Bab 26

126 12 6
                                    

Selepas peperiksaan tamat, aku tidak pulang ke kampung. Kami berdua terus tinggal bersama di rumah itu ibarat sepasang suami isteri.

Setiap hari berlalu tanpa ada rasa tanggungjawab. Bangun tidur lewat. Kemudian makan tengahari. Petang melepak sambil khayal menghisap ganja. Kadangkala petang dihabiskan dengan keluar menonton wayang. Malam hari berlalu dengan aktiviti pesta, sama ada di rumah-rumah kenalan atau di kelab-kelab. Pulang ke rumah dalam keadaan mabuk. Kemudian, melakukan hubungan seks sekali atau berkali-kali mengikut tahap kesedaran.

Pada suatu malam, aku bersendirian di rumah. Maya telah keluar sejak petang. Dia mahu menjenguk ayahnya di Damansara, katanya. Aku menonton TV sambil merokok di tingkat bawah. Suluhan lampu sebuah kereta dari luar telah mengubah tumpuan aku daripada rancangan yang aku tonton di kaca TV.

"Haa... dah sampai pun. Perut pun dah lapar ni," ujar aku yang menyangka Maya telah pulang.

Tidak lama kemudian, bunyi hon terdengar dari luar. Aku hairan. Itu pasti bukan Maya. Jika gadis itu yang sampai, dia akan terus masuk. Kemudian aku membuat andaian, mungkin Maya tidak mahu masuk. Dia membunyikan hon kerana mahu mengajak aku keluar makan malam. Sekiranya dia masuk dan memparkir kenderaan, ia pastinya akan memakan masa.

Aku bangun dan berjalan menuju ke pintu. Selepas menekan kod di paparan digital bagi memadamkan sistem sekuriti, aku membuka pintu. Penglihatan malam aku dibantu oleh sinaran lampu porch dan lampu jalan. Apa yang aku lihat, kereta itu bukanlah kereta Maya tetapi Ayu yang telah datang dengan memandu Honda Civic Ferio kepunyaannya.

"Alip! Buka pintu. I bawak dinner untuk U."

"Maya mana?" Aku melaungkan persoalan tanpa membuka pintu untuk gadis itu. Dia memakai dress bertali halus pendek separas peha berwarna hitam. Aku kira pasti Ayu mahu ke kelab.

"Maya dah kat kelab. Dia mintak I ambik U."

Aku menyeluk poket bagi mengeluarkan alat kawalan jauh untuk membuka pintu pagar. Sebaik pintu pagar terbuka, Ayu masuk ke keretanya. Dipandunya kereta baru itu perlahan-lahan masuk ke ruang porch. Enjin dimatikan dan pintu di bahagian pemandu pun terbuka. Ayu keluar sambil tersenyum kepada aku. Rambut yang hitam paras bahu terbuai-buai bersama-sama pergerakannya.

"I beli nasi ayam. U makan nasi ayam tak?"

"Perut dah lapar ni, apa pun I makan."

Aku berdiri di sisi pintu sambil memerhatikan gadis itu berjalan masuk. Dia mengusap dagu aku ketika lalu melepasi aku. Aku tidak mengendahkan sentuhannya lalu menutup pintu. Ayu terus ke dapur untuk meletakkan bungkusan polystyrene yang mengandungi nasi ayam.

"U dah makan ke, Ayu?"

"I dah makan pukul tujuh tadi."

"Berapa harga nasi ni?" Aku menyeluk poket belakang untuk mengambil dompet.

"It's okay. I belanja."

"Thanks, Ayu." Aku menyimpan semula dompet dan berjalan ke kaunter dapur untuk mengambil gelas di dalam salah satu laci dapur.

"U nak minum apa?"

"Korang ada booze tak?"

"Nanti I check. Rasanya ada lagi kot. Any preference?"

"Screwdriver, please," pinta Ayu dengan suara manja menggoda.

Kabinet atas dibuka dan aku lihat sebotol cecair jernih dengan label bertulis Absolut berada di dalamnya. Aku mengambil botol itu dan bergerak membuka peti sejuk. Selepas memeriksa karton jus oren dan berpuashati dengan kandungannya, aku pun berkata kepada gadis itu, "One screwdriver coming right up."

Beg Tangan GucciWhere stories live. Discover now