(Request dari sahabat sya Syera_L.heheh pendek je esk sambung)
Setelah kumpulan aku dan Atiqah selesai membuat eksperimen,kami berbincang untuk membuat laporan eksperimen itu tersebut.
"Badrul,anta bagi tahu Ahmed yang kita nak buat perbincangan"kata Atiqah kepada badrul yang duduk bertentangan dengan Atiqah dan jaraknya lebih kurang 1 meter kerana dia menyangkakan Ahmed tidak fasih berbahasa Melayu.
Ahmed sibuk mengemas peralatan yang digunakan di dalan eksperimen.Sempat aku memandang sekilas muka Ahmed.Bagiku Ahmed ialah seorang lelaki yang handsome.Sesiapa sahaja yang melihatnya pasti akan cair oleh wajahnya yang menawan.Cerah muka Ahmed seperti hero drama 'Tundukkan Playboy Itu'.Keningnya yang tebal sesuai dengan matanya yang berwarna biru.Matanya yang menawan seperti memakai celak menambahkan lagi kehensemannya.Tinggi Ahmed lebih kurang 180cm.
"Untuk pengetahuan anta Atiqah,Ahmed ni fasih tau berbahasa Melayu."jelas Badrul.Ahmed memandang kami berdua sambil tersengih-sengih.
"Hehehe,saya ni fasih berbahasa Melayu tau Tiqah."kata Ahmed sambil tersenyum melihat ku.Perasaanku pelik kerana dia menyebut nama Atiqah tetapi melihat diriku.Terus saja aku menundukkan kepalaku."Owh maaflah saya tak tahu.Oh ya,memandangkan nama ana,anta dah tahu,ana perkenalkan di sebelah ana yang cantik jelita ni bernama Ainnur.Btw macam mana anta boleh fasih berbahasa Melayu ni?"Atiqah memperkenalkan ku kepada Ahmed.Aku hanya menganggukkan kepala ku tanda berkenalan dengan Ahmed.
"Sebenarnya sebelum pelajar dari Arab dihantar ke negara yang terpilih,kami diajar bahasa ibunda negara itu untuk memudahkan kami berkomunikasi dengan pelajar di negara itu."jelas Ahmed kepada Atiqah.Aku dan Badrul hanya menjadi pendengar perbualan mereka.
"Eh jomlah kita berbincang tentang eksperimen kita ni."Kata ku kepada mereka kerana masa hanya tinggal 30 minit.
Masa yang diperuntukan telah habis dan kami di minta untuk menghantar laporan eksperimen kami.Ahmed memanggilku ketika aku ingin masuk ke kelas.
"Ainnur!"
"Ya ana.Ada apa Ahmed?"aku terus saja bertanyakan sebab kenapa dia memanggil ku.Jarak aku dengannya lebih kurang 1.5 meter dan kami berada di depan kelas ku untuk menggelakkan fitnah daripada berlaku."Ana nak minta no.telepon Ainnur boleh?"soalnya.
"For what?"soalku balik kepadanya.
"Err,ana nak berkenalan lagi dengan anta"jawabnya.Namun mereka berdua tidak menyedari ada mata yang sedang menyaksikan perbualan mereka di sebalik dinding sekolah.Siapakah gerangan itu??
YOU ARE READING
Cinta Halal Ku
RomanceSinopsis 'Apakah yang perlu aku lakukan?Ya Allah,andai ini takdirMu aku terima seadanya'-Ainnur Ainnur dipinang oleh keluarga ibu saudaranya iaitu Datin Maimunah.Ainnur dengan terpaksanya menerima pinangan itu. Bagi si teruna yang dijodohkan untuk A...