42; Tok Tok Tok

1.3K 78 7
                                    

Chunji(Teen Top) terbangun sambil menjerit nyaring, dia sebenarnya tidak tahu apa yang terjadi.

Sambil menenangkan diri, Chunji melihat ke arah jam digitalnya yang menunjukkan jam 1:04 AM, diiringi dengan bunyi cengkerik yang nyaring.

Chunji berasa hairan kerana dia jarang mimpi buruk. Chunji tertawa kecil lalu mengingatkan mimpi itu.

"Mimpi mainan tidur" katanya sendiri.

"Tok tok tok"

Chunji terdengar seseorang sedang mengetuk pintu biliknya.

Pada mulanya, Chunji mengagak itu adalah ibunya. Tetapi kemudian dia teringat yang ibunya bekerja shift malam.

"Shift malam, balik pukul 6 pagi. Kenapa omma tuba-tiba balik awal?"

Disebabkan perasaan ingin tahu, Chunji berjalan ke arah pintu, kemudian perlahan-lahan memulas tombol pintu. Dia berasa tidak sebab hati, tetapi disebabkan perasaan ingin tahu, dia ketepikan perasaan takut itu.

CLAK!

Tiada sesiapa di luar biliknya. Chunji berfikiran positif dengan berfikir bunyi tersebut adalah daripada kucingnya yang terlanggar pintu biliknya.

Setelah Chunji menutup pintu, dia memusing badannya. Dia melihat makhluk yang berupa manusia yang memakai baju kemeja. Dan paling menakutkan bagi Chunji ialah makhluk tersebut tiada muka. Tiada hidung, mata dan mulut. Hanya kepala yang kosong dan rata.

Chunji berlari tegopoh-gapah ke arah ruang tamu sambil menjerit nyaring. Ketika dia berlari, pandangannya semakin gelap.

'KYAAAAAAAAAAAAA!'

Chunji terbangun sambil menjerit nyaring. Wajahnya pula merah dan berpeluh. '

"Ahahahahahah, rupanya semua tu mimpi buruk je" kata Chunji perlahan untuk menenagkan diri.

Mata Chunji tertancap ke arah jam digitalnya yang menunjukkan jam 1:04 AM, dan bunyi cengkerik itu ada lagi.

Seperti dalam mimpinya tadi.

Tidak lama kemudian, terdengar bunyi ketukan di pintu bilik Chunji.

"Tok tok tok"

Request by; Zyx_Yoongi

Sorry lambat yang melebih-lebih. Erkk tbh, saya tak pernah check comment (个_个) sawryy... Please don't hate me :|

Creepypasta //HIATUS//Where stories live. Discover now