semua bangun dan makan,barang-barang mereka dikemas.Hari ini mereka akan melalui Sungai Berasid.

Urh..Persoalannya,..boleh ke mereka lalu Sungai Berasid yg hampir selebar 60 meter itu?? Entah.Tiada sesiapa yg tahu.

Syah memerhati Sungai Berasid yg terbentang luas dihadapan mereka tanpa eksperasi wajah.

Tiada satu pun jambatan yg kelihatan disitu untuk digunakan menyeberangi Sungai Berasid tersebut.

Syawal yg turut memerhati,hanya terpingga-pingga.

"Haih...Syah~.Macam mana kita nak lalu ni? Tak ada pun jambatannya." Soal Syawal berserta keluhan berat.

Syah tersenyum sendirian.

"Kita kena jatuhkan tujuh titisan air masin ke dalam sungai berasid ni." Jawab Syah,tenang sahaja.

Mereka yg lain hanya terpingga-pingga.

"Air masin??" Soal mereka yg lain,serentak.Syah hanya mengangguk.

"Ya.Tapi aku tak tahu air jenis apa yg harus dititiskan." Sambung Syah lagi sambil memeluk tubuh.Angin yg datang menerpa,meniup lembut jubah yg dipakainya.

Suasana berubah senyap untuk seketika.Hanya kedengaran bunyi asid mendidih dan angin sahaja ketika ini.

Syah memejamkan rapat matanya.

Kedengaran ada bisikan halus dicuping telinganya namun dia tidak dapat menangkap maksud bisikan itu kerana terlalu lembut.

Satu demi satu memorinya terlayar di mata.Bukan lama tetapi hanya sepintas lalu.

Memori ketika dia bertukar menjadi 'sesuatu'..,saat dia menghadkan kuasanya..,ketika dia meminum Potion Alpa..dan saat dia telah membunuh rakannya sendiri berpuluh-puluh tahun yg lepas..

'Ya Allah..berdosanya aku..' Keluh hati Syah.Dia meraup wajahnya dengan mata yg tertutup rapat.

Kemudian,Syah ternampak masa hadapannya di mana dia kecewa dan ketika itu dia sedang memegang sekuntum bunga yg sudah hangus.Bunga itu kemudiannya berkecai dibawa angin.

THE ALCHEMIST (EDITING)Where stories live. Discover now