KEDUA-DUA ekor Golem itu mengepung mereka semua di tengah-tengah tanpa memberikan sedikit ruang pun untuk mereka melarikan diri dari situ.
Tiba-tiba, golem di sebelah kanan mereka bersuara..
"Wahai anak muda..Kamu telah berjaya menjawab kata kuncinya,..oleh kerana air matamu yg paling berharga,..jadi kami berikan tiga peluang buat kamu semua..." Ucap golem itu dalam irama yg sama.
Kumpulan Syah,kepelikan.Apa? Tiga peluang?
"Tunggu sekejap! Tiga peluang apa? Bertarung ke ataupun pertandingan? Lagi satu,air mata siapa? Syah?" Soal Zinnt, bertubi-tubi.
Kedua-dua golem itu ketawa serentak.
"Diberi kata kuncinya..Jatuhkanlah tujuh titisan air masin kedalamnya..Air mata Alchemist menjadi pertaruhannya..Kamu jawablah teka-teki yg diberi tiga peluangnya..untuk melepasi sehingga ke seberangnya.." Ucap Golem di sebelah kiri pula.
Sempat lagi Golem itu menundingkan jari kearah seberang Sungai Berasid.
Kumpulan Syah mengangguk faham.Ada segelintir mereka mengurut dada.Fuh..nasib baik tak perlu lawan raksasa Golem ni.
Rupa-rupanya, air mata adalah jawapan bagi tujuh titisan air masin yg misteri itu dan kalau nak menyeberangi Sungai Berasid ni,mereka perlu menjawab satu teka teki.
"Okey..Bagilah teka-tekinya." Balas Syah,tenang.Mereka yg lain juga,mengangguk laju.
"Baiklah..." Si Golem sebelah kanan pula yg menjawab.
"Apa yg berwarna biru muda..yg luas tiada penghujungnya...jika dipandang seperti ada..jika disentuh tiada digapainya.."
Golem di sebelah kiri sudah memberikan teka-tekinya.Kumpulan Syah masih lagi blur.
Apa? Warna biru? Macam ada tapi tak ada? Apa bendanya tu?
"Kalian semua ada tiga peluang..jika salah semuanya,kami akan menghalang..Nescaya itu,tiada jambatan untuk kalian ke seberang..Sudah semestinya kalian perlu pulang." Ucap Golem di sebelah kanan pula.
Kumpulan Syah masih terpingga-pingga.Teka-teki tadi tu,susah sangatlah!!
"Err..boleh kami bincang dulu?" Pinta Fellex. Dia mengaru-garu kepala yg tak gatal.Kusut betul otaknya kini.
Yelah.Awalnya dia ingatkan troll yg jaga jambatan Sungai Berasid ni.Ish..buat malu aje..(≥ - ≤)
Kedua-dua ekor Golem itu mengangguk serentak sebelum mengundurkan diri beberapa langkah ke belakang.
Kumpulan Syah mulai membentuk sebuah bulatan di tengah-tengah.
"Okey..Soalannya adalah,apa yg berwarna biru..luas tanpa penghujung..lepastu bila kita tengok,macam ada..bila kita sentuh,tak ada..Korang rasa,apa ya benda tu?" Soal Syah sambil mengusap-usap dagunya.
Dia memandang kearah Zamry yg masih pengsan.Urhh..pedulikan dia dulu.
"Hmm..Saya tahu!! Hei awak!! Jawapannya laut kan? Kan?" Jawab Iryan kepada Golem itu.
"Woi!!" Jerit Fellex. Mulut Iryan ditekupnya.Jawapan Iryan tu sememangnya salahlah!!
"Hahahahaha!! Jawapan kamu salah kerana air laut mampu dipegang..kamu semua ada lagi dua peluang..." Jawab salah seekor Golem itu.
Semua ahli kumpulan Syah,sudah menepuk dahi.Apalah si Iryan ni..
"Iryaannnn!!" Jerit Fellex.Pipi Iryan dicubitnya penuh geram.Iryan hanya menjerit dengan mulut yg ditekup.
YOU ARE READING
THE ALCHEMIST (EDITING)
Fantasi"Harapan ini menyedihkan. Harapan ini mendukacitakan. Punah.Segalanya punah begitu sahaja.Impianku hancur. Aku hampa! Aku kecewa dengan segala-galanya! Pencarian Bunga Asfloera ini benar-benar menyeksakan aku!"-Syah Vyclans _________________...