Kelas 5 Al-Khawarizmi sunyi tanpa suara manusia. Hanya kedengaran bunyi kalkulator ditekan dan pensel berlaga dengan kertas. Bunyi cengkerik menemani pelajar-pelajar pada malam itu.
Ketiadaan kelibat Lania, Peah dan Nina di kelas pada prep malam itu tidak dihiraukan pelajar kelas 5 Al-Khawarizmi. Namun, Lania dan konco-konconya mula menunjukkan muka apabila jam menghampiri pukul 11.00 menandakan prep akan tamat.
Sejurus melangkah kaki ke kelas, Lania and the gang terus menyerang Arif, ketua kelas.
"Weh, tanda aku hadir hari ni." Arah Lania.
Dia ingat ni sekolah bapak dia?
"Lagi seminit nak pukul 11, baru kau masuk. Tetap dikira ponteng." Balas Arif selamba. Ketua kelas yang bertanggungjawab betul.
"Apa pulak? Aku masuk jugak kan?" Lania masih lagi berkeras.
"No, kau lambat. Aku tulis kau ponteng selama 2 jam 59 minit." Kata Arif.
Boleh pulak macam tu kan?
"What the-" Belum sempat Lania menghabiskan ayatnya, sesuatu mendarat di meja Arif.
"Arghh!!!" Lania dan Arif menjerit serentak.
Arif jatuh kerusi manakala Lania terduduk di atas lantai bersama-sama Peah dan Nina. Mereka bertiga menjerit bagaikan histeria.
Arif bangun daripada kerusi.
"Siapa yang baling cicak getah ni?" Tanya Arif, kuat.
Dia memandang Hazraj dan Izzat.
Mereka yang lain ketawa apabila tahu punca Arif dan Lania serta gengnya menjerit. Dian dan Aamal hanya menayangkan wajah beku sambil berpura-pura khusyuk dengan latihan kimia di atas meja.
Acah rajin je.
"Dian, kau yang baling, kan?" Lania bertanya. Asyik attack Dian je kalau bab nak kenakan dia.
"Hazraj, Izzat. Korang yang buat kan?" Arif menuduh kedua pelajar nakal itu. Maybe sebab cicak getah tu pada awalnya diaorang yang punya. Pada awalnya. Diulang sekali lagi, PADA AWALNYA.
Arif tidak mengesyaki Dian kerana Dian tiada sebarang sebab untuk mendajalkan dia.
'Tapi, dia selalu dajalkan Lania.' Bisik hati Arif.
Dian hanya menguap sambil berpura-pura tidak mendengar soalan Lania.
"Hish, menyakitkan hati betullah perempuan ni." Marah Lania lalu mengajak rakan-rakannya keluar daripada kelas.
"Dian." Arif mula curious dengan Dian.
"Ye, ketua kelas?" Dian menyahut selamba sambil memandang Arif dengan muka mengantuk. Tapi, dia serius tengah mengantuk.
"Kau yang baling ke?" Tanya Arif perlahan.
"Yup, aku yang baling." Mengaku. Itupun sebab malas nak berdalih.
"Kau...!" Arif mula berang. Dia membaling cicak getah tersebut kepada Dian. Bukan kuat pun dia baling. Gentleman lah katakan.
Dian menyambut selamba.
"Relax lah, ketua kelas. You should at least say thank you to me sebab aku dah selamatkan kau daripada perempuan tu." Kata Dian.
"Tapi, kenapa aku pun kena sama?" Arif bertanya dengan riak muka yang betul-betul tak dapat menerima kenyataan.
Kena baling dengan cicak getah je pun.
"Dah macam tu pulak? Kau kan lelaki. Aku ingat kau tak takut. Aku tak expect pun untuk kau jerit sama." Dian menjelaskan. Tapi memang dia takde sebarang niat dan nawaitu pun nak dajalkan si ketua kelas.
YOU ARE READING
Aku Ada Kau
RandomKisah hidup seorang gadis yang disisih keluarga kerana satu tragedi yang mengubah hidup dan dirinya sendiri. Kehilangan orang yang paling disayangi menyebabkan hidupnya gelap dibayangi perasaan sedih dan bersalah. Namun, kehadiran seorang gadis tela...