Seusai Abang Fakhrullah membaca doa penutup dan makan,umi menyuruh aku mengajak ibu Atiqah dan Atiqah beserta mak long untuk makan bersama.
Ketika mengambil makanan aku terserempak dengan abang Fakhrullah.Aku memuji abang Fakhrullah dan sempat lagi bergurau dengannya.
"Ada orang tu kan baca doa merdu sangat.Bertuahlah sapo yang jadi zaujah(isteri) dia"puji ku kepada abang Fakhrullah.
"Allah.Ainnur ni.Mana ada merdu tu,abang rasa sumbang je bacaan abang tu."balas Abang Fakhrullah sambil tangannya sibuk mengambil makanan.
"Eh,perasaanlah abang Fakhrullah ni.Ainnur bukan puji abang pun.Ainnur puji bacaan tok imam"kata ku kepada abang Fakhrullah.'Eh,panas pula hati aku tengok diorang berdua tu.Ni tak le jadi ni'Amir bermonolog di dalam hatinya apabila melihat Ainnur sedang bergurau senda dengan Fakhrullah.
"Eh Ainnur.Boleh ambilkan abang Amir air sejuk tak?"tiba-tiba sahaja Amir menyampuk perbualan Ainnur dan Fakhrullah.
"Oh.Kejap eh abang Amir air sejuk ada kat dalam.Kat luar ni air manis je ada."Air berlari anak masuk ke dalam rumahnya untuk mengambil air sejuk."Fakhrullah ana nak cakap dekat anta yang Ainnur tu milik ana"Ujar Amir kepada Fakhrullah.
"Apa anta cakap ni Amir?"soal Fakhrullah kepada Amir.
"Alaa anta ni buat-buat tak faham pula.Ingat Ainnur tu ana yang punya."Amir cuba memberikan Fakhrullah teka-teki dan peringatan ketika melihat Ainnur datang kepada mereka berdua."Abang Amir nah ni air nya"Ainnur meletakkan gelas yang berisi air sejuk di atas meja.Amir mengambil gelas tersebut.Amir mengucapkan terima kasih kepada Ainnur dan berlalu pergi.
"Yelah siapalah yang nak puji bacaan abang yang sumbang ni."Fakhrullah menyambung kembali perbualannya dengan Ainnur yang tergendala tadi oleh Amir Mukhlis.
"Abang Fakhrullah ni.Tadi tu Ainnur puji abang lah.Oklah abang Fakhrullah Ainnur nak makan ni lapar."balas Ainnur sambil ketawa kecil namun dapat di dengari oleh Fakhrullah.Sebelum Ainnur berlalu pergi Fakhrullah sempat berkata sesuatu yang membuatkan muka Ainnur berubah menjadi merah."Hurm macam mana Ainnur tahu yang zaujah abang bertuah kalau dapat abang?Ni mesti Ainnur berangan yang Ainnur jadi zaujah abang kan?Hahaha.Abang bergurau je tu Ainnur.InnshaAllah siapa yang bakal menjadi zaujah abang bukan saja bertuah dapat abang tau tapi bahagia dunia dan akhirat."Fakhrullah terus saja lergi ke tempat abinya.
Ainnur pula terpingga-pingga mendengar ayat yang terkeluar dari mulut abang Fakhrullah dan melakar senyuman selepas dapat mencerna apa yang di katakan oleh abang Fakhrullah.
#sweettak?hahah
YOU ARE READING
Cinta Halal Ku
RomanceSinopsis 'Apakah yang perlu aku lakukan?Ya Allah,andai ini takdirMu aku terima seadanya'-Ainnur Ainnur dipinang oleh keluarga ibu saudaranya iaitu Datin Maimunah.Ainnur dengan terpaksanya menerima pinangan itu. Bagi si teruna yang dijodohkan untuk A...