Bab 24

106 8 1
                                    

Aku pun mengemaskan pakaian dan tinggal di rumah Maya untuk seminggu sebagai menjalani sesi test run seperti yang kami persetujui. Selama seminggu itu, perjalanan pergi ke universiti dan balik ke rumah lancar. Makan minum juga tidak menjadi masalah kerana kami makan tengahari di kafe fakulti dan makan malam di gerai-gerai sekitar Subang Jaya yang mengenakan bayaran berpatutan untuk standard pelajar sengkek seperti aku.

Aku diberikan bilik yang terletak berdepan dengan bilik Maya. Setiap malam kami belajar bersama di meja makan yang besar dan masuk tidur awal. Maya tidur di biliknya, aku tidur di bilik aku. Tidak ada perkara luarbiasa yang berlaku. Aku mula terfikir, mungkin juga ia adalah idea yang bagus.

Tambahan pula, aku telah mula sukakan keadaan tempat tinggal selesa yang ditawarkan oleh Maya. Rumahnya bersih dan luas, ada dapur tempat memasak dan menyimpan makanan. Pakaian yang kotor boleh dibasuh dengan menekan satu butang sahaja di mesin basuh. Pada hujung minggu, seorang maid berbangsa Indonesia datang membersihkan keseluruhan rumah. Memang ia adalah satu idea yang bagus.

Seperti yang dijanjikan, pada minggu kedua, aku pun mengangkut semua barang-barang dan berpindah masuk ke rumah gadis itu. Kepada Kasim, aku memberitahunya yang aku tinggal di rumah saudara. Aku juga berpesan supaya menjaga tempat aku dengan baik kerana mungkin aku akan kembali tinggal di asrama.

Pada awalnya, semua berjalan seperti yang dirancangkan. Namun, ia hanya bertahan untuk tempoh dua minggu sahaja. Selepas itu, segalanya mula berubah. Maya telah kembali aktif dengan aktiviti malamnya. Hampir setiap malam gadis itu keluar berfoya-foya. Apabila menjelang subuh baru dia kembali, selalunya dalam keadaan mabuk.

Aku tidak pernah mengikutinya keluar malam. Masalah timbul setiap pagi apabila aku mahu ke kelas. Amat sulit untuk mengejutkan gadis itu untuk sama-sama ke kelas. Akhirnya aku terpaksa ke kelas bersendirian dengan memandu keretanya.

Kebiasaannya, aku akan terus berada di universiti sehingga waktu petang. Tetapi sekiranya Maya tidak dapat dibangunkan untuk menghadiri kelas paginya, aku tetap akan pulang ke rumah bagi memastikan kelas di slot kedua atau kelas petang dapat dihadirinya. Sekiranya dia masih enggan bangun ke kelas, aku akan ke gerai membelikannya makanan tengahari dan meninggalkannya di dapur bersama-sama nota berpesan kepadanya supaya makan.

Ketika gadis itu ponteng, aku akan pergi menemui rakan-rakan kelasnya untuk bertanya kalau-kalau pensyarah mereka ada memberikan kerja-kerja latihan. Sekiranya ada, aku akan membuat salinan supaya dapat aku serahkan kepada Maya di rumah nanti.

Segala aktiviti tambahan tersebut amat memenatkan dan sedikit sebanyak telah memberikan kesan terhadap pelajaran aku. Kerja-kerja tugasan yang aku serahkan kepada pensyarah menerima penilaian yang rendah berbanding sebelum ini. Aku pergi menemui pensyarah-pensyarah untuk berbincang tentang markah penilaian yang aku terima. Mereka menerangkan sebab dan alasan untuk markah sedemikian. Mereka menasihatkan aku supaya berusaha lebih dalam peperiksaan akhir semester.

Pada suatu malam, aku sedang belajar. Maya menuruni tangga dalam keadaan telah siap berdandan. Dia memakai seluar jeans ketat dengan blouse biru muda. Kecantikannya tetap mempesonakan aku.

Aku terus berkata kepadanya, "Esok U ada test Business Management, kan?"

"Ye ke?"

"Ye. I tanya Joe last week."

"Siapa Joe?"

"Budak kelas U la." Aku cuba menerangkan, "Doesn't matter... yang pasti U ada test esok. Kalau U fail test ni, nanti carry mark U teruk. Susahla U nak kena struggle dalam final exam nanti."

"Ala... I keluar kejap je."

"U cakap je kejap. Dah seronok-seronok kat sana lupa la nanti."

"Kalau macam tu, U ikut I la. Kalau U ada, bolehla U ingatkan I untuk balik awal. Pukul satu kita balik. U pun dah tak pernah ikut I lagi since hari tu."

Beg Tangan GucciWhere stories live. Discover now