Dian berjalan malas memasuki perkarangan sekolah barunya. Sekolah yang menempatkan anak-anak orang kaya yang ibu bapa mereka bukan calang-calang pekerjaannya, which means mereka ANAK kepada ORANG KAYA dan itu membawa makna hanya parents mereka sahaja yang kaya.
Dian menghela nafas perlahan. Entah apa pula yang akan menyebabkan dia dibuang sekolah nanti. Kali ini, sudah kali ketiga dia terpaksa berpindah sekolah akibat perilakunya. Perilaku yang dimaksudkan di sini adalah perilaku dia yang nakal dan bukan jahat. Bukan JAHAT okay, NAKAL je.
But still, Dian merasakan apa yang telah dilakukan tidak salah kerana dia hanya seorang mangsa yang cuba mempertahankan diri apabila dihina dan dikeji. Dan kali ini, mungkin sebab fed up dengan dia, ibu bapanya decide untuk 'menghantar' also means memindahkan dia ke sekolah swasta ini.
And for sure, pemindahan ini bukan kerana ingin memberi keselesaan kerana sekolah ini dilengkapi dengan kemudahan yang serba canggih, namun ianya hanya untuk membuatkan Dian tidak lagi dibuang sekolah akibat 'kenakalan' dia kerana sumbangan besar bapanya pada sekolah.
Dunia yang bertuhankan duit. Memang semua benda boleh settle dengan duit ke? Dia sudah semakin bosan dan muak dengan perkara itu. Ibu dan bapanya tidak akan kisah dengan apa yang dia dah dan akan lakukan. Mereka tak pernah kisah. Waima untuk mengambil tahu sekalipun. Dian bagai dianaktirikan tanpa sebab.
Langkah kakinya laju menuju ke pejabat sekolah. Dia bergerak ke bilik pengetua. Dian hanya mengabaikan kerani yang terkejut melihat dia hampir menerjah masuk ke bilik pengetua.
Dian mengetuk pintu, lalu tanpa menunggu respon dari penghuni di dalam, dia terus memulas tombol pintu dan masuk. Ya, dia tidak diajar untuk beradab di rumah. Inilah yang akan terjadi sekiranya parents mengabaikan anak-anak di rumah ye. Dia hanya ingin membuktikan teori-teori yang dilihat di tv.
Pengetua, yang tidak memaparkan apa-apa reaksi seperti dah biasa pejabatnya diterjah orang sedang menyelak fail di atas meja. Pengetua wanita itu mengangkat muka memandang Dian. Tanpa berkata apa-apa, wanita yang dah berabad umurnya itu, menekan butang interkom, memanggil seseorang. Seorang perempuan yang bertag nama yang Dian agak sebagai seorang guru di situ melangkah masuk.
"Tunjukkan pelajar baru ini bilik asrama dan kelasnya." Arah pengetua. Guru yang bernama Syafikah itu segera menyuruh dia mengikutnya.
"Nama awak siapa?" Tanya Cikgu Syafikah semasa dalam perjalanan menuju ke bilik atau tempat tidurnya nanti. Ya, dia menginap di hostel sekolah tersebut. Mungkin kerana kehadirannya di rumah hanya memberi tekanan kepada ibu bapanya.
"Dian." Sepatah sahaja yang keluar dari mulutnya.
Selepas itu, suasana sunyi kembali. Mungkin Cikgu Syafikah tahu dia tidak berminat untuk berbual. Akhirnya, mereka tiba di sebuah bilik. Pintu diketuk sebelum dibuka dari dalam. Seorang gadis berdiri sambil tersenyum memandang Dian dan cikgu di sebelah.
"Ini roommate baru awak. Nanti tunjukkan dia kelas dan kalau kamu free, mungkin kamu boleh bawa dia melawat sekitar sekolah." Kata cikgu itu sebelum melangkah pergi meningalkan mereka.
Dian dijemput masuk oleh gadis itu ke dalam bilik. Bilik itu menempatkan dua buah katil dan dua buah meja study serta dua buah almari bersaiz sederhana. Bilik itu dilengkapi dengan bilik air.
"So, saya Aamal Delisya. But you can just call me Aamal. And Aamal tu dieja double 'a'ye." Aamal menghulur salam perkenalan.
"Aku tak peduli pun apa nama kau. Sekarang ni, mana tempat tidur aku and mana aku nak letak semua barang aku ni?" Balas Dian. Dingin.
"Well, at least tell me your name, can you?" Aamal bertanya dengan nada sinis. Mungkin marah dengan cara layanan yang diberikan. Apa ingat orang tu je boleh berkasar? Dia pun boleh okay.
"Dian" Sepatah Dian jawab pakej dengan muka heartlessnya.
"Okay, Dian katil kau dekat dengan tingkap sana. Almari kau dekat depan katil kau. Meja kau, of course dekat sebelah katil kau. Selalunya, if kau nak study after pukul 11 malam, kau kena guna lampu study sebab pukul 11 lampu bilik dah kena switch off atau kita akan kena marah dengan warden and the worst part is maybe kita boleh dikenakan demerit." Panjang lebar Aamal menerangkan rules bilik.
Dian sekadar mengangguk faham dengan explanation Aamal. Dia mula mengemaskan barangnya. Tanpa disedari, pertemuan itu lah permulaan kepada segalanya tentang kisah hidup seorang Dian…
YOU ARE READING
Aku Ada Kau
RandomKisah hidup seorang gadis yang disisih keluarga kerana satu tragedi yang mengubah hidup dan dirinya sendiri. Kehilangan orang yang paling disayangi menyebabkan hidupnya gelap dibayangi perasaan sedih dan bersalah. Namun, kehadiran seorang gadis tela...