"HAH?! Awak ni dah gila ke?! Kalau dia tu naga liar,tak ke naya kalau kita lepaskan dia nanti? Mahu saja dia buat kita ni jadi lauk dia kang.Sudahlah.Mari kita tinggalkan dia." Bantah Syawal dalam nada berbisik.Walaupun begitu,ada ketegasan dalam bicaranya.
Dia pantas menarik lengan Syah,ingin membawa lelaki itu pergi jauh dari sini tetapi Syah langsung tak berganjak.Malah wajah Syah ketat sekali.
"Beta tak nak! Apalah yang kamu nak takutkan tentang dia? Kalau nak dibandingkan antara naga itu dengan beta,beta rasa beta yang lebih menakutkan.Ini baru bentuk separa sedar antara Syah dengan beta iaitu hanya warna mata saja yang berubah.Kalau beta kuasai seluruh badannya,masa itu beta jamin kamu akan terkencing dalam seluar.Jomlah.Kita kena tolong dia!"
Syah mengakhiri kata-katanya dengan berdiri tegak.Nampaknya lelaki itu masih tekad dengan keputusannya.Masing-masing sudah menepuk dahi.Aduhai..
"Syah..dengar sini.Kalau dia makan awak nanti macam mana? Awak tak takut?" Soal Iryan,berpura-pura takut.Lengan Syah masih lagi dipeluknya.
Syah hanya tersenyum sinis.Iryan dipandang bersama pandangan jengkel.Dia kemudiannya mendekatkan wajahnya ke telinga Iryan lalu berbisik di telinga 'budak' itu.
"Tak.Beta langsung tak rasa takut.Melainkan kamu,Iryan.Kamu yang menakutkan sebenarnya.Dan beta rasa,...Syah yang 'tidur' sedang bersedih dan kecewa kerana kamu.Walaupun dia naif,kamu tak sepatutnya buat dia begini.Beta benci melihat kamu perlakukan dia sebegitu.Pengkhianat tak guna."
Gedebangg!
Kata-kata Syah yang terakhir,tiba-tiba saja diakhiri dengan bunyi dentuman guruh.Perlahan-lahan Syah menjarakkan wajahnya kembali.Senyuman ala-ala manis terukir.
Tiada siapa yang dapat mendengar bicara Syah sebentar tadi kerana ribut yang kuat membataskan pendengaran mereka...
...kecuali Iryan.
Iryan hanya berdiri terkedu di tempatnya.Pegangan pada lengan Syah serta-merta terlepas.Tubuhnya membatu.Bisikan Syah benar-benar menikam tepat pada jantung.Dia memegang dada dengan mata yang memandang Syah dengan rasa tak percaya.Adakah ini...perasaan seorang yang telah tikam belakang rakannya sendiri? Rasa seperti tertuduh?
Tetapi itu dahulu! Sekarang dia ingin berubah!
"Syah...." Iryan bersuara perlahan.Hampir-hampir sahaja menangis.
Syah hanya mengendahkan.Dia lantas berpaling lalu berjalan melepasi semak-samun yang agak meninggi itu.Langsung tiada riak ketakutan di wajahnya.Kini dia sedang bertentang mata dengan naga yang terkena 'jerat' itu.Tajam sekali.
Kesemua ahli kumpulan Syah pula terkejut melihat tindakan berani mati Syah.Tak sempat langsung untuk Fellex menghalang.Akhirnya demi menjaga keselamatan Syah, mereka terpaksa keluar dari tempat persembunyian masing-masing dan berhadapan dengan naga itu.
Naga itu tersenyum lebar pabila dia melihat ada beberapa manusia yang sedang tercongok di hadapannya kini.Dia bergerak sedikit,namun badannya disambar elektrik setiap kali bergerak.Nampaknya pentagram yang mengurungnya,benar-benar tak ingin membenarkan dia pergi.
"Oh..manusia rupa-rupanya.Tak pernah aku melihat manusia sedekat ini." Ucap naga itu,tersenyum penuh makna.
Diam.Masing-masing langsung tidak mahu membalas bicara naga itu.Takut seandainya jika ia marah,ia bakal membaham mereka sekali gus.Lady Autumn pula sudahpun memeluk kejap lengan sasa Zinnt.Dia agak ketakutan. Ini kali pertamanya berjumpa dengan seekor naga yang sebesar ini.
"Maafkan aku kalau aku buat korang takut.. Sebenarnya, aku ni Dragon Kight,manusia separa naga.Dah lima hari aku terperangkap di dalam 'jerat' ni..dibiarkan kelaparan.Boleh korang tolong aku?" Naga itu bersuara lagi.
YOU ARE READING
THE ALCHEMIST (EDITING)
Fantasy"Harapan ini menyedihkan. Harapan ini mendukacitakan. Punah.Segalanya punah begitu sahaja.Impianku hancur. Aku hampa! Aku kecewa dengan segala-galanya! Pencarian Bunga Asfloera ini benar-benar menyeksakan aku!"-Syah Vyclans _________________...