Bab 29

191 9 4
                                    

"Old friend ke old flame?" teguran Dina yang cuba mengusik menyedarkan aku dari lamunan.

Aku turut tersengih melayan kerenah gadis yang berusia 15 tahun lebih muda dari aku itu. "U jealous ke, darling?" aku membalas usikan.

Dina tertawa manja mendengar usikan gatal aku, "Mana ada I jealous." Gadis itu berhenti berbicara untuk menyedut asap rokok masuk ke paru-parunya. Sebaik saja kepulan asap dihembuskannya, dia menyambung bicaranya, "Anyway, malam tadi Azi kena gangbang dengan geng-geng salesman tu."

Aku tidak berminat dengan berita-berita berbentuk skandal seperti itu. Tetapi aku tetap mendengar dan memberikan respon untuk mengambil hatinya.

"Suka-suka je U gossip berita macam tu. Mana U tau?"

"Nuar bagitau I."

"Nuar geng salesman ikut gangbang perempuan tu pastu Nuar pulak yang bagitau U? Kenapa Nuar tu bijak sangat? Buat apa Nuar buat macam tu? Saja nak brag dengan U?"

"Unless..." aku membiarkan ayat yang diucap tergantung kerana terfikirkan sesuatu lantas memandang Dina yang sedang tersenyum-senyum sambil menghembuskan asap.

"Unless you're also effing him."

Aku terus merenung gadis itu. Firasat aku mengatakan yang tekaan aku itu betul.

"You slut! You are effing him. U tak payah nak tipu la. I tengok muka U pun I dah tau." Aku merapatinya dan menuding ke arah dahinya yang luas.

Gadis penyambut tetamu itu tertawa kecil. Tekaan aku memang tepat.

"So what if I'm a slut? Everybody like a slut. You like slut, too, kan?"

"Who hasn't?" aku menjawab pendek.

"Anyway, Azi tak datang kerja hari ni. Maybe tak larat kot sebab kena lanyak malam tadi."

"Apa kena la dengan orang muda macam korang ni? Elok-elok dok diam kat rumah kan bagus. Pegi cari penyakit kat tempat maksiat macam tu, buat apa?"

"Eleh, U cakap macam bagus je. Macam la dulu-dulu U tak buat macam tu."

"Dulu I baik. Mana ada I buat benda-benda macam tu." Aku menafikan dalam nada bergurau.

Kalaulah Dina tahu apa yang pernah aku lakukan dulu...

*****

Inbois-inbois yang bertimbun di tray masuk telah tinggal beberapa helai sahaja. Sebagai ganti, tray yang bertulis OUT pula yang menimbun dengan dokumen-dokumen yang telah selesai direkod ke dalam sistem. Jarum pendek jam di dinding telah menyentuh angka empat. Hanya tinggal sejam sahaja lagi untuk balik.

Waktu kerja yang berlalu perlu dihabiskan dengan efisien. Tidak kiralah berapa banyak masa yang dihabiskan untuk mencuri tulang sekalipun, aku tetap akan memastikan objektif kerja pada hari itu tercapai.

Aku telah melakukan kerja yang sama selama hampir sepuluh tahun. Kerja-kerja merekod tersebut telah pun menjadi darah daging aku. Dengan mudah aku dapat memahami apa kisah transaksi yang ada di sebalik perkataan-perkataan dan nombor-nombor di atas setiap dokumen. Ketika mula-mula bekerja dulu, aku mengambil masa 5 hingga 10 minit untuk mengkategorikan transaksi-transaksi di setiap inbois. Pada hari ini, setiap helaian inbois hanya mengambil masa tidak sampai seminit untuk direkod.

Beg Tangan GucciWhere stories live. Discover now