Bab 9-Kalah

1.6K 72 15
                                    

Kami berempat tiba di depan kelas abang Amir iaitu kelas 5 Ibnu Sina.Kelas Abang Ilman dan kelas abang Amir adalah kelas yang sma alirannya tetapi nama kelas nya berbeza kerana limit di kelas di sekolah ini ialah 15 orang sahaja di setiap kelas.Jadi tidak hairanlah kenapa sekolah ini di dipilih sebagai sekolah terbaik SPM disebabkan guru mengajar seperti di tuisyen.Pelajar dapat diajar dengan baik dan sistematik.

Abang Ilman terus memanggil abang Amir.
"Mir,ni sepupu anta ada nak cakap dengan anta." ujar abang Ilman kepada abang Amir.
"Eih anta ingat sepupu anta sendiri tak kenal anta." perli abang Amir kepada ku.
"Assif lah abang Amir,Ainnur lupa yang sepupu Ainnur sekolah dekat sekolah ni juga.Ainnur fikirkan cuma abang Ilman sahaja keluarga Ainnur yang sekolah sini.Maklumlah,kan dah lama kita tidak berjumpa" terangku kepada abang Amir sambil menundukkan kepala ku ke bawah.
"Yelah,siapa lah abang Amir untuk diingat kan?hurmm ada kenapa sayang nak jumpa abang?eih kenapa sepupu kesayangan abang nak jumpa abang?"z
"Owhhh,ni abang Amir abi nak mnta nombor Pak Long dan Mak Long"
"Kejap eih abang Amir tulis"Abang Amir terus sahaja pergi ke mejanya dan mengambil pen dan kertas.Abang Amir menulis nombor Pak Long dan Mak Long di kelas tu dan menyerahkan kepadaku.
" Syukran abang Amir"ucapku kepada abang Amir.
"Afwan sayang.Eih Afwan Ainnur" balas abang Amir.

Aku,Atiqah,Abang Ilman dan Abang Fakhrullah meminta diri untuk kembali ke kelas kerana waktu rehat telah habis.

'Ya Allah teriman kasih sebab temukan aku dengan kekasih hatiku Ainnur.Aaa Gembira nya hati ku ini.Comel jer muka Ainnur time aku kata dia sayang walaupun Ainnur melihat bawah ketara sangat mukanya merah.Ainnur ,❤❤❤'kata Amir di dalam hati.

{P/s saya nak cepat kan 'Throwback Ainnur,maybe next chapter baru Habis.sabar ya readers^^}

Minggu depan ialah pertandingan Tilawah Al-Quran.Aku dan Abang Fakhrullah di pilih untuk mewakili sekolah.Terasa debaran di hati kerana hari pertandingan tidak lama lagi dan aku bertambah berdebar apabila orang yang aku minati dalam diam iaitu abang Fakhrullah juga turut menyertai pertandingan ini.Pada hari ini aku dan Abang Fakhrullah akan berjumpa dengan Ustazah Eyra untuk berbincang tentang tajwid yang betul dalam surah pilihan kami dan jenis tarannum yang sesuai.Getaran di hati semakin rancak apabila abang Fakhrullah duduk di sebalahku namun jarak kami agak jauh lebih kurang 1 meter setengah.Kami memulakan perbincangan mengenai surah pilihan abang Fakhrullah iaitu Surah Al-Isra.Surah mengenai malam Israk Mikraj yang dilalui oleh Rasulullah SAW.

"Abang Fakhrullah,Ainnur rasa Tarannum Nahawan dan Hijjaz sesuai untuk surah ni" aku mengemukakan pendapat ku tanpa memandang abang Fakhrullah.
"Ermm yalah Fakhrullah ustazah rasa Tarannum Nahawan dan Hijjaz sesuai untuk surah ni." kata ustazah Eyra.
"Ana setuju dengan pandangan,Ana pun ada terfikir ustazah, untuk mengalunkan Surah Al-Isra ni menggunakan Tarannum Nahawan dan Hijjaz."ujar Abang Fakhrullah.
"Kalau macam tu cuba Fakhrullah baca surah ni menggunakan Tarannum Nahawan dan Hijjaz." kata ustazah.

Abang Fakhrullah terus saja membaca surah itu berserta alunan tarannum yang bagiku cukup sempurna dan merdu.Getaran di hati menjadi semakin rancak ketika mendengar bacaan abang Fakhrullah.

'Allahu,Alangkah bertuahnya siapa yang menjadi zaujah(isteri)Abang Fakhrullah.Astaghfirullah kau ni Ainnur cari dulu cinta Allah barulah terasa nikmat untuk mencintai manusia itupun bercinta selepas kahwin.Kau perlu berdoa supaya kau mendapat jodoh yang dapat membimbing kau untuk ke syurga.'kataku di dalam hati

"Ainnur.Ainnur"Ustazah Eyra mengejutkan aku dari lamunanku.
"Ah iya Ustazah.Assif Ainnur mengelamun tadi"
"Eih kamu ni,mengelamun pasal apa?mesti mengelamun tentang Fakhrullah kan?" kata ustazah Eyra sambil melihat Abang Fakhrullah dan aku silih berganti.Dapat aku melihat wajah abang Fakhrullah yang berwajahnya berwarna merah.
Ustazah Eyra mengetahui bahawa aku menyimpan perasaan suka terhadap Abang Fakhrullah kerana aku sangat rapat dengan Ustazah Eyra dan aku sendiri meluahkan perasaan tersebut kepada Ustazah Eyra.

"Ustazah ni.Tak do ehh.Ainnur tadi sedang fikirkan tentang pesaing Ainnur nanti.Yalah Ainnur kan masih baru dalam pertandingan ni.Kan sekolah ni setahu Ainnur ialah sekolah yang menjuarai pertandingan Tilawah Al-Quran sejak dari duhulu lagi" balasku kepada Ustazah Eyra.

'Ustazah Eyra ni saja nak kenakan aku.huhu' kataku di dalam hati.
"Ainnur janganlah fikirkan pasal tu.Menang atau kalah itu takdir Allah lah sayang" kata Ustazah Eyra kepada ku.
"Na'am.Ainnur buat je yang terbaik.InnshaAllah kalau ada rezeki Ainnur akan mendapat tempat juga"ucap abang Fakhrullah kepada ku yang berdiam diri sejak dari tadi.
" InnshaAllah"balasku.

Setelah habis perbincangan,aku segera pulang ke rumah dan berlatih setiap hari sehinggalah hari perlawanan.Tibanya hari perlawanan hatiku semakin tidak keruan,aku takut akan aku tidak dapat buat yang terbaik.Ustazah Eyra dan Ustaz Irawan menjadi guru pengiring aku dan Abang Fakhrullah.
Abang Fakhrullah dan Ustazah Eyra sempat memberikan kata semangat kepadaku.

"Ainnur jangan nervous tau" kata ustazah Eyra kepada ku.
"Ainnur buat yang terbaik.Abang sentiasa doa kan Ainnur" ucap Abang Fakhrullah kepada ku sambil menundukkan pandangannya.
"InnshaAllah.Abang Fakhrullah. Abang Fakhrullah pun buat yang terbaiknya.Yuftah 'alaikum akhi" balas ku.
"Jomlah kita gerak pergi ke tempat yang disediakan" kata Ustaz Irawan kepada aku dan Abang Fakhrullah.Kami bertanding di tempat yang berbeza.

Tibalah masanya untuk mengumumkan pemenang bagi pertandingan Tilawah.Abang Fakhrullah mendapat tempat johan manakala aku pula tidak mendapat tempat.Rasa sedih mula muncul di dalam hati.

"Tahniah Fakhrullah sebab memenangi pertandigan Tilawah tahun ni.Kamu pula Ainnur janganlah sedih ya,tahun depan Ainnur cuba lagi.InnshaAllah boleh"kata ustazah Eyra kepada abang Fakhrullah dan aku.
"Syukran ustazah.Fakhrullah menang pun sebab ustazah dan Ainnur yang bantu.Kalau tak ana takkan menang.Ainnur jangan sedih tau,bagi abang Ainnur ialah juara di hati abang.eih.Assif juara di hati sekolah kita sebab Ainnur dah cuba yang terbaik untuk sekolah."kata abang Fakhrullah kepada ku.

'Astaghfirullah.Eih kenapalah mulut ni direct sangat percakapannya hari ini.Ya Allah,kau perihalah mulutku ini.' Ucap Fakhrullah di dalam hati.
'Ah?juara dekat hati dia.kata -kata abang Fakhrullah ni buatkan degupan hati aku menjadi laju.'ucap Ainnur pula di hatinya.

"Syukran ustazah Eyra dan abang Fakhrullah sebab bagi kata semangat kat Ainnur.InnshaAllah tahun depan Ainnur cuba lagi.Disebabkan Abang Fakhrullah menang,jom Ainnur belanja abang Fakhrullah dan ustazah :)"kata ku kepada Ustazah dan Abang Fakhrullah.
"Tak payahlah Ainnur.Menyusahkan Ainnur jer.Biar ustazah yang belanja kamu berdua."
"Tak menyusahkan punlah ustazah.Jomlah"aku terus-terusan mendesak abang Fakhrullah dan ustazah Eyra dan akhirnya mereka bersetuju.

p/s Kesian Ainnur.dia kalah.huhu.tak pa nnti Ainnur cuba lagi.For Readers komen sikit ttang bab 9 ni.^^

Cinta Halal KuWhere stories live. Discover now