"PADA waktu pagi yang tenang, kedengaran jeritan pontianak yang tidak puas hati dengan keadaan bajunya yang bermandikan warna merah darah. Pontianak itu bagaikan hantu yang dibunuh dengan kejam. Menjeritlah manusia-manusia normal yang melihat belakang bajunya. Mereka bertempiaran lari walaupun perut masih lagi tidak diisi. Huru-haralah dewan makan asrama aspuri." Dian bercerita dengan bersemangat.
Dah kenapa pagi-pagi lagi dah cerita pasal hantu?
"Cerita tidak habis begitu saja. Kerana terlalu takut, dua orang manusia ini telah membaling makanan mereka ke arah pontianak tadi. Terus pontianak itu berhenti menjerit dan menjilat makanan yang terkena di bibir. Dia terdiam dengan rasa nasi kawah yang paling sedap di dunia. Dirinya bagaikan dikelilingi dengan bunga-bunga yang berwarna-warni." Sambung Dian.
Aamal, Hazraj dan Izzat tergelak dengan cerita yang Dian sampaikan. Cara Dian bercerita begitu bersemangat sambil tangan terawang-awang di udara. Lania menghampiri meja Aamal lalu menendangnya.
'Beradab' gila budak ini.
"Kau cerita pasal aku, kan?" Tanya Lania kasar. Tak serik lagi gamaknya.
"Mana ada. Kan aku tengah cerita pasal pontianak ni. Kau pontianak ke?" Dian membuat muka innoncentnya.
"Aku tahu kau yang letak cat merah dekat baju aku kan?" Tanya Lania lagi. Nampak sangat tak puas hati.
"Kau ada bukti yang aku buat ke? I am sorry for disappointing you, but aku amat menekankan prinsip hidup aku iaitu, no proof, no talk." Selamba.
"Aku teramatlah sure kau yang buat. Siapa je yang berani cari pasal dengan aku kalau bukan kau?" Lania masih berkeras dengan pendapatnya.
"If aku buat pun, what can you do?" Cabar Dian.
"Aku still lagi boleh dakwa kau pasal kau dengan Aamal baling makanan dekat aku." Lania tersenyum.
Sinis, of course.
"Aku boleh je cakap aku dengan Aamal teramatlah terkejut melihatkan keadaan kau yang bermandi darah gitu. Yelah, suasana pagi kan, mana nampak sangat. We can just say that we are very panic at that time." Dian mengangkat kening double-jerk.
"Kau ni menyakitkan hati jelah." Lania mengetap bibir menahan marah.
"Only with you." Kata Dian sambil mengenyitkan sebelah matanya.
Lania mendengus kasar lalu kembali ke tempatnya sambil menghentakkan kakinya.
Aamal dah tak buka mulut untuk backup Dian macam selalu dia buat. Yelah, mulut Dian sorang dah boleh buat sepuluh orang patah hati.
"KAK Dian!" Jerit salah seorang pelajar junior sambil berjalan pantas ke arah Dian.
"Ye, saya." Dian menyahut.
"Ni, cikgu apa entah suruh bagi. Cikgu cakap cikgu tak masuk kelas. So, cikgu suruh siapkan masa dia tak ada." Terang pelajar tadi.
Budak-budak zaman sekarang, cikgu sendiri pun tak tahu.
"Habis tu, asal bagi akak?" Tanya Dian lurus. Entah betul ke tak tu dia tak tahu.
"Lah, dah akak kelas dia, orang bagilah dekat akak." Jawab pelajar tadi.
"Eh tahu pulak dia ajar kelas akak. Tadi kata cikgu apa entah." Kata Dian. Junior pun dia nak perli.
"Ishh akak ni lah. Dah dia bagitahu kena bagi dekat kelas apa, tulah orang tahu dia ajar kelas akak." Budak tu hanya mampu facepalm kena perli tanpa usul periksa. Nak bagi latihan tu pun kena soal siasat.
"Okaylah, thanks eh, hehe." Dian berhenti menyoal bila terlihatkan wajah junior tadi yang dah malas nak layan dia. Dia mengambil kertas itu. Pelajar tadi hanya menganggukkan kepala sebelum berlalu menuju ke kelas.
YOU ARE READING
Aku Ada Kau
RandomKisah hidup seorang gadis yang disisih keluarga kerana satu tragedi yang mengubah hidup dan dirinya sendiri. Kehilangan orang yang paling disayangi menyebabkan hidupnya gelap dibayangi perasaan sedih dan bersalah. Namun, kehadiran seorang gadis tela...