Pengerusi majlis mula menjemput pengetua. Semua pelajar mula menumpukan perhatian. Pelajar yang sedang tidur dikejutkan manakala yang sedang berbual segera memandang ke hadapan.
"Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada warga Elite High School. Saya tidak ingin melengahkan masa, jadi kita terus kepada agenda kita pada hari ini. Kita mulakan dengan memanggil dua calon yang mendapat undian terbanyak bagi jawatan Pengerusi MPP." Ucap pengetua.
Dian dan Aamal tidak menghiraukan apa yang diucapkan pengetua. Mereka yakin Hazraj dan Izzat yang akan dipanggil. Mereka juga yakin mereka tidak akan terpilih untuk jawatan Naib Pengerusi MPP dan Penolong Ketua Pengawas sejurus selepas melihat Cikgu Khairiah yang sedang duduk di atas kerusi di pentas.
"Kedua calon itu ialah Hazraj Iskandar dan Megat Izzat. Dijemput calon-calon tersebut untuk naik ke pentas. Hazraj dan Izzat terus berjalan naik ke pentas." Riak muka mereka menunjukkan yang mereka terkejut kerana terpilih.
Terkejut lah sangat kan.
"Majlis juga ingin menjemput dua calon dengan undian terbanyak bagi jawatan Naib Pengerusi MPP. Calon tersebut adalah Aamal Delisya dan Dian Dianah." Aamal dan Dian tidak menyedari nama mereka dipanggil kerana asyik berbual.
Entah apalah yang diaorang bualkan sampai khusyuk sangat tu.
"Dian Dianah dan Aamal Delisya. Terperanjat sangat ke sampai tak nak naik pentas ni?" Tanya pengetua.
Alia yang duduk di sebelah Aamal menyiku kuat Aamal menyuruh mereka naik ke pentas.
Dian Dan Aamal terpinga-pinga. Blur sebab kena siku tiba-tiba lepastu kena paksa naik pentas.
Apabila melihat pengetua memandang straight pada mereka, segera mereka naik ke pentas. Dapat dilihat wajah Lania yang masih ternganga tak percaya. Muka Cikgu Khairiah teramatlah tidak puas hati dengan pencalonan itu.
"Saya akan menyebut jumlah undian bagi calon Pengerusi MPP kita. Megat Izzat mengumpul sebanyak 249 undian. Hazraj Iskandar mengumpul sebanyak 251 undian. Jadi, dengan ini secara automatiknya, Hazraj Iskandar akan menyandang jawatan Pengerusi dan Megat Izzat Ketua Pengawas. Keputusan undian adalah muktamad. Sila ambil sijil dan lencana masing-masing." Arah pengetua.
"Kita teruskan dengan calon perempuan kita. Aamal Delisya mengumpul sebanyak...." Pengetua tiba-tiba terdiam. Aamal dan Dian menjeling pengetua wanita itu.
Kesemua umat manusia di dewan itu menahan nafas apabila pengetua berhenti berucap.
Dah kenapa diam?
Tiba-tiba.....
"Seram kan? Seram kan?" Sambung pengetua menamatkan sesi menahan nafas.
Semua pelajar hanya mampu facepalm bersama dahi yang seakan ditulis hampeh.
"Aamal Delisya mengumpul undian sebanyak 250 undian. Dian Dianah mengumpul undian sebanyak 250 undian. Keputusan adalah seri. Jadi, saya sebagai pengetua yang adil lagi saksama akan memilih siapa yang layak bagi jawatan Naib Pengerusi MPP."
Angkat bakul sendiri nampak.
"Saya telah pun berfikir siapa yang akan saya pilih sebagai Naib Pengerusi pada hari Ahad malam. Dengan sukacita saya mengumumkan, Dian Dianah binti Tan Sri Hisyam terpilih bagi jawatan Naib Pengerusi MPP Sekolah Tinggi Elit!" Bersemangat pengetua mengumunkan.
"Aamal Delisya akan menyandang jawatan Penolong Ketua Pengawas. Sila ambil sijil pelantikan dan lencana masing-masing. Diharapkan pemimpin-pemimpin kita ini dapat menggalas tanggungjawab dan menjalankan amanah yang diberi dengan baik dan adil."
Pengetua ingin mengakhiri majlis perhimpunan pada pagi itu. Namun...
"Nanti!" Jerit Cikgu Khairiah. Satu dewan memandang cikgu janda anak satu itu.
YOU ARE READING
Aku Ada Kau
RandomKisah hidup seorang gadis yang disisih keluarga kerana satu tragedi yang mengubah hidup dan dirinya sendiri. Kehilangan orang yang paling disayangi menyebabkan hidupnya gelap dibayangi perasaan sedih dan bersalah. Namun, kehadiran seorang gadis tela...