Azan Subuh berkumandang di masjid berhampiran. Seorang gadis yang memang dah biasa terjaga mendengar azan, segera bangun mengambil tuala. Mata yang kabur baru bangun tidur menyebabkan dia terlanggar meja kerja dalam bilik. Bingkai gambar yang terjatuh akibat gegaran pelanggaran tadi dapat disambut sebelum pecah mencium lantai. Dia menghela nafas lega.
Gambar di tangan direnung. Automatik, memori lama terimbas di otak. Gambar yang diambil masa last day persekolahan dia. Gambar yang memperlihatkan dia yang sedang meletakkan tangan pada bahu gadis di sebelah sambil tersenyum lebar berlatarbelakangkan bangunan sekolah. Gambar yang menggamit seribu kenangan dalam ingatan.
Dia menghela nafas perlahan sambil memejamkan mata. Menghalau air mata yang ingin bertandang. Segera gambar itu diletakkan di tempatnya sebelum kaki melangkah menuju ke bilik air untuk mandi.
YOU ARE READING
Aku Ada Kau
RandomKisah hidup seorang gadis yang disisih keluarga kerana satu tragedi yang mengubah hidup dan dirinya sendiri. Kehilangan orang yang paling disayangi menyebabkan hidupnya gelap dibayangi perasaan sedih dan bersalah. Namun, kehadiran seorang gadis tela...