Bab 3

63 1 0
                                    


Dah genap seminggu Dian dekat sekolah ni. Dia berbaring di atas katil menikmati cuti hari Ahad. Tanpa disedari Dian, walaupun dia rasa dia sedar tapi buat macam tak sedar, dia mula rapat dengan Aamal.

Dan tidak lupa juga kepada makhluk dua ekor yang suka kacau hidup dia, yakni Hazraj dan Izzat.

Lania juga suka mencari pasal dengannya. Namun, Aamal selalu membelanya even though dia tahu dan sedar bahawa Dian lebih dari mampu untuk defense diri dia sendiri.

Pintu dikuak dari luar sebelum Aamal melangkah masuk memberi salam. Dian menjawab salam Aamal. Dia hanya memandang Aamal yang sedang meletakkan baldi di dalam almarinya.

Tetiba, sesuatu melintas di fikiran Dian.

"Weh, nak tanya something boleh tak?" Tanya Dian.

"Sejak bila kau pandai minta izin bila nak tanya something? Selalu bukan kau main aci redah je ke?" Aamal membalas dengan unsur sarcasm. Cari penyakit budak ni.

"Aku tengah mood bersopan-santun ni, support lah sikit. Aku kasar, kau tak suka. Aku berlembut, kau persoalkan. Ada jelah yang tak kena kau ni!" Bebel Dian.

"And since when kau berkecimpung dalam bidang membebel ni?" Aamal masih dalam mod sarkastiknya.

"Dah aa. Malas aku nak layan kau." Dian membalas dengan nada pasrahnya.

"Alololo, jangan ngajuk. Aku gurau je. Okay apa benda yang kau nak tanya?" Aamal mula serius bila lihat wajah cemberut Dian.

'Dan sejak bila budak ni pandai merajuk?' Aamal masih tidak berhenti memerli Dian even dalam hati.

"Kau takde girlfriends ke dekat sekolah ni. I mean, aku selalu tengok kau rapat dengan budak lelaki dekat kelas kita je. Tak pernah aku tengok kau rapat dengan budak perempuan dalam kelas." Panjang lebar Dian menerangkan.

"Hello" Aamal menghello Dian dengan gaya gediknya sebelum menyambung. "Like seriously rapat dengan budak lelaki je? Gaya kau cerita macam aku rapat dengan semua budak lelaki dalam kelas kot. Aku rapat dengan Hazraj dan Izzat je pun. Itupun sebab diaorang jenis yang friendly and I think satu kelas rapat dengan diaorang. Plus, aku ni jenis yang tak banyak cakap. But at least, aku ada lah juga bercakap dengan budak perempuan dalam kelas. Not like you. Perempuan dengan lelaki pun kau tak tegur." Uishh panjang gila jawapan minah ni.

Ini yang dia cakap tak banyak cakap? Ironi sekali. Keluar slang indon aku.

"Aku tanya sikit, jawab bukan main panjang lagi. Siap dengan pakej kutuk aku pulak tu." Dian membalas.

"Well, bukan kutuk, tapi that's the truth, kay?" Aamal membalas kembali.

"Weh, aku ada request ni." Kata Dian menukar topik perbincangan.

"Proceed."

"Ajar aku solat."

"HAH!?" Ternganga Aamal mendengar sebaris ayat itu.

Dian dah terkulat-kulat menggaru kepalanya yang tak gatal.

"Selama ni, aku tengok dekat surau, kau solat jemaah okay je. Nak ajar apa lagi?" Aamal bertanya dengan riak muka yang tersangatlah bingung. Punyalah nak tunjuk betapa dia blank kat situ.

"Itu dari segi fizikalnya. Aku nak dari segi mental."

"What do you mean?" Bukan lagu Justin Bieber eh. Apa? Ingat aku tak tahu ke lagu tu?

"I mean, aku follow je apa yang orang buat. Tapi aku tak tahu apa yang aku buat. Dekat surau kan solat jemaah. Aku ikut jelah. Tapi dari segi perbuatannya. Lafaz dia ke niat dia ke, aku tak tahu. Faham dah? Tolong aku pleaseeee." Dia memanjangkan perkataan please smabil kedua tangannya dirapatkan. Mukanya diseposenkan.

Aku Ada KauWhere stories live. Discover now