Bab 11-Kenduri

1.3K 57 5
                                    

Kami meminta diri kepada mak long.Ketika aku ingin membayar makanan di kaunter,tiba-tiba tangan seseorang menghulurkan duit untuk membayar makanan kami.

"Tak payahlah nak bayar.Mama yang bayarkan"kata abang Amir kepada ku sambil tersenyum.Melihat sandiwara itu Fakhrullah terus saja ke kaunter untuk memanggil Ainnur.Entah kenapa Fakhrullah merasakan sesuatu yang aneh di dalam hatinya ketika melihat sandiwara itu.

"Ainnur jomlah kita gerak ustazah dah tunggu tu kat dalam kereta."Abang Fakhrullah memanggilku setelah selesai membayar bil yang di bayar oleh mak longnya.
'Eh budak satu ni,mangacau je aku dengan Ainnur.Astaghfirullah kau ni Amir,nama je sekolah agama tapi tak pandai jaga ikhtilat.Ya Allah,Kau ampunilah aku'kata Amir di dalam hatinya setelah menyedari kesalahannya.

"Oh.Ok.Abang Amir Ainnur balik dulu ya.Jangan lupa tau datang rumah Ainnur malam ni dan sampaikan salam Ainnur kat mak long.Assalamualaikum" ujar ku kepada Abang Amir.

"InnshaAllah abang Amir akan datang.Wa'alaik salam." Mata Amir mengekori jejak Ainnur yang meninggalkan restoran tersebut.

Setelah sampai di rumah,Ainnur terus saja membersihkan dirinya dan menolong ibunya untuk membuat persiapan kerana malam ni keluarga mereka membuat kenduri kesyukuran.Aku bergegas ke dapur untuk menolong umi dan Mak Jah menyiapkan makanan untuk kenduri nanti setelah menyiapkan diriku.Setengah jam sebelum kenduri bermula aq menelepon Atiqah.

"Salam 'alaik,Tiqah.Anta dah dekat mane ni?"tanya ku kepada Atiqah.
"Wa'alaik salam Ainnur.Ana dah masuk kat kawasan perumahan anta."jawab Atiqah.

Selang beberapa minit Abi Ainnur terdengar orang memberi salam.
"Assalamualaikum"
"Wa'alaik salam.Kamu ni mesti kawan Ainnur dan ni keluarga kamu kan?"
soal abi Ainnur Atiqah dan keluarganya.
"Ye pak cik.Saya kawan Ainnur.Yang ini abang saya,Fakhrullah,yang itu ibu dan abi saya"ujar Atiqah kepada abi.Abi bersalaman dengan abi Atiqah dan Fakhrullah.

'Allah sejuk lah pula tangan ni maklumlah salam bakal ayah mentua'Ujar Fakhrullah didalam hati.

"Sejuk je tangan kamu ni Fakhrullah.Jomlah kita berbual kat dalam.Nanti pak cik panggilkan Ainnur"Abi Ainnur tersenyum melihat gelagat Fakhrullah dan mengajak Atiqah dan keluarganya masuk ke dalam rumah.

#nntiSambungYe.MalamNiJgaSyaUpdate^^

Cinta Halal KuWhere stories live. Discover now