Abi memanggil aku dan umi untuk berkenal dengan keluarga Atiqah.Sempat aku mengerling ke arah Abang Fakhrullah yang segak berjubah berwarna biru muda sama.Muka ku tiba-tiba berubah menjadi merah.
"Assalamualaikum."aku dan umi memberi salam.
"Wa'alaik salam."serentak mereka menjawab salam kami.
"Oh nilah Ainnur kawan Atiqah.Cantik orangnya"puji ibu Atiqah.Aku dan umi menyalami ibu Atiqah.
"Tak cantik pun Ainnur ni mak cik"balasku kepada ibu Atiqah .
"Eh Ainnur ni tak payah panggil mak cik panggil je ibu.Pak cik ni panggil je abi,kan kamu kawan baik Atiqah."Ujar Abi Atiqah sambil tersenyum lebar kepada ku.'Huhuhu aku sangkakan bakal ibu dan bapa mentua sebab disuruh panggil ibu dan abi rupa-rupanya sebab kawan baik Atiqah.Eih kau ni Ainnur,gatai juga kan.'Ainnur mengomel di dalam hati namun cepat sahaja dia beristighfar.
"Baik ibu,abi.Ainnur nak pergi ke dapur dulu ya."Aku meminta diri setelah menyedari abang Fakhrullah merenung ku.
"Eih Ainnur ana nak ikut anta"Atiqah ingin menolong ku di dapur.'SubhanaAllah,indahnya ciptaan Mu ya Allah.Astaghfirullah.Eh kau ni Fakhrullah belum halal lagilah tak boleh renung lama-lama'kata Fakhrullah setelah selesai dari merenung Ainnur yang memakai jubah sedondon dengan warna jubahnya juga.
5 minit sebelum kenduri bermula,keluarga abang Amir datang dan abi memanggil ku untuk berjumpa dengan mereka.Setelah sesi salam-salaman di antara keluarga ku dan keluarga abang Amir,kami mengambil tempat masing-masing kerana majlis akan bermula sebentar lagi.Aku terkejut apabila Imam menyuruh abang Fakhrullah untuk membaca doa penutup.
Khusyuk Ainnur mendengar bacaannya Fakhrullah,namun ada mata yang merenung Ainnur tanpa Ainnur sedari.
'Ini tak boleh jadi ni.Fakhrullah tak boleh rampas Ainnur dari aku.Apalah sangat bacaan si Fakhrullah tu.Bukannya merdu sangat.Tajwid pun tunggang terbalik.Bacaan aku lagi bagus lah.'kutuk Amir di dalam hati.Amir juga merasa tidak puas hati kerana Fakhrullah dan Ainnur memakai jubah yang sedondon warnanya.
'Eih Amir ni di tak tahu ke yang di kutuk kat Fakhrullah kat dalam hati dia tu merupakan juara tilawah peringat daerah Kelantan'bebel author di dalam hati.heheheh.
YOU ARE READING
Cinta Halal Ku
RomantizmSinopsis 'Apakah yang perlu aku lakukan?Ya Allah,andai ini takdirMu aku terima seadanya'-Ainnur Ainnur dipinang oleh keluarga ibu saudaranya iaitu Datin Maimunah.Ainnur dengan terpaksanya menerima pinangan itu. Bagi si teruna yang dijodohkan untuk A...