Setelah tamat shift malam itu, Dr Jin bergegas ke kaunter untuk menandatangani beberapa dokumen sebelum melambai ke arah Dr Nahyun yang bakal mengambil alih tugasnya sehingga pagi esok. Dua orang pesakit masti malam ini disebabkan denggi dan kemalangan jalan raya. Mangsa kemalangan jalan raya tersebut merupakan seorang yeoja manakala denggi pula namja. Dia sedikit kesal kerana kematian akibat denggi itu boleh dielak sekiranya keluarga si mati bertindak lebih awal.
Sambil mengucapkan selamat malam kepada Nurse Sumin, Dr Jin berjalan keluar meninggalkan wad menuju ke arah lif yang terletak di hujung bangunan. Setelah menekan butang lif, dia merenung jam tangannya. 12 tengah malam. Dr Jin mengeluh. Letih.
*ding*
Pintu lif terbuka dan Dr Jin melangkah masuk, melemparkan senyuman tawar kepada beberapa orang yang juga tidak sabar untuk pulang. Dua orang nurse, seorang doktor dan seorang yeoja. Dr Jin ingin ke tingkat B2 untuk mengambil keretanya. Doktor dan nurse itu turun ke tingkat G1. Dia memandang ke belakang dan tersenyum ke arah yeoja itu.
"Nak ambil kereta ke?" Tanya Dr Jin.
"Ani, nak ambik bantal dalam kereta. Saya nak temankan omma saya" terang yeoja tadi.
Mereka terus berbual bual sehingga lif berhenti di tingkat B1.
*ding*
Lif terbuka. Kelihatan seorang namja terpaku di hadapan lif itu. Dr Jin terkial kial menekan butang untuk menutup pintu lif dan menuju ke tingkat B2.
"Wae doktor tak bagi namja tadi masuk?" Soal yeoja tadi, hairan.
"Saya tak tahu macam mana nak explain tapi, namja tu baru mati disebabkan demam denggi. Awak nampak tak tag merah dekat tangan dia tadi? Saya yang letak tag tu" terang Dr Jin cemas.
"Tag apa tu?" Soal yeoja tadi, seolah olah ingin tahu.
"Tag merah, maksudnya dah mati" kata Dr Jin.
"Tag merah macam kat tangan saya ni ke?" Soala wanita itu lagi sambil menunjukkan tanggannya. Doktor Jin tergamam. Dalam mindanya, teringat wajah mangsa kemalangan jalan raya tadi.