Bab 8-Sepupu

1.6K 76 2
                                    

Sampai sahaja aku di rumah,aku segera membersihkan diriku tanpa memberitahu kedua-dua ibu bapa ku tentang kejadian semasa aku balik sekolah.Bila teringatkan kejadian petang tadi,hati aku berdebar ketika Amir memelukku.Allahuakbar.Aku tak patut ingat perkara tu.

Keesokkannya aku bersarapan bersama kedua-dua ibu bapaku.
"Ainnur,kelmarin kamu ada jumpa tak pelajar tingkatan 5 yang bernama Tengku Amir Mukhlis?"tanya abi kepadaku.'eh macam pernah dengar nama tu.Bukankah itu nama pemuda yang telah selamatkan aku'
"Jumpa abi,tapi taklah bertegur.Kenapa abi,umi?"
"Ni Ainnur,umi lupa nak bagi tahu.Tu ialah sepupu Ainnur.Anak kepada pak long Ainnur"balas umi kepada ku.
"Anak kepada pak long?owh jadi tu sepupu Ainnur sebelah keluarga umi lah kan?"tanya ku kepada umi.
"Ah'ah.Kalau kamu jumpa dia hari ni tolong minta nombor telepon pak long kat dia ya?Umi tak dapat 'contact' pak long ataupun mak long kamu sebab umi guna nombor baru"jelas umi kepada ku.
"Nombor pak long tak de ke kat telepon abi?"
"Ada,dah banyak kali abi call nombor pak long dan mak long tapi tak dapat.Maybe pak long dan mak long kamu dah tukar nombor."terang abi kepada ku.
"Hurm.InnshaAllah kalau Ainnur jumpa Abang Amir,Ainnur akan minta nombor telepon pak long ngan mak long.Abi jomlah kita.Umi Ainnur pergi ke sekolah dulu ya."aku menyalami dan mencium umi ku.

Sampai sahaja di sekolah,aku terus mencari kelibat Atiqah.Aku melihat bahawa Atiqah sedang bersarapan kat kantin.
"Atiqah!"
"Eih Ainnur,Wa'alaiksalan"kata Atiqah kepada ku dan diselitkan kata perlian kepada ku kerana tidak memberi salam terlebih dahulu.
"Heheh,Assalamu'alaikum Atiqah"
"Wa'alaiksalam.Ainnur dah sarapan ke?"tanya Atiqah kepada ku.
"Dah.Ni Atiqah Ainnur nak minta tolong sikit.Nanti boleh tak kawan Ainnur jumpa Abang Ilman sebab Ainnur tak tahu lah hok kat mano letaknye kelas Abe Ilman."kataku kepada Atiqah bercampur dengan loghat Klate.
"Boleh jer lepas ni kita pergi."

Uniknya sekolah agama ini perhimpunan hanya di buat hari Isnin dan Jumaat.Semasa hari Jumaat setiap pelajar akan membaca Asmaul Husna dan Yaasib.Pada hari biasa pula tiada perhimpunan di jalankan.Berbeza pula dengan sekolah agama ku yang dulu.Setiap hari akan diadakan perhimpunan.

'Kelas 5 Ibnu Sina'
"Ainnur tu abang Ilman"Atiqah menunjukkan aku di mana keberadaan abang Ilman.Aku melihat bahawa abang Ilman bersama dengan abang Fakhrullah.Secara automatiknya,kepalaku akan ku tundukkan ke bawah serta hati ku akan berdebar-debar dan tidak berfungsi dengan betul(heheh.Author main-main je^^) .
'Ya Allah,Engkau bantulah hatiku untuk berfungsi dengan baik'doaku di dalam hati.
"Jom Atiqah kita pergi sana."

"Salam'alaik abang Ilman."
"Wa'alaik salam"bukan hanya abang Ilman yang menjawab salam ku tetapi abang Fakhrullah turut menjawab"
"Erkk,Abang Ilman boleh tak kawankan Ainnur jumpa sepupu Ainnur?"soal ku kepada Abang Ilman sambil melihat lantai yang dipijak oleh kaki ku.
"Sepupu?Kalau tak silap abang sepupu Ainnur sebelah umi Ainnur kan?Namanya Tengku Amir Mukhlis"tanya abang Ilman kepada ku.
"Eih Ainnur bukan tu ke lelaki yang selamatkan anta kelmarin?"tanya Atiqah pula kepada ku.Abang Fakhrullah hanya menjadi pendengar perbualan kami.
"Ah?Selamatkan Ainnur?Kenapa Ainnur kelmarin ada sesuatu yang berlaku kepada Ainnur ke?"soal abang Ilman kepada ku.
'Aduh,macam mana aku nak cakap ni?kalau aku cakap mesti abang Ilman bagi tahu umi dan abi'aku berkata-kata di dalam hati ku.Belum sempat aku menjawab,abang Fakhrullah memberikan penjelasan pada abang Ilman.
"Begini Man.Kelmarin semasa ana balik bersama-sama adik ana dan Ainnur,Ainnur hampir kena langgar oleh kereta tapi nasib baik ada Amir.Amir selamatkan Ainnur dari kena langgar kereta tu"ujar abang Fakhrullah kepada abang Ilman.Sempat lagi aku menyuruh abang Ilman merahsiakan hal ini daripada umi dan abi.
"Ok lah.Abang Ilman takkan beritahu umi dan abi Ainnur.Jomlah kita pergi ke tempat Amir"

P/s utk readers crita ni pnjang.heheh.sabar K.^^.jgan lupa vote.

Cinta Halal KuWhere stories live. Discover now