Bab 43: Cubit? Apa bendanya tu?

1.2K 106 3
                                    

"ADUH! Perlahanlah sikit..Pedihlah.." Rengek Syah di saat Syawal tersentuh kasar lukanya yang dipanah petir itu.

Syawal hanya mengaru-garu kepala yang tak gatal.Tersengih.Tak pernah lagi Syah merengek macam ni selama mereka saling mengenali. Lagipun,ni baru cuci luka kut,bukannya jahit lagi!

Gelak ketawa Fellex pula sudah bersemburan.Sambil tangannya menumbuk perlahan Dazz Herb di dalam lesung batu,sambil itu juga mulutnya mengeluarkan bunyi ketawa.

Mana tak lawaknya,seorang Alchemist merengek macam budak kecik? Biar betik?

Wajah Syah memasam.Dia berdecit sakit lagi di saat kain lembab yang dipegang Syawal menyentuh lukanya.

"Syah.Bila masa awak pandai merengek ni?" Soal Syawal bersama gelak kecil yang terletus.

"Diamlah.Sakit tau tak? Aduh! Pedihlahhh.." Untuk kesekian kalinya,Syah merengek lagi.Dia meronta-ronta perlahan.Ish.Dah macam budak kecik betul.

"Syah,duduk diam-diamlah." Balas Syawal,bersahaja.

"Sakit!"

Syah terus saja memuncung.Comel.Pipinya yang memerah seperti tomato itu menjadikan dia tampak comel sekali!

Fellex pula sudah ketawa berdekah-dekah.Hampir saja lesung batu itu terlepas dari tangannya.Dia terus saja menghulurkan lesung batu yang dipenuhi Dazz Herb lumat itu kepada Syawal.

"Hahaha! Nah Syawal.Jangan lupa tempek dekat dahi dia sekali.Perangai macam budak kecik dah aku tengok.Hahaha!" Ucapnya berserta gelak lucu.

Syawal menyambut huluran Fellex itu.Sempat lagi tangannya mencubit lengan Elf tersebut.

Fellex mengaduh sakit.Wajahnya berkerut menahan kesakitan yang mengila.Tempat yang dicubit Syawal digosoknya,laju.

"Aduh! Kau buat apa dekat aku tadi hah? Sakit giler kau tau tak? Pedihlah!"

Fellex yang tidak pernah mengerti apa itu perkataan 'cubit' dalam seumur hidupnya,hanya membebel kesakitan.

Syawal terus saja ketawa.

"Oh.Tadi tu? Apa yang saya buat dekat awak tadi tu adalah 'cubit'.Awak tak pernah kena ke sebelum ni?" Soalnya pula dengan wajah nakal.Lesung batu itu diletaknya bersebelahan Syah.

Mendengarkan perkataan 'cubit' yang dianggap asing padanya itu,sikap ingin tahu Fellex tiba-tiba timbul.Mata bulat ditayangkan.Dia pantas mendekatkan badannya ke badan Syawal.

" Tak.Aku tak pernah kena sebelum ni.'Cubit' ? Apa bendanya tu? Tujuannya untuk apa?" Soal Fellex, ingin tahu.

Syawal terkedu.Fellex yang lebih tinggi darinya itu,dipandang dengan muka pelik.Erm..Nak cakap jujur ke tak ni?

Tiba-tiba ada idea nakal terbit di minda Syawal.Dia tersengih.

"Erm...'Cubit' tu bermaksud kita tarik kulit seseorang macam ni.Tujuan cubit ni adalah untuk mengeratkan lagi persahabatan! Sebab tulah awak rasa sakit tadi.Itu tandanya persahabatan kita dah semakin kukuh!" Bohong Syawal,diikuti dengan ketawa lucu.

Syah juga turut ketawa sepertinya. Tak gunalah kau ni Syawal! Jahat betul! Cubit orang untuk tambah persahabatan? Apa punya ayatlah! Kalau dia dapat tau kau tipu dia,mahu saja bergegar tanah ni dibuatnya!

"Oooo..."

Fellex perlahan-lahan mengangguk faham.Dia memegang dagu.

Melihatkan Fellex yang sedang diperbodohkan itu,ketawa Syah dan Syawal semakin kuat.

"Hmm..Jadi...aku kena cubit semua oranglah ni..? Untuk tambah lagi persahabatan kita?" Duga Fellex dengan muka tak bersalah.

Tawa Syawal serta-merta terhenti.Hanya ketawa Syah saja yang masih kedengaran.Namun ketawa Syah pula semakin lagi menjadi-jadi.Hahaha! Ambik kau Syawal! Nak sangat menipu?

Erk... Syawal kematian kata-kata.

"Er..itu..,itu.."

Dia jadi tak tentu arah.Dan dia tahu...dia sememangnya dah buat silap yang besar.

Fellex yang tidak mengerti,hanya tersengih.

"Baik! Kalau macam tu,aku akan cubit kau banyak-banyak!" Jeritnya,gembira.Gigi taring kecilnya jelas kelihatan kerana tersenyum.

Perlahan-lahan dia mengangkat tangan kanannya ke udara,dengan gaya ingin menyepit seperti ketam.Ibu jari dan jari telunjuknya dilaga-lagakan berulang kali bersama sebuah senyuman di bibir.

Melihatkan reaksi Fellex yang sudah bersedia untuk menyepitnya,Syawal terus saja jadi gelabah tak tentu hala.

"Apa?! Eh,ja..jangan Fellex! Jangan!" Jerit Syawal,ketakutan.Perlahan-lahan dia mengundur ke belakang.

"Jangan? Kenapa pulak?" Soal Fellex bersama kerutan di dahi.Gaya menyepit seperti tadi masih ditunjukkan.

"Errr...er.."

Sekali lagi Syawal kematian kata-kata.Di saat dia terlihatkan Syah yang sedang seronok mentertawakan dirinya,idea jahat tiba-tiba muncul.

"Er..Hah! Awak kena cubit Syah dulu! Dia kan kawan pertama awak? Jadi dialah yang mesti kena dulu!" Balas Syawal,jahat sekali.

"Oh? Macam tu ya?" Soal Fellex lagi,naif.

Kini perhatiannya tertumpu 100% kepada Syah.Tersengih macam kerang busuk.

Ketawa Syah terus sajs terhenti.Dia meneguk air liur yang terasa kelat.Wajah Syawal dipandangnya pula dengan perasaan tak puas hati.Hatinya membentak geram.

'Tak guna punya kawan! Kau yang mula dulu,aku pulak yang kena?!'

Begitulah maksud pandangan Syah kepada Syawal sekarang ni.

Syawal terus saja menjelirkan lidahnya ke arah Syah.Dia pantas melarikan diri dari situ.Tak nak kena cubit!

"Hehehe.. Syahhh..." Panggil Fellex dengan muka nakal.Gaya nak menyepit tadi masih ada.Perlahan-lahan dia melangkah ke arah Syah yang sedang duduk diatas katil tu.

Gulp! Syah meneguk air liur yang terasa kelat.Dia cuba untuk melarikan diri namun lukanya membataskan pergerakannya.

Melihatkan Fellex semakin menghampiri, hanya satu cara saja yang tinggal sekarang ni! Ya! Nak tak nak dia terpaksa lakukan jugak!

Tiba-tiba tanpa disangka Fellex,..

...Syah tiba-tiba saja terkulai rebah diatas katil itu.Matanya tertutup rapat.

Mata Fellex terus saja membulat.

"Syahhh!" Jeritnya,nyaring.Dia pantas mendapatkan Syah yang disangkakan pengsan itu.Tubuh Alchemist itu dipangku.

Pipi dan dahi Syah disentuh perlahan. Panas!

Hati Fellex mulai dipagut risau.Syah demam?

Perlahan-lahan dia mengoncang tubuh lelaki itu.

"Syah! Bangun Syah! Jangan takutkan aku!" Ucapnya,naif sekali.Dia tak tahu yang Syah sedang berpura-pura pengsan sahaja ketika ini.

Senyap.Syah masih lagi kaku.

"Syah..." Panggil Fellex, perlahan. Tubuh Syah terus saja dipeluknya.

"...maafkan aku..Sebab kau hidupkan semula aku tadi,kau dah hilang daya tahan badan kau..Maafkan aku.. Semua ni salah aku..sebab aku,kau jatuh sakit.." Ucapnya,sesal.

Senyap.Syah masih berpura-pura pengsan.Namun dalam hatinya,dia sedikit terusik dengan kata-kata Fellex tadi. Rasa bersalah menguasai diri.Nak kena jujur ke tak sekarang ni?

to be continued...

THE ALCHEMIST (EDITING)Where stories live. Discover now