Pernah nampak tak teddy bear kecil orang gantung belakang kereta dekat ekzos tu? Cute kan? Tak cecah jalan, terhuyung-hayang kena tiup angin. Tak ramai yang tahu kenapa teddy bear digantung dekat situ.
Termasuk Sunny.
"Omma. Wae dia buat macam tu?" Tanya Sunny sebaik sahaja sebuah kereta membelok di selekoh.
"Orang kata, teddy bear tu digantung nak elak pemandu kena kacau hantu kalau bawak kereta tengah malam" terang omma Sunny.
"Kenapa pulak hantu tak nak kacau? Kalau hantu tengok lagilah hantu nak kacau" kata Sunny.
Omma Sunny memandang anknya yang petah berkata-kata itu dan mereka berdua ketawa sambil meninggalkan pohon yang rendang di selekoh tadi.
Rupanya kereta tadi milik jiran baru mereka. Unit jiran baru itu di tingkat lima.
Sunny mencangkung di belakang kereta itu. Tangannya membelek teddy bear yang sudah kusam.
"Haish Sunny. Janganlah pegang. Kotor tau tak?"
"Tapi Sunny nak macam ni"
"Nanti kita cari ok?" Kata omma Sunny. Sunny mengangguk perlahan.
Sewaktu lalu di hadapan rumah jiran baru, omma Sunny terkihat puntu jiran tidak tertutup rapat. Omma Sunny mencuri-curi lihat. Banyak kotak yang belum dibuka bersusun di atas lantai.
'Alang-alang dah lalu, perkenalkan diri dengan jiran barulah' desis hati omma Sunny.
Pintu ditolak. Sunny tak sabar untuk menyelinap masuk ke rumah jiran baru itu. Dan ketika itu, si jiran baru terpandang mereka. Jiran baru terus berlari lintang pukang sambil menjerit.
"Omma, wae orang tu lari?"
"Opps! Mungkin tak pernah tengok hantu tanpa kaki anak-beranak kot?" Kata omma Sunny lalu mereka berdua tertawa kecil.
Haha lol. Disebabkan nosanlah ni! Okay lepasni saya update yang creepy k? But next chap panjang sikit. Just wait~~~