⇨ Kehidupan Aisyah dan Shukor

167 7 0
                                    

Kelihatan Puan Aisyah sedang sibuk menyiapkan makanan tengahari buat keluarganya sebelum masuk pukul 12 tengahari bersama pembantu rumahnya Mak Nab.

Mak Nab merupakan pembantu rumahku yang amat disenangi dan dihormati oleh semua ahli keluargaku setelah 20 tahun dia berkhidmat untuk keluargaku.

Mak Nab diterima bekerja oleh papaku apabila dahulu dia menvonteleerkan dirinya untuk menjaga abang sulungku yang baru dilahirkan tanpa sebarang upah.

Dulu kehidupan mama dan papaku amat sukar kerana pada waktu itu berlakunya kegawatan ekonomi yang menyebabkan duit di negara tidak laku. Malah, untuk menggaji pekerja kerajaan juga terpaksa ditangguhkan kerana kekurangan dana dalam kerajaan.

Tetapi sekarang, alhamdulillah. Kehidupan kami sekeluarga lebih selesa, buktinya perniagaan papa semakin maju, restoran mama pula semakin hari semakin bertambah di setiap negeri. Orang kata seperti cendawan tumbuh selepas hujan.

Satu je sikap mama dan papa yang sangat aku dan abangku kagumi. Mereka tak pernah tunjukkan kemewahan dan kekayaan mereka kepada orang luar. Kami berbelanja apa yang perlu sahaja sehinggakan mama dan papa disenangi oleh masyarakat sekeliling yang mengenali mereka.

Aku yang baru keluar bilik setelah sekian lama tidak terperap dalam bilik menuju ke ruang dapur untuk membantu sekaki bersama mama dan Mak Nab.

"Good morning mum and Mak Nab,"

Tegur aku kepada mereka berdua.

"Amboi anak dara sorang ni! Awal bangun. Matahari dah nak terpacak atas kepala baru nampak lubang hidung,"

Bebel Puan Aisyah kepada anak daranya yang cantik dan comel ini.

Mak Nab yang lalu di sisiku mencubit kuat pipiku sehingga merah.

"Sakitlah Mak Nab,"

Jawab aku dengan nada ingin menangis.

Mama yang mendengar mencubit pula pipiku yang sebelah lagi. Aku menggosok perlahan pipiku sambil mata melilau ke arah periuk di atas dapur.

"Mama, kenapa banyak sangat lauk masak hari ni?"

Tanyaku apabila melihat banyak lauk pauk yang bakal dimasak oleh mama dan Mak Nab.

"Abang kamukan balik hari ni. Ish, kamu ni kata selalu berhubung dengan abang,"

Aku terdiam. Ada ke abang beritahu aku? Ok, abaikan.

"Petang nanti mama nak kamu pergi amik abang dengan Pak Noh kat airport. Papa balik malam nanti."

Arah mama kepadaku.

"Ok, ma."

Sahutku.

Nampaknya balik abang aku dari Korea, kerja aku juga akan semakin bertambah.

Huh!

***

*vote and comment

My Love and My Soul !Where stories live. Discover now