Solji tidak boleh tidur. Dia gelisah di atas katil. Pusing kanan tak kena. Pusing kiri tak kena. Selimut yang membalut tubuh diturunkan hingga ke paras paha. Panas. Belakalan elektrik yang tiba-tiba terputus ketika dia sedang memberus gigi membatalkan niatnya untuk mencuci rambut. Solji hanya menukar pakaian dan terus ke katil.
Teringat perbualannya bersama Hani dan Junghwa di mej makannya beberapa jam sebelum itu.
"Sol, kau ada dapat mesej Whatsapp serial killer tak?" Soal Hani lalu mencapai gelas.
"Ada. But I don't quiet believe it. Ala... Biasalah. Kot-kot tu penipuan je lepastu jadi viral. You know, banyak kes macam tu sekarang. It's all lies" jawab Solji yakin.
"Better safe than sorry girls! Lagi-lagi kau Solji. Dahlah duduk sorang" kata Hani.
"Tapi kenapa orang panggil serial killer tu namja buah dadu" soal Junghwa yang sedari diam dari tadi.
"Orang kata he carries a pair of dices with him. I don't know what he wanna do with that dices" terang Hani.
Dan tiga sekawan itu hanya menepikan topik namja buah dadu lalu menyambung aktiviti makan mereka.
Tapi bila mereka balik, Solji menjadi takut. Tambahan lagi ketika elektrik terputus. Susana sekarang gelap. Dalam keplanya terbayang serial killer memandangnya dari luar tingkap. Bukankah susana gelap selalunya menjadi permulaan peristiwa seram dan ngeri?
Solji melihat iPhonenya. Jam 2 pagi. Dan baterinya tinggal 10%.Seandainya bekalan elektrik tidak pulih dalam 15 minit, Solji terputus hubungan dengan dunia luar sehingga pagi. Itu sudah cukup menakutkan baginya.
Bilik tidur yang panas membuat Solji panas dan kehausan. Solji hendak membuka tingkap tetapi takut mengambil risiko. Apatah lagi tingkapnya tidak bergril.
Solji mengambil kata puyus untuk minum di dapur. Apa nak jadi, jadilah. iPhone diambil lalu menjadi sumber cahaya bagi Solji.
Berjalan keruang tamu, Solji dikejutkan dengan bunyi sesuatu dilemoar ke atas meja. Meja disuluh dengan iPhone. Ketakutan Solji datang kembali.
Sepasang buah dadu berada di atas meja. Dihujung meja, seorang lelaki duduk.
"Jangan menjerit kalau nak hidup. Aku nak bagi peluang bagi kau hidup. Kau nak hidup?" Soalan yang bodoh dilemparkan.
Solji menggigil dan mengangguk. Suara ditahan supaya tidak terkeluar.
"Ambil buah dadu tu. Kalau dapat enam dua-dua, kau selamat. Kalau tak, aku semeblih kau" selamba sahaja badut itu mengarah.
Solji menggigil. Tangan menggeletar mengambil buah dadu. Buah dadu dilempar dan...
Kedua-duanya mengena enam.
Nasib menyebelahinya.
Namja buah dadu berdiri. Seolah-olah bersedia untuk pergi.
"Tahniah! Nasib kau baik" kata namja buah dadu.
Solji mengesat air matanya.
"Tapi macamlah kau tak pernah main dadu. Kalau dpat enam dua-dua, kau kena lempar sekali lagi" sinis sahaja namja buah dadu berkata.
Lutut Solji terasa lemah lalu dia terduduk. Air mata mengalkir semakin deras.
"Cepat lempar woi!" Jerit namja buah dadu. Parang yang besar dan tajam ditangannya.