Flashback....
"Kau yakin ke ni?" Tanya Aamal.
"Yelah, kenapa kau? Chill ah. Macam tak biasa pulak kau buat kerja terkutuk ni." Balas Dian. Selamba macam tak ada apa.
"Memanglah pernah. Tapi tak adalah sampai nak buat dekat cikgu. Kau ni, agaklah kalau nak prank pun."
"Syhh, cikgu-cikgu dah nak masuk tu."
Secara tiba-tiba, Dian ketawa. "Hahahaha, lawak lah siot diaorang pakai macam tu." Dian ketawa lagi sambil menekan perut.
Dia menunjuk ke arah Hazraj dan Izzat yang sedang menyambut cikgu-cikgu di depan pintu utama dewan dengan pakaian compang-camping pakej dengan solekan hantu di muka.
Dian dapat menangkap muka terkejut cikgu-cikgu dan pengetua.
"Woi, diamlah. Nanti kang semua perasan kita dekat sini." Aamal menepuk bahu Dian.
"Diaorang takkan perasanlah. Sini kan gelap." Dian dan Aamal sedang bersembunyi di sebalik langsir di sebelah kiri pintu dewan. Langsir tu tujuan dia nak halang cahaya daripada menerangi dewan. Nanti tak seram lah kan kalau terang.
"Weh, get ready. Mangsa sedang bergerak."
"Kau ingat ni apa, main mangsa-mangsa. Gaya macam nak bunuh orang je. Ada yang betul-betul jadi hantu kejar kau baru tahu." Bebel Aamal.
"Diamlah. Membebel je kerja kau. Dulu bukan main lagi cakap 'aku ni jenis yang tak banyak cakap'." Dian membalas sambil mengajuk ayat Aamal dulu. Tapi mata Dian setia memandang mangsanya.
"Weh, jom." Dian memberi arahan.
Mereka bergerak di sebalik langsir. Kegelapan amat membantu mereka tika itu. Hanya ada sedikit sahaja cahaya yang ada untuk menerangi perjalanan pelajar-pelajar dan guru-guru. Dan itu pun atas idea cerdik Dian.
Dewan dahlah besar. Bayangkan lampu yang ada pun lampu yang tak berapa nak terang lepastu letak dekat dinding dewan jauh daripada students dengan cikgu-cikgu yang ada dekat tengah dewan.
Setelah sampai ke tempat yang memang langsung tak ada lampu, yakni tempat di mana guru-guru duduk, mereka keluar dari balik langsir dan bergerak ke arah mangsa mereka.
Mangsa mereka berada di tempat duduk VIP, iaitu di hadapan pentas. Meja guru-guru VIP yakni guru-guru yang berjawatan tinggi seperti pengetua, GPK 1, GPK HEM dan segala GPK yang ada dekat dunia ni jauh sikit daripada meja guru-guru biasa manakala pelajar hanya duduk di kerusi di belakang.
Aamal dan Dian bergerak secara merangkak. Mereka berhenti merangkak kerana lampu di pentas yang masih menyala. Pengacara majlis, yakni si kembar tiga ahli MPP, Amir Hafiz dan Natasha.
Aku tahu korang dah lupa nama diaorang.
Pengacara majlis mengumumkan persembahan pembuka tirai. Dan seperti yang dirancang oleh Dian dan Aamal serta orang-orang di belakang tabir, lampu pentas dipadamkan.
Dian dan Aamal terus melangkah ke belakang mangsa istimewa mereka, yakni Cikgu Khairiah, GPK 1 sekolah mereka. Mereka berpisah selepas sampai ke belakang cikgu mereka tanpa disedari sesiapa. Dian di hadapan meja Cikgu Khairiah dan Aamal di belakang kerusi cikgu yang bertuah tu.
Keadaan dalam dewan sumpah memang gelap lepas lampu pentas terpadam. Hanya ada beberapa lampu je yang menyala yang cahaya dia macam cahaya dua batang lilin.
Dian dan Aamal dah hafal segala susun atur dalam dewan sebab tu diaorang dapat sampai ke tempat Cikgu Khairiah dengan mudah.
Tiba-tiba, kedengaran suara seseorang menyanyi. Suara yang datangnya dari pentas. Dan lagu yang dinyanyikan buat semua orang yang mendengar goosebumps terus kecuali Dian dan Aamal sebab lagu tu pun sebahagian daripada plan diaorang.
Lagu apa sampai buat orang goosebumps?
Lagu yang super seram. Berentak perlahan dan mendayu-mendayu.
Aamal mencuit bahu kanan Cikgu Khairiah dengan lembut tetapi pantas. Cikgu Khairiah segera berpusing ke belakang untuk melihat siapa yang mencuitnya. Bulu romanya mula naik apabila tidak kelihatan sebarang tanda wujud manusia dibelakangnya.
Aamal yang sedang menunduk setunduknya di belakang guru malang itu, sedaya upaya menahan ketawa. Ingatkan garang lah sangat. Dian pula menyelak alas meja dan mencuit kaki Cikgu Khairiah yang berada di bawah meja. Refleks Cikgu Khairiah menyelak alas meja untuk melihat siapa atau apa yang mencuit kakinya.
Cikgu Khairiah mula gementar apabila sekali lagi tiada apa yang dilihatnya di bawah meja. Dahlah gelap. Lepastu ada main cuit-cuit pulak. Dengan lagu seram dekat pentas lagi. Perghhh berpeluh cikgu tu even dewan pasang air-conditioner.
Dan secara tiba-tiba untuk kesekian kalinya, lagu yang dinyanyikan oleh pelajar-pelajar yang tidak kelihatan di atas pentas bertukar. Melodinya berentak perlahan dan lagunya adalah lagu yang setiap umat manusia yang normal dan berumur 5 tahun ke atas tahu.
Lagu apa?
Lagu Happy Birthday. Tapi dalam versi yang menakutkan.
Guru-guru dan pelajar-pelajar yang berada di dalam dewan itu ternganga. Sampai ke part drum dipukul dan nyanyian sampai ke chorus, iaitu lirik yang penyanyinya perlu menyebut nama orang yang lahir pada hari itu, Aamal dan Dian segera bangun dan menyergah Cikgu Khairiah dengan ucapan yang lazim diucapkan semasa hari lahir seseorang, yakni Happy Birthday atau Selamat Hari Lahir.
Dan part yang bestnya, bukan Cikgu Khairiah yang menjerit, tapi pengetua yang duduk dekat sebelah Cikgu Khairiah yang sibuk jerit. Yang sepatutnya jerit, hanya mampu ternganga sebab terlalu terkejut sampaikan Dian dan Aamal ingat cikgu dah kena serangan stroke.
Pengetua hanya mampu facepalm sambil dalam hati memaki hamun budak dua ekor yang tak makan saman tu. Nasib baik tak sakit jantung orang tua tu dibuatnya.
Lampu pentas akhirnya dibuka.
Di atas pentas, tersedia satu kek dua tingkat yang di atasnya tertulis, Happy Teacher's Day dan satu kek yang takde tingkat yang di atasnya tertulis, Happy Birthday To Puan Khairiah.
Cikgu Khairiah yang baru pulih dari 'serangan stroke-nya', baru terniat nak marah Dian dan Aamal namun niatnya terbantut bila tengok kek dekat atas pentas.
Dian dan Aamal segera naik ke pentas untuk mengucapkan something pada mangsa mereka. Tapi sebab utamanya ialah nak lari daripada kena sembur dengan cikgu tu.
"Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Terlebih dahulu kami ingin memohon ampun kalau ada yang sakit jantung, terperanjat. Even orang lain yang patut terkejut tapi kalau korang sama-sama terkejut, padan muka diri sendiri lah ye. Contoh terdekat, pengetua kita." Dian memandang pengetua sambil membuat isyarat peace.
"Tapi pengetua terkejut sekali pun tak apa rasanya sebab pengetua still dapat makan kek dekat depan ni yang dibuat khas daripada pelajar MPP yang pandai buat kek. Hahaha. Maaf lah saya tak ingat nama budak-budak yang buat ni sebenarnya. But credit goes to all of you yang menjayakan majlis pada hari ni." Aamal pula mengambil turn berucap.
"To Cikgu Khairiah, Happy Birthday and stay healthy. Maafkan kami jika ada perlakuan kami yang menyinggung hati cikgu sama ada sengaja atau tidak sengaja. Mostly, tak sengaja okay. Tapi yang tadi sumpah sengaja. Moga hidup cikgu dirahmati dan diberkati Allah serta mendapat kebaikan dunia dan akhirat. Dan kepada semua guru yang berada di dalam dewan juga di luar dewan yang mungkin berada di tandas kerana terlalu takut sehingga ingin terkencing, kami ucapkannnn...." Dian berhenti seketika.
"Happy Teacher's Day!!" Jerit Dian dan Aamal serta Fasha, Nasha dan Syasya yang bertanggungjawab dalam acara di pentas tadi.
Semua guru dijemput naik untuk sesi bergambar dan selepas itu majlis diteruskan dengan persembahan dan lain-lain. Majlis hari guru tersebut berjalan lancar seperti yang dirancang.
End Of Flashback.
YOU ARE READING
Aku Ada Kau
RandomKisah hidup seorang gadis yang disisih keluarga kerana satu tragedi yang mengubah hidup dan dirinya sendiri. Kehilangan orang yang paling disayangi menyebabkan hidupnya gelap dibayangi perasaan sedih dan bersalah. Namun, kehadiran seorang gadis tela...