Bulan April baru sahaja bermula. Dian dan Hazraj melangkah laju menuju ke bilik mesyuarat MPP. Mereka akan mengadakan mesyuarat bagi sambutan hari guru nanti.
Semakin mendekati bilik mesyuarat, semakin kuat suara ahli MPP berbual. Dian dan Hazraj melangkah masuk. Suasana terus senyap. Hazraj dan Dian duduk di hadapan di bahagian tengah meja. Alia selaku setiausaha memberikan fail laporan kepada Hazraj dan Dian.
"Bismillahirahmannirahim. Assalamualaikum semua. Tujuan mesyuarat kita kali ini adalah bagi membincangkan tentang sambutan hari guru pada 16 Mei nanti. Kita sebagai ahli MPP dipertanggungjawabkan bagi menguruskan majlis tersebut. Jadi, selaku pengerusi, saya nak yang terbaik bagi meraikan guru-guru kita. So, any suggestions?" Tanya Hazraj.
Skema sangat pulak si Hazraj ni.
"Kita nak start daripada mana dulu? Hiasan, persembahan or permainan?" Tanya Aamal.
"Kita mula daripada hiasan. Jawab Dian. Alia terus mengangkat tangan. Hazraj dan Dian serentak mengangkat sebelah kening, isyarat bertanya.
"Kita bentang karpet merah nak? Then, kita bagi tema untuk majlis." Cadang Alia.
"Okay jugak idea tu. Kita treat cikgu macam VIP. Any suggestions for the theme?" Tanya Hazraj.
"Black and white?" Cadang Irfan, biro yang menguruskan maklumat pelajar-pelajar di sekolah itu.
"Lain?" Giliran Dian bertanya.
"Colour blocking."
"Frozen."
"Tradisional."
"Korporat."
"Seram."
"Kejap. Part yang seram tu sounds interesting." Komen Dian.
Idea yang pelik-pelik semua pass dekat dia.
"Yup, lain dari yang lain. Siapa setuju tema seram?" Hazraj meminta pendapat ahli MPP yang lain. Kesemua ahli MPP mengangkat tangan.
"Okay, good. So, hiasan tadi, aku rasa karpet merah kita replace dengan karpet hitam selari dengan tema seram tadi. So, ada sesiapa nak take over bahagian hiasan? Yang memang minat gila dengan hiasan. Ada?" Hazraj memandang setiap muka yang berada di situ.
Tiga orang pelajar mengangkat tangan. Amir, Hafiz dan Natasha. Si kembar tiga. Biro yang bertanggungjawab dengan majalah sekolah.
"Hah, aku lupa pulak korang memang win bab menghias ni. Korang siapkan design apa semua lepas tu tunjuk dekat aku dengan Dian. Agak-agak bila boleh siap?"
"Dalam seminggu boleh tak? Kitaorang buat weekend ni." Kata Amir, abang sulung si kembar tiga.
"Bolehlah. Lagipun, baru bulan April. Aku discuss awal sebab tak nak kita kelam-kabut untuk trial hujung bulan Mei. Aku tak suka kerja last minutes." Terang Hazraj.
"Okay, bab hiasan settle. Persembahan pulak. Kita kena cari budak-budak yang nak buat persembahan. Maybe setiap kelas boleh hantar satu wakil. Bagitahu diaorang awal-awal. So that, diaorang ada masa nak prepare for the show." Kata Dian.
"Aku rasa MPP pun kena hantar wakil. Siapa nak take over bab persembahan?" Tanya Hazraj.
Takde yang angkat tangan. Sedih.
"Okay. It seems like tak ada yang minat. So, headgirl, macam mana?" Hazraj meminta pendapat Dian.
"It's Dian. Boleh tak if kita cari budak lain wakil MPP? Sebab aku rasa macam ada calon yang sesuai." Dian mengangkat-angkat keningnya berserta dengan segaris senyuman.
Nampak sly sikit.
"Kau jangan buat muka macam tu, please. Aku takut betul tengok muka bermuslihat tu. Nampak scary gila." Kata Izzat.
"Like I care." Dian menjulingkan mata ke atas.
"Dian, kau take over bahagian show, boleh?" Tanya Hazraj. "Aamal dengan Izzat, tolong." Arah Hazraj.
"Hmm...okaylah." Balas Dian dengan mata yang bersinar.
"Kau jangan nak plan bukan-bukan." Hazraj memberi amaran. "Aku dah serik dah dengan kau ni. Bab dajal orang, nombor satu. Dah-dah le tu. Dah jadi headgirl dah pun. Bawak bertaubat ye." Hazraj memberi tazkirah ringkas kepada Dian.
"Ohh...habistu yang suruh aku dajalkan Lania tu, siapa eh? Cikgu Khairiah? Dasar penjenayah kolar putih. Sembunyi balik jawatan kau tu. Sampai hati kau jadikan aku kambing hitam huhuhu." Dian menutup muka berpura-pura menangis.
"Woi, jangan kantoikan aku." Hazraj menggaru kepalanya yang tidak gatal. Semua ahli MPP hanya mampu ketawa.
"IRFAN, bagi aku data budak-budak Form 4 yang baru masuk tu. Tiga orang, kan?" Tanya Dian.
"Haah, tiga orang. Kembar. Kejap aku cari." Balas Irfan.
"Okay."
Selepas beberapa minit....
"Hah, ni dia. Nah. Kau nak buat apa dengan data budak-budak ni?" Tanya Irfan.
"Aku macam pernah nampak budak-budak tu. So, aku just nak make sure something je." Dian menyambut fail itu.
Sejurus selepas membuka dan membaca fail tersebut, Dian tersenyum dengan mata yang bersinar.
"AKAK!!! Dah lama tak jumpa. Keciknya dunia." Kata Fasha. Kakak sulung kepada si kembar tiga.
"Entah, lepas akak pindah, kitaorang kesunyian tau." Kata Syasya. Si kembar kedua. Nasha, adik bongsu, hanya diam membisu memandang Dian.
"Alah poyo lebih. Kau nak bodek pun beragak sikit. Kau ingat akak tak tahu kau orang nak apa?" Balas Dian.
"Eh macam mana akak tahu ni?" Tanya Fasha sambil tersengih.
"Akak pun kalau buat muka macam gitu, mesti nak something kan?" Tanya Nasha yang lama mendiamkan diri.
Tengah scan Dian lah agaknya tadi.
"Kau macam Kak Dian lah. Tahu je semua." Kata Syasya.
"Cuma beza kau dengan Kak Dian, Kak Dian tahu apa yang kita nak tapi kau tak tahu apa yang Kak Dian nak." Sambung Syasya.
"Itu yang bahaya tu." Kata Fasha.
"Okay, akak assume kita dah make a deal." Kata Dian secara tiba-tiba.
"Hah?!" Kembar tiga itu serentak bersuara.
Drama queen betul.
"I'll tell you later apa yang korang patut buat." Dian ignore muka cemburut tiga kembar itu.
"Tapi akak-"
"Okay sayang korang. Bye." Kata Dian sebelum berlalu laju.
"Kakak kau lah tu." Kata Syasya.
"Apa pulak, kakak Nasha lah." Fasya membalas.
"Take it easy, guys. Kakak kita semua." Nasha lagi matang rasanya daripada kakak-kakak dia.
YOU ARE READING
Aku Ada Kau
RandomKisah hidup seorang gadis yang disisih keluarga kerana satu tragedi yang mengubah hidup dan dirinya sendiri. Kehilangan orang yang paling disayangi menyebabkan hidupnya gelap dibayangi perasaan sedih dan bersalah. Namun, kehadiran seorang gadis tela...