Kampung Inunaki adalah sebuah kampung misteri yang dipulaukan sepenuhnya dari kampung-kampung lain dan bahkan dari Jepun sendiri. Tidak dapat dipastikan sama ada kampung itu betul-betul wujud atau tidak tetapi orang tempatan mengesahkannya. Terdapat papan tanda di depan kampung itu yang tertulis "undang-undang di Jepun tidak boleh dipakai sini".
Penduduk kampung ini menjalankan hidup dengan cara yang tidak sama seperti orang normal. Kanibal, sumbang mahram, dan pembunuhan sering berlaku. Peralatan elektronik dan telefon juga tidak dapat digunakan semasa berada di dalam kampung itu. Terdapat beberapa kedai lama dan juga telefon awam tetapi tidak dapat digunakan. Ramai yang masuk ke kampung ini tetapi tidak pernah pulang.