"Aku inginkan kehidupan untuk kematian nanti." - Dian
"Ketentuan hidup bukan di tangan manusia. Dan yang layak menilai hanyalah Dia." - Aamal
---------------"Memandangkan kesemua pelajar di sekolah kita Islam, aku dan Dian dah bincang nak buat beberapa aktiviti kerohanian di sekolah kita. Antaranya, solat berjemaah waktu Isyak pada setiap hari. Hari Jumaat kita akan solat berjemaah Maghrib dan Isyak. After Maghrib, kita ada bacaan Yassin dan tazkirah yang akan disampaikan oleh pendakwah bebas yang kita akan jemput nanti." Hazraj berhenti seketika untuk menarik nafas.
"Semua orang wajib ada dalam surau even yang uzur akan masuk surau masa tazkirah. Semua tidak dibenarkan berada di asrama and yang uzur tu maybe boleh tunggu depan surau. So, is it clear?"
Kesemua pelajar yang berada di bilik mesyuarat MPP, hanya menggangukkan kepala."Ketua kelas boleh beritahu kelas masing-masing. And lagi satu, beritahu kelas masing-masing untuk hantar wakil buat persembahan for hari guru nanti." Dian mula memberi arahan. Ketua kelas yang menyertai sesi mesyuarat pada petang itu, hanya mengangguk sambil mencatat arahan Hazraj dan Dian sebentar tadi.
"Okay, aku lupa nak beritahu. Pihak sekolah tidak akan memaksa student dekat sini untuk bertudung. Tapi kita nak pelajar perempuan untuk memakai baju lengan panjang dan seluar atau kain yang labuh. And, make sure baju yang dipakai tidak jarang atau ketat. Ini adab berpakaian yang wajib dipatuhi di luar asrama for pelajar perempuan. Lelaki pula wajib pakai seluar yang bawah lutut. Aku tak peduli korang nak main bola ke badminton ke, but make sure seluar bawah lutut and pakai baju. Setapak korang keluar daripada asrama, peraturan ni akan dikuatkuasakan. Kita akan start esok. Ketua kelas boleh beritahu kelas masing-masing." Panjang lebar Hazraj berucap.
"Okay kita akhiri mesyuarat kita dengan surah Al-Asr dan tasbih kafarah. Bismillahirahmannirahim..." Hazraj mengetuai bacaan doa penutup majlis.
"HAH?!" Serentak kembar bertiga itu bersuara.
"Are you crazy, sis?" Tanya Syasya.
"No, akak still waras lagi." Balas Dian selamba.
"Tapi-" Baru sahaja Fasha ingin membantah, Dian memintas.
"Tak ada tapi-tapi. Ini adalah arahan dan keputusan akak muktamad." Tegas Dian.
"Tapi kami tak janji pun nak-" Sekali lagi, Dian memintas.
"Akak pun tak promise korang punya markah merit lebih 50." Dian sengih. Kejam.
"Ish ugut. Okaylah macam tu." Nasha terpaksa bersetuju.
DIAN berjalan laju ke dewan bagi melihat persiapan untuk sambutan hari guru nanti. Apabila melangkah masuk, dia terkejut dengan suasana yang menyeramkan di dalam dewan.
"Morning headgirl. Hari Ahad pun bertugas?" Tanya Amir.
"Assalamualaikum and morning, Mir. Aku hari-hari bertugas. Seram duh kau buat." Komen Dian.
"Waalaikumsalam." Amir menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal akibat diperli secara halus oleh Dian.
"Well, kau minta seram, aku bagi seram. Kau minta doraemon, aku bagi doraemon." Balas Amir."Kau ni sesuai jadi pereka dalaman."
Kata Dian sambil mengendahkan lawak tak jadi Amir."Eh mana kau tahu cita-cita aku?" Tanya Amir.
"Aku hentam je. Dah gi sambung kerja." Dian menghalau Amir. Dia mula melangkah masuk ke dewan yang kelihatan seperti bangunan tinggal. Si kembar tiga ahli MPP tu memang talented dalam hiasan dalaman. Dian merasa kagum.
Di atas pentas yang bersawang, kelihatan tiga orang gadis sedang berlatih untuk persembahan pada hari guru nanti. Dian hanya tersengih. Bersungguh betul tiga orang tu berlatih. Dian meninggalkan mereka sambil memantau aktiviti lain.
"Wah headgirl pun ada dekat sini?" Tanya Hazraj. Buat-buat terkejut.
"Kenapa? Tak boleh ke?" Tanya Dian.
"Bukan tak boleh. Tapi aku terkejut je sebab kau sanggup mencemar duli tengok persiapan ni."
"Sepatutnya aku yang cakap macam tu. Yelah, headboy kan selalu pemalas nak buat kerja. Semua nak pass dekat assistant."
"Weh mana ada. Tak baik tau fitnah."
"Hah tahu pun kau. Yang kau cakap gaya macam aku tak buat kerja pehal?" Dian merenung tajam.
"Alah aku gurau je. By the way, siapa wakil MPP untuk persembahan nanti?" Hazraj mula serius.
"Just wait and see." Dian membalas sambil tersenyum dengan kening diangkat-angkat. Tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar tracksuitnya.
"Please lah weh jangan buat muka macam tu. Aku tak sedap hati betullah dengan kau ni. Kata Hazraj.
Aku peduli apa?" Dian membuat muka beku sebelum berlalu.Dian menapak keluar dewan. Tiba-tiba Aamal muncul sambil memegang lengannya dalam keadaan tercungap-cungap.
"Kau apahal macam baru masuk marathon ni?" Tanya Dian.
Aamal mengambil nafas sebelum bercakap sesuatu yang membuatkan muka Dian berubah menjadi emotionless.
"Aku nampak ayah kau dekat pejabat."
Dian bagaikan dipanah petir sejurus selepas mendengar sebaris ayat itu.
"Then?" Tanya Dian. Cold.
"Tak nak jumpa dia ke? Dah berapa bulan kau tak balik." Kata Aamal.
Daripada first day start sekolah sampailah ke hari ni, Dian tak pernah balik rumah.
"Kau ingat diaorang nak jumpa aku ke..." Kata-kata yang lebih berbentuk pernyataan. Sebelum sempat Aamal membalas, Hazraj muncul secara tiba-tiba.
"Weh Dian, kita kena pergi office. Pengetua panggil. Dia kata dia nak discuss dengan bapak kau pasal sponsor hari guru nanti."
"Hell no. Aamal, gantikan aku Aamal. Aku sakit perut lah." Dian cuba mencari alasan.
"Kesakitan itu adalah sebahagian daripada proses kehidupan. Face it. Be brave. Aku tahu headgirl aku jenis yang strong. Don't worry. Kau ada aku. Aku sentiasa kat belakang kau." Kata Aamal.
Tak payah ada dekat belakang aku. Aku takut nanti kau backstab aku. Just selalu ada dekat sisi aku. So that, aku boleh letak tangan aku kat bahu kau and kau boleh letak tangan kau dekat bahu aku. Then, kita face the reality together." Dian sengih. Hazraj memandang mereka pelik.
Dah pehal berfalsafah dua ekor ni?"Weh, korang melalut sampai mana? Dian cakap dia sakit perut je pun. Itu pun nak berfalsafah macam Dian berak tak lepas pulak." Kata Hazraj.
Dian dan Aamal ketawa terbahak-bahak sampaikan Dian sakit perut betul-betul bahana ketawa tak berhenti.
"Sibuklah kau. Jomlah kata tadi nak cepat." Gesa Dian.
"Aku jumpa kau dekat bilik nanti." Kata Aamal. Dian hanya mengangguk.
YOU ARE READING
Aku Ada Kau
RandomKisah hidup seorang gadis yang disisih keluarga kerana satu tragedi yang mengubah hidup dan dirinya sendiri. Kehilangan orang yang paling disayangi menyebabkan hidupnya gelap dibayangi perasaan sedih dan bersalah. Namun, kehadiran seorang gadis tela...