Keesokan harinya, Dian melangkah perlahan menuju ke kelas. Muka ditayangkan beku. Aamal yang laju di hadapan mula berhenti menunggu Dian.
"Dian boleh cepat sikit tak? Apahal lemau (lemah) sangat kau ni?" Bebel Aamal sambil bercekak pinggang.
Dian mula melangkah lebih laju. Semuanya kerana dia malas mendengar Aamal membebel.
Masuk sahaja kedua mereka ke dalam kelas yang bingit bagai pasar borong, kelas automatik senyap. Mungkin tertanya siapa di sebelah Aamal.
Tanpa memperkenalkan diri atau paling tidak menyapa mereka di dalam kelas, Dian terus melangkah ke tempat duduknya di sebelah Aamal. Dian tidak peduli dengan mata-mata yang memandangnya.
Pelajar-pelajar lelaki di kelas itu yang macam tak pernah nampak perempuan, bersiul-siul memandang Dian. Dian membiarkan siulan-siulan sumbang itu sambil memasang lagu di MP3nya yang disembunyikan di sebalik tudung sekolah. Lagu Jar Of Hearts nyanyian Christina Perri berdentum kuat di telinga. Dia mengeluarkan novel Ramlee Awang Murshid dan dibaca, sementara menanti cikgu masuk untuk memulakan sesi pembelajaran.
DIAN mengemaskan meja dengan segala buku dan kertas conteng selepas bunyi loceng menandakan tamatnya subjek Matematik Tambahan. Dia mengeluarkan buku teks Sejarah Form 5 memandangkan selepas ini adalah subjek Sejarah. Selesai mengemaskan buku, dia menjeling Aamal di sebelah.
Aamal sedang khusyuk menulis sesuatu pada plannernya. Dia yang masih dingin dengan Aamal tanpa sebab, walaupun memang dia jenis yang cold dengan semua orang tanpa sebab but dia still nak mempersoalkan sebab kenapa dia cold.
Okay aku tahu ayat aku berbelit. Back to the story.
Dia yang masih dingin dengan Aamal tanpa sebab, hanya memandang khusyuk ke arah apa yang Aamal sedang lakukan.
Entah kenapa, since kejadian yang menjadi penyebab pertama kali dia dibuang sekolah semasa Form 2 dulu, dia mula tidak percaya dengan orang. Dia yang lebih rela hidup berseorangan berbanding percaya kepada seorang yang bergelar kawan.
Dibuang sekolah? Itu bukan pilihan Dian. Tapi keadaan yang memaksa dia. Dan seriously, dia tak tipu bila dia cakap macam tu. Dia tak pernah meminta untuk dihina, dikeji dan harga diri diletak di kaki. Mereka yang bertanggungjawab menjadikan dia seorang Dian yang cold dan tidak berhati. Apa salah dia? Kenapa dia?
"Woi! Kau tenung aku macam aku naked apahal?" Sergah Aamal mematikan lamunannya. Dia menggelengkan kepala sambil menoleh ke papan hitam yang kosong. Sekosong hatinya saat ini. Dian menghela nafas. Perlahan.
Aamal memandang Dian dengan pandangan keliru. Susah benar nak faham kepala otak si hati beku ni. Tetapi, entah kenapa, Dian yang cold itu bagaikan ada satu tarikan kuat yang membuat dia ingin berkawan rapat dengan si hati beku.
'Pakai bomoh apa budak ni.' Fikir Aamal dalam mindanya. Suka hati dia je tuduh anak orang pakai bomoh. Entah-entah anak orang tu sendiri jadi bomoh. Eh melalut lagi dia.
Aamal ingin tahu apa yang membuatkan Dian bagaikan robot jadian. Sebab dia tahu, Dian tak dilahirkan begitu. Ada rahsia yang tersimpan jauh di sebalik mata yang merenung kosong papan hitam tanpa perasaan. Perasaan Aamal kuat mengatakan begitu.
Pandangan Dian pada papan hitam terhalang oleh sesusuk tubuh seorang gadis. Berambut panjang. Tidak bertudung.
Yang pasti, bukan hantu.
Dian dapat merasakan aura keinginan untuk mencabul ketenangannnya melalui mata si gadis yang tidak diketahui namanya. Uishh macam psikik si Dian ni.
Sebut pasal nama si gadis, tak peliklah kalau Dian tak tahu lagi nama classmates dia. Dia masih belum berkenalan lagi dengan budak kelasnya kecuali Aamal, teman sebiliknya.
YOU ARE READING
Aku Ada Kau
RandomKisah hidup seorang gadis yang disisih keluarga kerana satu tragedi yang mengubah hidup dan dirinya sendiri. Kehilangan orang yang paling disayangi menyebabkan hidupnya gelap dibayangi perasaan sedih dan bersalah. Namun, kehadiran seorang gadis tela...