Pengalaman pertama aku berfoya-foya telah mengubah jadual belajar aku untuk kali pertama. Pada hari itu, untuk pertama kali aku telah ponteng kelas. Kelas-kelas pertama dalam semester tersebut.
Aku mengambil inisiatif untuk bertemu dengan pensyarah-pensyarah yang terlibat. Aku meminta maaf, menerangkan dan menyerahkan sijil cuti sakit kepada mereka. Pensyarah-pensyarah tersebut menerima alasan aku dengan baik. Bahkan mereka dengan begitu mengambil berat turut bertanyakan perihal kesihatan aku. Aku berasa bersalah kerana menipu mereka. Itulah pertama kali hal tersebut aku lakukan.
Kebanyakan pensyarah-pensyarah di fakulti perakaunan telah mendengar cerita tentang prestasi pelajaran aku. Oleh itu, walaupun ada di kalangan mereka yang baru pertama kali aku mengikuti kelas mereka, namun bukanlah kali pertama aku menemui mereka. Bahkan, pada hari pertama, sebelum diculik oleh Maya, aku telah pun menemui mereka satu persatu untuk berbincang dan meminta tip secara ringkas tentang subjek yang mereka ajar.
Pada hari seterusnya, aku menghadiri kelas seperti biasa. Aku seolah-olah seperti ikan yang kembali ke dalam air. Tempat di mana ketenangan sebenar dapat aku alami ialah ketika belajar. Namun, selepas apa yang terjadi, tumpuan aku mula berbelah-bagi.
Ingatan terhadap aktiviti kurikulum tambahan bersama teman-teman yang baru aku kenal malam itu sentiasa datang ke fikiran. Lebih-lebih lagi tentang apa yang terjadi pada bahagian terakhir di malam tersebut. Perkara yang terjadi antara aku dan Maya.
Aku masih lagi menjadi tutor peribadi kepada gadis cantik tinggi lampai itu. Dengan apa yang telah terjadi, perangainya yang suka ambil sambil lewa terhadap perkara-perkara serius semakin menjadi-jadi. Tiada lagi kesungguhan dalam sikapnya ketika belajar. Latihan-latihan yang aku berikan kepadanya sering dibiarkannya terbengkalai.
Apabila aku mula menunjukkan tanda ingin marah, dia terus merajuk. Aku tidak pernah peduli dengan rajuk seorang perempuan. Atau lebih tepat lagi, tidak ada perempuan yang merajuk dengan aku sebelum ini. Apa yang menghairankan, setiap kali Maya merajuk, aku akan memujuknya.
Aku sering mengatakan perkataan-perkataan begini kepadanya, "Kalau U tak larat nak buat exercise ni sekarang, nanti bila U free, U buat, okey?"
Ya, aku pasti yang kalian pun perasan perubahan percakapan aku dalam ayat di atas. Aku telah mula menggunakan gantinama berbahasa Inggeris I dan U menggantikan aku dan kau. Perkara ini pun terjadi kerana gadis itu juga.
Ia terjadi satu hari ketika kami sedang belajar. Maya bersoal-jawab dan mempertikaikan cara percakapan aku.
Maya memulakan perbualan, "I hairanla..."
"Kau hairan apa?"
"English U bagus. Tapi U cakap macam orang kampung."
"Dah aku memang orang kampung, nak buat camana? By the way, macamana orang kampung cakap sebenarnya?"
"Macam U cakap sekarang la. But without the English words here and there. U kena tukar cara U cakap."
"Tak nak la."
"Senang je kalau nak bagi bunyi standard sikit. U tukar je kau, aku tu jadi I, U. Baru la standard bila U nak converse dengan sesiapa. "
"Tak mau la."
"Ala... bolehla, yang"
Maya kerap memanggil aku dengan panggilang Sayang, Yang, Honey atau yang seumpanya. Panggilan-panggilan itu membuatkan aku menjadi keliru. Dia tidak pernah langsung bercakap soal hati. Perbualan kami hanya seperti kawan biasa. Hubungan intim kami di malam itu pun tidak pernah diulasnya. Semua itu menjadikan aku sering dalam keadaan tertanya-tanya.
"Tak mau."
"Kalau U tak nak, jangan cakap dengan I langsung."
"Suka hati kau la."
YOU ARE READING
Beg Tangan Gucci
General FictionKesusahan dan kesenangan adalah lumrah. Kesusahan dirunguti. Kesenangan melalaikan. Sesungguhnya manusia tidak faham apa yang terjadi. Kedua-duanya berlaku penuh hikmah. Namun, ia hanya disedari oleh mereka yang berfikir... Beg Tangan Gucci adalah c...