"Woi!" Sergah Dian kepada Aamal yang sedang khusyuk membaca novel horror."Arghhh!!! Mak tolong hantuuu!!" Aamal menjerit bagai orang terkena histeria. Novelnya tercampak ke muka Dian yang masih dalam pakaian telekungnya.
"Hahahaha..." Galak Dian ketawa walaupun mukanya dibaling buku. Dia ketawa sambil menekan perut. "Hahaha... adoii dah lama aku tak ketawa macam ni." Ketawa Dian masih bersisa.
Aamal merenung Dian tajam sebelum bertindak memukul Dian.
"Kau pehal menempah maut ni, hah!? Dah tak ada kerja sangat dah nak buat? Masuk bilik bukan reti nak bagi salam ke ketuk pintu ke. Lepas tu terkejutkan orang separuh mati." Bebel Aamal sambil memukul bahu Dian. Kuat. Nak lepaskan geram sangat ni.
'Aku ni jenis yang tak banyak cakap.' Ayat Aamal haritu. Yelah tak banyak cakap kan? Dian masih lagi meragui kesahihan ayat itu.
"Hello cik kak. Aku dah bagi salam, kau yang khusyuk sangat baca novel kau tu. Dah tahu penakut, baca lagi novel seram tu." Dian yang masih memakai telekung baru balik dari surau membalas kata-kata Aamal.
"Aamal, aku daripada haritu lagi musykil tau. Asal Lania suka cari pasal dengan kau eh?" Tanya Dian.
Gaya macam Lania tak pernah cari pasal dengan dia je.
"Sebab dia anti dengan budak-budak yang dapat masuk sekolah ni dengan biasiswa macam aku lah kot." Aamal membalas senafas.
"Oh sebab tu ke kau suruh dia malu sikit dengan kau?" Tanya Dian lagi.
"Exactly. Yelah dia masuk sekolah ni, dapat kelas pertama senang-senang guna duit bapak dia. Nak dibandingkan dengan aku yang belajar macam nak mati untuk masuk sekolah ni. So, siapa lagi hebat?" Tanya Aamal.
"Betul-betul. Of course lah kau lagi hebat kan." Lurus Dian menjawab. Aamal menjadi pelik apabila begitu mudah Dian memujinya.
"Tapi tulah kan, aku dengar ceramah dekat surau tadi. Ustaz cakap tak baik riak nanti Allah tarik balik nikmat yang Dia dah bagi."
Gedebushh sekali kena tepat dekat kepala Aamal. Dah agak budak cold ni mesti ada agenda punya. Tapi, dia tak expect kena tazkirah gitu.
"Aku nak tanya lagi ni, tapi aku takut kau terasa pulak." Dian mengabaikan muka Aamal yang macam baru kena kentut.
Banyak tanya betul budak ni malam ni.
"Apa dia?" Aamal bertanya dengan muka tak ikhlasnya.
"Hmm, betul ke mak kau-" Belum sempat Dian menghabiskan soalannya, Aamal memotong.
"Pelacur?" Dian mengangguk tapi teragak-agak.
"Sebenarnya, aku tak pernah beritahu sesiapa pasal personal life aku. Yelah, tak semua benda kita boleh share dekat orang. Lagi-lagi jenis yang judgemental." Nada Aamal bagaikan sedang menanggung beban yang berat.
"Mind to share with me?" Dian faham perasaan Aamal sebab dia pun rasa benda yang sama.
Tetiba, Aamal tersenyum. Evil smile.
"Aku akan share. Tapi, if and only if, kau cerita dekat aku kenapa kau meracau haritu." Bukan senang nak korek rahsia budak ni. Ini yang dinamakan gunakan kesempatan yang ada. Even dia pun terpaksa bocorkan rahsia sendiri.
'Dah agak dah. Mesti ada agenda budak ni. Belajar daripada siapa lah tu." Fikir Dian.
"Okay. So, ni sesi luahan perasaan ke?" Tanya Dian.
"Kind of. So, cerita dia macam ni...." Aamal mula bercerita.
"MAK, tolonglah mak, apa salah isteri saya, mak?" Rayu seorang lelaki kepada ibunya.
YOU ARE READING
Aku Ada Kau
RandomKisah hidup seorang gadis yang disisih keluarga kerana satu tragedi yang mengubah hidup dan dirinya sendiri. Kehilangan orang yang paling disayangi menyebabkan hidupnya gelap dibayangi perasaan sedih dan bersalah. Namun, kehadiran seorang gadis tela...