Bab 31: Hampir Mati

1.2K 122 3
                                    

SUASANA yg seronok tadi,telah pun bertukar tegang.Semua orang panik dan cemas.Iryan pula tidak henti-henti mengalirkan air mata.Namun,ia hanyalah rekaan semata-mata agar tiada sesiapa mengesyaki dirinya.

Syawal pula sudah dilanda cemas,bercampur dengan kebuntuan idea.Otaknya terasa lembab ketika ini.Dia langsung tak dapat berfikir.

"Apa yg patut kita buat?! Apa?! Apa?!" Soal Syawal,buntu.Dia menekup wajah.

"Ish!! Kau diamlah! Kau buat aku lagi berserabut,kau tau tak?!" Marah Fellex pula.Otaknya masih ligat memikirkan cara untuk merawat Syah.

Hanya dua cara sahaja untuk merawat racun Amfric ini.

Pertama,jika dihiris pedang atau diserang dengan racun itu,penawarnya adalah Dazz Herb,iaitu dengan menempelkan herba itu ke luka.

Tapi,kalau dah termakan atau terminum racun Amfric ni,penawarnya adalah...

Mata Fellex terus sahaja membulat.Dia dah ingat apa penawar yg sepatutnya!! Jari pantas dipetik.

"Syawal! Aku dah ingat!! Penawar yg mujarab masa ni adalah darah manusia! Darah manusia akan meneutralkan racun tu! Cuma titiskan saja darah tu dalam mulut Syah! Tapi..mana kita nak cari darah tu ..."

Semangat Fellex kembali pudar.Dia mencucuk-cucuk pipi Syah berulang kali,kebuntuan idea.

Mata Syawal pula tiba-tiba bersinar.Beg sandang kecilnya pantas diselongkar.

Pisau kecil dikeluarkan lalu terus sahaja diletakkan diatas urat nadinya.

Semua orang kelihatan terpingga-pingga. Apa yg dia nak buat tu?

"Syah..Awak patut tahu,saya buat semua ni untuk kebaikan awak." Ucap Syawal,sebelum dia mengelar pergelangan tangannya.

Semua orang terperanjat tanpa kata.Iryan juga begitu.Dia menekup mulut yg terlopong luas.

Syawal kelar tangan dia?!

"Syawal!! Apa kau buat ni?! Kau boleh mati kau tau tak?!" Ucap Fellex, separuh menjerit. Dia pantas mengengam pergelangan Syawal untuk memberhentikan pendarahan.

"Saya nak selamatkan Syah!! Saya tak kisah kalau saya yg mati,tapi bukannya dia!!"

Syawal segera menarik tangannya kembali.Dia terus sahaja menitiskan darahnya ke dalam mulut Syah.

Semua orang membatu di tempat masing-masing.

"Jangan Syawal!!" Halang Zinnt pula.Syawal mengendahkan.

"Jangan buat kerja bodoh boleh tak?! Syawal!! Hentikan!" Halang Fellex pula.

Fellex dan Zinnt tak henti-henti menghalang Syawal namun Syawal masih tetap berkeras dengan keputusannya.

Banyak darah yg menitik masuk ke dalam mulut Syah.Wajah Syawal pula kelihatan semakin pucat.Banyak darahnya yg telah hilang.

Perlahan-lahan penglihatannya semakin kabur.Dia hampir-hampir saja rebah ke tanah namun sempat disambut Fellex.

Tubuh lelaki itu dipangku oleh Elf tersebut.

"Aku dah kata jangan buat kerja gila ni!! Kenapa kau ni degil sangat hah?!" Marah Fellex, bersama air mata yg hampir menitis.

Healing Potion yg berada di dalam poketnya,pantas dikeluarkan lalu dititiskan ke dalam mulut Syawal. Beberapa titik lagi,dititiskan keatas luka dikelar tadi.

Luka Syawal semakin memulih sebaik saja terkena cecair biru itu.

Syawal hanya ketawa kecil.

"Awak ni suka membebellah..Macam nenek saya!" Ucapnya,bersama ketawa kecil.

"Ish!! Tu jugak yg kau ingat! Nyawa sendiri tak nak ingat!" Marah Fellex lagi,dalam tawa.Dia segera menjauhkan Syawal darinya.

Tiba-tiba..

"Uhuk!! Uhuk!! Uhuk!!"

Kedengaran seseorang terbatuk kasar.

••••••••••••••••••••••⤵••••••••••••••••••••••

"SYAH!!" Panggil mereka semua.

Senyuman mulai menghiasi di bibir masing-masing kecuali Iryan.Wajahnya masam sekali.

Syah hanya tersenyum.Tiba-tiba dahinya berkerut seribu.Bibir yg terasa basah,dilap dengan mengunakan hujung jari.

Jarinya itu dipandang.Ada cecair merah di situ.

Saat dia dapat mengenalpasti cecair itu adalah darah,serta-merta tekaknya terasa meloya.Dia terus saja termuntah.

Zinnt yg mulai berasa geli,terus saja menekup mulut.

"Arghhhhh!! Maafkan saya!!" Jerit Zinnt,nyaring.Dia pantas melarikan diri dari situ.

Saat dia tiba di salah satu pokok,segala isi perutnya dihamburkan di situ.

"Hahahahaha!! Abang muntah!" Kutuk Fellex,dari jauh.Walaupun jauh,Zinnt tetap dapat mendengar kata-kata adiknya dengan jelas.

"Diamlah! U..Uw..Uwek!!" Marah Zinnt,sebelum dia muntah semula.

Fellex hanya ketawa sambil menepuk-nepuk perlahan belakang Syah agar dia lebih selesa.

"Wei.Kau dah okey?" Soal Fellex,selepas Syah sudah habis muntah.

Syah hanya menekup mulut sambil mengeleng-gelengkan kepalanya.

"S...s..saya dah terbunuh orang ke tadi?" Soal Syah,agak tergagap-gagap.

Semua orang disitu mulai terkedu.Fellex juga begitu.Ajaib!

Syah dah guna balik kata ganti nama 'saya'!!

"Syah! Normal jugak kau akhirnya!!" Jerit Fellex, penuh gembira.Tubuh Syah dipeluknya.

"Mana aci,Fellex je yg dapat peluk! Kami semua pun nak peluk jugak!!" Ucap salah seorang Jeneral disitu.Mereka yg lain hanya mengangguk laju.

Kesemua ahli kumpulan Syah,terus saja memeluk Syah yg sedang terpingga-pingga itu.

' Apa sebenarnya yg dah jadi ni?" Soal hati Syah,sendirian.Dia tak faham langsung apa yg sedang berlaku.

to be continued..

***************************************

Hmm..sorry tau kalau ada typo ke apa.😂😂Kalau rasa citer kali ni kurang menarik,I'm so sorry okey? Hari saya ni pening sikit..Hehe..Sbb cuaca panaslah katakan.Oklah.Tataa!!

THE ALCHEMIST (EDITING)Where stories live. Discover now