⇨ Tetamu

135 7 2
                                    

"Dik, pergi pakai tudung dan pakai tutup aurat sekarang."

Arah Abang Aiman kepadaku yang ralik makan popcorn sambil melayan rancangan favouriteku, Running Man.

"Kenapa? Pelik betullah abang ni. Ina tengok tv je kut. Over la kalau sampai pakai tudung."

Omelku sendirian apabila melihat Abang Aiman berlalu ke dapur.

Tanpa mempedulikan pesanan Abang Aiman aku menyambung balik tontonanku.

"Bhahaha, lawak dok Kwang Soo. Buat muka blurnya yang tak boleh blah. Tapi Jae Suk tetap di hati."

Tiba-tiba ..

"Assalamualaikum, Man. Aku masuk tau."

Suara lelaki kedengaran. Aku pandang belakang dan mata kami bertembung.

Lelaki itu terpaku melihat aku. Aku yang tersedar dengan keadaan diriku yang tanpa tudung, baju shirt tidak berlengan dan seluar yang separa betis terus melompat dari sofa ke tingkat atas menuju bilikku.

Dalam bilik

"Argh! Malunya aku. Aduh, macam mana ni? Kalau aku keluar, aku jumpa dia. Kalau aku tak keluar, memang aku kena keluar,"

Aku bersiap memakai jubah hitam dikenakan shawl hitam bermanik di kepala.

Keluar dari bilik, aku mendengar suara abang Aiman dan beberapa suara lelaki di ruang tamu.

Untuk ke dapur, aku terpaksa melalui mereka. Bagi mengelakkan kewujudanku, aku jalan perlahan langkah demi langkah, malangnya..

"Dik, sini jap," panggil Abang Aiman.

'Ok, nak pergi ke tak nak? Nak ke tak nak? Aduh, mengapa sulit amat dih. Tak payah pergi! Ya! Don't go there before you get a trouble.'

Aku menghiraukan panggilan Abang Aiman dan melajukan langkah ke dapur.

"Fuh! Selamat!"

Ucapku sambil mengelap peluh di dahi.

Kalau macam ni lah peluh akibat penangan lelaki tu, conform segala lemak badan aku terbakar ni.

"Aduh, duh! Sakit, sakit!"

Aku merasakan tangan seseorang sedang enak menarik telinga kananku.

"Apasal abang panggil tadi Ina tak sahut? Dahlah tak sahut, lepas tu menonong je dia ea,"

Abang Aiman membebel dan tangannya masih menarik telingaku yang berada di sebalik tudung. Semakin kuat tarikannya melihat aku masih tidak bersuara.

"Ahh, ah.. Sakitlah! Lepas la dulu tangan tu."

Jawabku sambil mencubit tangannya.

Melihat aku yang sakit, abang Aiman melepaskan pegangannya. Sebenarnya tak adalah sakit sangat. Aku je yang over lebih. Tengok? Hasilnya abang Aiman termakan akan lakonanku.

Kejam tak? Ingat aku kisah.

"Abang panggil Ina ke tadi?"

Tanyaku dengan muka tak bersalah.

Mata Abang Aiman membulat mendengar soalan aku. Tangannya terus mencubit kedua belah pipiku sehingga merah.

Ok, yang ini sakit betul!

"Apa-apa lah kau dik. Ni, tolong buatkan air untuk kawan-kawan abang. Mama dan Mak Nab pergi pasar. Semua 5 orang. Then potongkan juga tembikai dan kerepek yang ada kat aisbok ngan lubuk. Tolong tau. Sayang adik comel abang ni."

What the ..!?

Aku terdiam.

Abang Aiman yang meninggalkan amanatnya yang bagi aku macam nak bagi penumbuk, berjalan selamba sambil bersiul siul. Elok sangat la perangai tu. Bertuah siapa dapat abang aku ni. Bakal kakak iparku yang akan datang, semoga tabah engkau menjalani kehidupan bersama abang Aimanku ini.

Tengok? Aku baru nak start jadual selepas SPM aku pagi ni tapi dah ada pula kerja yang mendatang.

Aku dah cakap, balik mamat tu dari Korea, kerja aku makin bertambah.

Aish, tapi aku tak boleh juga menyampah dengan dia lama-lama. Lepas ni ada macam-macam benda yang dia kasi. Cair beb, cair!

Abang Aiman ni tahu sangat kelemahan aku. Kalau malas dia, aku yang dijadikan mangsa. Gaduh sampai berpetir sekali pun, tak sampai 10 minit aku cair dengan hadiah yang dia bagi.

Aku pun tak pandai nak describe macamana perangai kami. Harap koarang faham la ye?

Aku dengan rela hati memanaskan air sebelum menyediakan teh panas.

Teh je?

Teh bukan sebarang teh. Ini teh Syakina anak pak Shukor yang buat. Jangan tengok sebelah mata, beb!

Sambil menunggu air rebusan masak, aku mengeluarkan tembikai merah daripada esbok untuk dipotong. Aku memotong tembikai dalam rupa segi tiga dan ku susun rapi di dalam piring kaca.

Kemudian aku mengeluarkan plastik kerepek dalam lubuk tingkat bawah.

'Mak aih! Banyaknya kerepek. Nak buat stock menjual ke apa ni?'

Akhirnya aku memilih kerepek pisang dan menuangkan isinya dalam bekas kaca kosong yang memang dikhaskan untuk kerepek.

Peeeettt!

Air rebusan berbunyi. Aku memasukkan air rebusan ke dalam jag yang telah aku letakkan uncang teh bersama gula. Selesai mengacau air, aku menuangkannya ke dalam cawan kaca dan letakkannya di dalam dulang.

Ok, siap!

Oh, lupa nak bagitau. Tujuan aku ke dapur sebenarnya, nak menambahkan lemak di badan. Tapi itulah, selalu ada penghalang setiap kali nak buat benda tak baik.

Menambahkan lemak tu tak baik untuk kesihatan. Bila badan dah sakit, maka kita nak buat kerja pun tak boleh. Bila nak buat kerja tak boleh, nak buat ibadat kepada Allah pun jadi tak bersungguh. Lesu, lemah, tak bermaya (macam sama maksud je) dan seangkatannya.

Apa yang aku membebel ni. Harapnya pembaca faham. Huhu.

**-

*vote and comment

My Love and My Soul !Where stories live. Discover now