DARI kejauhan di sebuah menara misteri,Kifft menyumpah seranah Iryan sepenuh hatinya.Semua barangannya disepahkan ke lantai.Otaknya kusut,benar-benar kusut.
"Tak guna punya raksasa! Sesedap hati saja kau rosakkan rancangan aku! Aku suruh kau tikam dia dengan racun,bukan racun makanan dia! Bodoh!!" Hambur Kifft,penuh amarah.
Dari jauh juga,Iryan menekup telinga,seekan-ekan Kifft memarahi dirinya di sebelah.Matanya pula dijulingkan keatas.
"Suka hati akulah! Kau siapa nak arah-arah aku bagai?" Balas Iryan semula,di dalam minda.
"Kurang ajar! Berani kau melawan aku hah?! Dasar raksasa tak kenang budi! Aku ni tuan kaulah,bodoh!" Hambur Kifft lagi.
Segala 'tok nenek' barangan miliknya,dilempar ke bawah.Berkecai habis semuanya.
Iryan hanya tersenyum sinis.
"Hei.Sudahlah tu,si lembap.Aku dah tak nak ikut rancangan kau.Sekarang ni,aku nak berkawan dengan Syah.Aku inginkan seorang kawan,bukannya seorang bos tak guna macam kau ni!" Balas Iryan lagi,didalam minda.
"Apa kau cakap? Kau nak mati ke hah!? Hei bodoh.Kau ingat,Syah nak kawan dengan kau ke? Lepas apa yg kau buat dekat dia? Jangan mimpilah!!" Amuk Kifft,kali ni dengan kemarahan yang lebih dasyat.
"Heh...Kau dah lupa ke? Aku ni The Undead Ghoul.Kau bukan boleh bunuh aku pun.Lagipun,buat apa kau nak kisah kalau Syah terima aku ke tak? Tu bukan urusan kaulah.Kau tak ada hak nak cakap apa-apa pun dekat aku! Huh. Sudahlah.Aku pergi dulu.Semoga tak jumpa kau lagi.Chauw!!"
Hubungan minda diputuskan oleh Iryan.Kifft tersentak.
"Bodoh punya raksasa! Aku sumpah kau!!" Jerit Kifft sekuat hatinya.
Kilat merah mulai berpancaran di kaki langit,mengambarkan kemarahan si Necromancer gila ini.
Kifft pantas menekup wajah,kecewa.Tiba-tiba, senyuman sinis mulai terbit di bibirnya.
Ketawa lucu mulai meletus.Bergema habis satu menara yangg sunyi itu.
"Hah..Tak apa..Tak apa..Aku akan tarik balik keupayaan menyamar kau tu,Iryan.Kau tunggu..Kau tunggu..Syah pasti akan halau kau tak lama lagi.Masatu,kau jangan melutut depan aku.Kau tunggu jelah,Iryan...Masanya akan tiba tak lama lagi.Hahahaha!"
Kifft kembali ketawa jahat,sambil memegang pedang yang terbaring cantik diatas mejanya.
••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
Selepas selesainya sesi 'beramah mesra' tadi..
PERJALANAN diteruskan kembali.Kini giliran Fellex pula yang mendukung Zamry.Semua orang senyap membisu,mungkin sudah tiada apa yang ingin dibualkan lagi.
Ataupun,..mungkin mereka juga sedang sibuk mengira jumlah harta yang bakal diperolehi nanti.Siapa tahu,bukan?
Syah juga turut membisu seperti yang lain.Tangan kanan miliknya,ditenung.Lingkaran unggu yang ada disitu,mulai memancarkan satu cahaya yang pelik.
"Syah? Kenapa? Awak lapar ke?" Soal Zinnt secara tiba-tiba.
Syah agak tersentak.Tangannya pantas disorok ke dalam jubah.Bibirnya pula sibuk menguntum senyum.
"Taklah.S..ss..saya..okey.Tak lapar pun."Balas Syah,agak tergagap-gagap.
Zinnt hanya mengangguk faham.Buah asam yang dibawa,dikulumnya untuk menghilangkan rasa loya tadi.
YOU ARE READING
THE ALCHEMIST (EDITING)
Fantasía"Harapan ini menyedihkan. Harapan ini mendukacitakan. Punah.Segalanya punah begitu sahaja.Impianku hancur. Aku hampa! Aku kecewa dengan segala-galanya! Pencarian Bunga Asfloera ini benar-benar menyeksakan aku!"-Syah Vyclans _________________...