GEDEBUK!! Bunyi sesuatu yang jatuh,menghentikan pergelutan antara Syah dan juga Fellex. Fellex yang berada dibawah,pantas menolak Syah ke tepi.
"Apa ni main tindih-tindih pulak?! Aku tak buat apa-apa kot!" Marah Fellex. Dia menolak kasar bahu Syah.
"Diamlah! Yang awak tu hampir nak panah saya lagi tu apahal?! Dah gila ker hah?" Jerit Syah pula.Dia menolak kasar bahu Elf itu semula.
"Eiii!! Aku cuma panah baju seseorang,bukan kaulah! Sudahlah! Ke tepi!" Fellex menolak Syah ke tepi pula.Dia berjalan menuju ke arah pokok yang berada di belakang Syah tadi.
Syah hanya terpingga-pingga. Baju seseorang? Dia berpusing melihat kearah Fellex.
Kelihatan Fellex sedang mencengkam kolar seseorang.Ya.Itulah orang yang asyik memerhati mereka dari atas pokok sedari tadi dan terjatuh akibat dipanah Fellex.
Syah segera mendekati mereka berdua.Fellex sudah menayangkan penumbuk kearah Archer yang terjatuh itu.
"Kau siapa hah?! Kenapa kau skodeng kami? Cakap!" Jerkah Fellex,berang. Badan Archer itu digoncang-goncang kuat.Mengigil Archer itu dibuatnya.
"Saya..sa..saya cuma perhatikan Magician tu saja...Saya.. cuma nak panah dia.. Itu saja! Dia..dia tu jahat! Dia rosakkan tempat ni!" Ucap Archer itu,agak tergagap-gagap.Dia sempat menundingkan jari kearah Syah.
Langkah Syah terhenti.Kini giliran dia pula menundingkan jari telunjuk kearahnya sendiri.Wajahnya innocent.Magician? Jahat? Eh! Aku bukan Magician!
Fellex kembali melihat kearah Archer itu.Nampak sangat dia tu amatur.
"Eh! Kau jangan nak tipu akulah! Dia tu Alchemist.Faham?! Kalau kau nak menipu pun,berpada-padalah wei.Tengok! Dia mana ada tongkat sakti." Ucap Fellex panjang lebar.
Tubuh Archer itu digoncang-goncangnya sekali lagi.Dia masih lagi menayangkan penumbuk.
"Al...Alchemist? Bukan dia tu...Magician?" Soal Archer itu lagi,tergagap-gagap.
"Yup! Dia Alchemist. Kau tak puas hati apa lagi?" Ucap Fellex,dingin. Dia melepas kasar kolar Archer itu.
"K..kk..kenapa serupa? Adik beradik?" Kini Archer itu sudahpun jatuh diatas tanah.Dia ketakutan.Wajah Syah memang mirip dengan Magician jahat tu.
Syah kepelikkan.Serupa? Magician? Adik beradik? Tunggu sekejap!
Syah mulai berlari laju mendapatkan Archer itu.Archer itu menjerit ketakutan.
"Arghhhh! Berundur! Berundur! Jauhi saya!" Jerit Archer itu dengan mata yang tertutup rapat.Tangannya menepis-nepis udara.
Syah segera pegang kedua-dua belah bahu Archer tu.
"Bertenang! Bertenang! Saya takkan apa-apakan awak.Awak ada nampak Magician tu dekat mana? Mana? Awak kata dia mirip dengan saya kan? Mana dia?" Soal Syah,kalut.Sinar gembira terpancar dari matanya.
Sebelah matanya bertukar menjadi warna ungu,sebelah lagi sudah bertukar menjadi warna biru tua.
Archer itu agak ketakutan melihat mata lain-lain warna Syah tu.Dia masih menjerit-jerit.
"Arggghh! Lepaskan saya! Lepaskan saya! Awak Magician jahat tu! Jangan cuba nak perbodohkan saya!" Jerit Archer itu sekuat hati.Takut!
Tangan Syah ditepis-tepisnya berulang kali.Fellex pantas menarik kolar baju Syah agar lelaki itu berundur ke belakang.
"Sudah-sudahlah kau paksa dia tu.Dia takkan cakap punya. Jom kita gerak sekarang.Eh? Aku lupa pulak nak perkenalkan diri.Nama aku,Fellex anak Mourin,penjaga hutan ni." Ucap Fellex,selamba.
Dia berlalu pergi mendapatkan kuda putihnya lalu membisikkan sesuatu di telinga kuda itu.Kuda tersebut mengangguk faham sebelum berlari pergi.
"Fellex? Wow.Hebat nama tu. Apa awak cakap dengan kuda tu tadi?" Soal Syah,tersenyum sumbing.Dia menghampiri Fellex dengan senyuman yang agak pelik.
"Err..tak ada apa.Aku cuma tak benarkan dia ikut kita aje.Nanti susah.Lagipun pengembaraan untuk ke Sungai Berasid bukanlah mudah.Kita kena lalu jambatan Troll lagi." Ucap Fellex berbelit-belit.Dia mengaru-garu pipi.
"Hehehe..Hahahaha! Jambatan ke jamban? Hahaha!"
Syah tiba-tiba ketawa macam orang gila.
Fellex tengok Syah dengan pandangan pelik.Terkedip-kedip sebelah mata dia dibuatnya.Pelik.
Selepas puas meneliti wajah Syah,baru dia terperasan sesuatu. Kedua-dua belah mata Syah sudahpun bertukar menjadi warna ungu.
"Hahaha! Apa? Apa....? Saya dekat mana ni? Huhuhu...Saya dekat mana ni? Huhuhu..." Selepas ketawa,Syah menangis pula.
Syah memeluk tubuh Fellex sambil menangis.Erat sekali,bagai tak nak lepas.Gulp! Gelinya! Bulu tengkuk Fellex dah meremang 90 darjah sekarang ni!
"Err..kau okey ke tak ni,Syah? Ke kau ni dah disampuk? Apasal tiba-tiba ni?" Soal Fellex,jengkel. Dia membuang pandang kearah Syawal yang berdiri tak jauh dari mereka pula.
Syawal hanya tersenyum-senyum.Dia tahu,kesan Racun Amfric masih tidak hilang sepenuhnya dari tubuh Syah tapi kali ini,ia tak membahayakan.
Namun,ia cuma buatkan emosi Syah tak terkawal saja bila Syah terlebih gembira.
"Arghhh! Apasal kau peluk aku?! Gila! Kau ingat aku ni gay ke apa hah?! Kau sewel? Hah?! Hah?! Jauhi aku!" Jerit Syah tiba-tiba. Dia menolak kasar tubuh Fellex.
Fellex terdorong sedikit ke belakang.Dia tak faham..,apa sebenarnya yang sedang terjadi ni! Apasal Syah jadi emo semacam ni?
Tiba-tiba Syah duduk memegang kepala.Dia kelihatan takut-takut.Matanya terkebil-kebil memandang Fellex.
"K..kk..kau siapa? Kau siapa hah? Arghh! Elf! Makhluk asing! Toyol! Arghh! Tolong!" Jerit Syah secara tiba-tiba. Dia menekup wajahnya pula.
"Bertenang Syah.. Bertenang..Kau terlebih happy sangat dah kut..Kawal sikit emosi kau tu.." Ucap Fellex, agak risau. Dia menyentuh lembut bahu Syah.
Syah langsung tidak memberikan sebarang reaksi.Fellex mengambil sehelai daun yg berdekatan lalu meniup lembut keatas daun tersebut.
Itu adalah daun Pengawal Emosi.
Baru sahaja Fellex ingin menempek daun itu di dahi Syah,tiba-tiba, Syah ketawa jahat.Dia lantas bangun berdiri.
"Akulah,The Dangerous Devil! Aku nak gigit kau! Grrrr! Grrrr!!" Syah tiba-tiba mengigit baju Fellex seperti seekor anjing.
Fellex tergamam tanpa kata.
Syah ni dah betul-betul sewel.Arghh! Sudah! Dia tak boleh nak kawal kemarahan dia lagi!
Fellex segera bangun berdiri.Dia menenyeh dahi Syah sekuat hatinya dengan mengunakan daun tadi tu
Syah meronta-ronta agar dilepaskan.
Selepas seketika,mata Syah kembali bertukar warna normal semula.Mata kelabu asap miliknya kembali muncul.Syah terpingga-pingga,tak faham apa yang sedang terjadi.
"Hrrhhh! Kalau kau gigit aku lagi,aku gigit punggung kau pulak!" Marah Fellex,bernada geram.Dia segera mendapatkan busur dan anak panahnya tadi.
Syah masih lagi terpingga-pingga. Dia melihat kearah Syawal.Syawal hanya ketawa berdekah-dekah bersama satria-satria di situ.
Namun...
Mereka tidak sedar bahawa hari semakin gelap.Di sebalik kegelapan,ada musuh yang memerhati mereka dari jauh bersama sebuah senyuman jahat.
→to be continued..
YOU ARE READING
THE ALCHEMIST (EDITING)
Fantasía"Harapan ini menyedihkan. Harapan ini mendukacitakan. Punah.Segalanya punah begitu sahaja.Impianku hancur. Aku hampa! Aku kecewa dengan segala-galanya! Pencarian Bunga Asfloera ini benar-benar menyeksakan aku!"-Syah Vyclans _________________...