Bab 4

61 1 1
                                    

Bahu Dian ditolak kasar sebelum Aamal bertindak memanggil namanya berulang kali. Dian masih merintih memanggil abangnya sambil kepala digeleng laju ke kiri dan kanan sebelum terbangun daripada tidur secara mengejut. Dahinya berpeluh menandakan dia bermimpi. Nightmare.

Dian beristighfar panjang sambil meraup mukanya. Jantungnya berdegup laju. Dia memejamkan mata seakan ingin membuang kenangan yang memedihkan itu dari kotak fikirannya.

Selama bertahun-tahun dia cuba untuk melupakan. Cuba untuk mengumpul kekuatan untuk teruskan hidup. Tapi bayangan itu tak pernah berhenti membayangi dirinya sejak 6 tahun lalu. Dia tertekan dengan perasaan bersalah dan kecewa.

Kadang-kadang, dia terasa ingin mati daripada menanggung beban perasaan ini. Akan tetapi, pesanan abangnya selalu menghentikan niat buruknya.Dan akhirnya, dia memilih.
Memilih untuk terus bertahan.

"Kau okay ke? Aku tengah kejut kau tadi tapi kau meracau-racau panggil along." Jelas terpapar perasaan risau dan prihatin pada muka Aamal.

"I'm okay. Nightmare je. Pukul berapa ni?" Tanya Dian selepas dapat menenangkan diri.

"5:30 pagi. Dah gi mandi lepastu siap. Solat Subuh dekat surau." Arah Aamal sebelum berlalu ke katilnya.


DIAN berjalan seiring dengan Aamal menuju ke kelas sambil memegang buku Sejarah dan Mathematics di tangan kanan.Mereka mengetuk pintu sambil memberi salam sebelum melangkah masuk ke kelas.

Dian dah kenal dengan semua classmatesnya. Dia cuba untuk adapt dengan perangai mereka. Dia dapat merasakan mereka ikhlas berkawan dengannya kecuali Lania and the gang.

Diaorang tu kalau tetiba baik tu, mesti ada udang di sebalik ayam KFC.

Dian masih mampu bersabar apabila diganggu dengan perempuan meroyan dan terencat akal itu. Mungkin kerana Lania seorang perempuan jadi dia tak sampai hati nak naik tangan.

'Dah sejak bila pulak kau pernah peduli dengan jantina orang yang kacau kau, Dian.' Hati Dian bersuara. Sarkastik.

'Since aku dapat hidayah lah kot. Hehehe.' Minda Dian pula bersuara. Dah gila agaknya budak ni.

Dian merenung ke luar tingkap yang menghadap ke taman bunga. Kelasnya di bawah sekali dan taman bunga sekolahnya betul-betul berada di sebelah kelasnya. Meja Dian jauh daripada pintu namun dekat dengan meja guru.

Pemandangan taman bunga itu memang boleh menghilangkan tekanan semasa belajar. Maybe sebab tu le kot kelas mereka diletakkan di situ. Diaorang kan kelas pertama. Harapan sekolah gitu.

Dian membetulkan earphone di telinga yang sedikit longgar di sebalik tudung. Matanya dialihkan dari tingkap kepada wajah Aamal yang tenang. Aamal sedang khusyuk membaca novel yang Dian tidak tahu tajuknya. Matanya kembali beralih kepada pemandangan di luar.

Lania and the gang dilihat menuju ke arahnya dari pintu masuk kelas. Dian hanya mengabaikan dan matanya kembali beralih pada tingkap. Mereka berdiri di hadapan meja Aamal. Mungkin ingin membincangkan sesuatu. Dia cuba berfikir positif dan bersikap tidak mengambil tahu.

"Weh, anak pelacur, siapkan homework aku." Arah Lania kasar dengan bahasa yang memang mintak dikaki. Dian yang mendengar terus on kemarahannya.

Siapa je tak marah bila orang panggil kawan kau anak pelacur?

"Watch your mouth, girl." Dark voice pakej dengan renungan membunuh Dian.

Wow..." Lania menepuk tangan seakan mengejek Dian. "Since when kau dah pandai buka mulut lawan aku?" Tanya Lania dalam nada yang memang menjengkelkan.

Apa ke bodoh le perempuan ni. Baru tadi Dian menjawab cakap dia. Ditanya-tanya lagi. (Sila nyanyi lagu Awak Kat Mana agar author tak syok sendiri) Udah ku bilang otak patut simpan dekat museum, ngakk mau percaya.

Aku Ada KauWhere stories live. Discover now