Mingyu sedang membonceng motosikalnya ketika malam dan motosikalnya tiba-tiba rosak. Dia berusaha mencari bantuan, tetapi tiada sesiapa yang lalu di sana. Tiba-tiba dia terlihat sebuah rumah kecil.Dia berjalan menuju ke arah pondok tersebut dan mengetuk pintu. Disebabkan tiada sahutan, Mingyu memulas tombol pintu. Rupanya pintu itu tidak berkunci lalu dia masuk ke dalam.
Keadaan di dalam podok itu amat suram dan gelap. Pondok itu tidak berpenghuni.
Setelah penat dan mengantuk, Mingyu akhirnya memutuskan untuk bermalam di rumah itu.
"Mungkin tuan rumah tu lupa nak kunci pintu rumah" fikir Mingyu.
Yang peliknya ketika dia hendak tidur, dia mpterlihat beberapa foto di dinding. Foto itu berukuran amat besar. Ada foto beberapa orang namja dan seorang yeoja dengan ekspresi muka yang seram. Yang membuat Mingyu takut, orang di dalam foto foto itu seakan akan merenungnya.
Namun Mingyu malas untuk memikirkannya dan tertidur kerana terlalu penat.
Keesokan harinya, ketika Mingyu bangun pagi, dia menyedari sesuatu yang amat menakutkan.
Tak ada satupun foto di dinding itu.
Yang ada hanyalah dinding yang kosong.