⇨ Hari Perkahwinan

200 5 3
                                    

"Ya Allah, Kina. Cuba duduk diam-diam. Nanti rosak la make up ni." Bebel Mak ucu.

"Tak boleh la mak ucu. Tengok mata Kina. Dah merah ni. Susah la. Tak payah pakai la eyeliner ni. Ya, ya?" Aku membuat muka comel depan Mak Ucu.

Pintu bilikku yang tertutup dibuka oleh seseorang. Aku dan Mak ucu melihat gerangan tersebut. Kelihatan lima orang anak dara berpakaian jubah pelbagai warna yang dikenakan dengan shawl dan bertudung labuh tersenyum manis.

"Amboi korang, kalah aku pengantin malam ni."

"Kina, kau ke ni? Lain dok kau pakai make up. Makin cantik, sah malam ni suami kau tak tidur malam termimpikan kau."

Usik Fasihah yang lain menyokong.

"Maaf guys, malam ni tak ada upah nak kasi."

Mak ucu yang berdiam diri tersenyum dan menyambung kerjanya yang tergendala. Mak ucu aku dulu bekas mak andam masa muda-muda dulu. Tapi suami Mak Ucu suruh dia berhenti bekerja dan jadi suri rumah. Mak Ucu aku ni goyang kaki, jaga rumah, jaga anak, pakai makan suami. Kalau nak bershopping mintak je duit, terus masuk. Apa taknya, suami encik doktor. Mak Ucu dah ada dua orang anak sekaligus, maksudnya kembar. Dua-dua lelaki. Mak Ucu baru berumur 30-an. Jadi Mak Ucu tak nak seni mekap dia berkarat, anak-anak saudara la tempat dia melukis, melakar segala. Keluarga aku pun senang, tak payah upah mak andam lain. Buang duit.

"Adik, mama cakap baju tu pakai masa dah dekat nanti tau. Takut adik panas nanti." Abang Aiman menjengukkan dalam bilikku.

"Eh, la. Ada anak dara rupanya. Lagi senang, nanti korang uruskan baju Kina ni ya?"

"Ok, abang Aiman. Don't worry." Mereka berlima membuat tanda best.

"Good!" Abang Aiman berlalu.

Aku membuka aplikasi Instagram dalam handphone. Aku menscroll gambar-gambar yang di post , tiba-tiba aku terberhenti di satu gambar.

Aku baca caption dia.

Congratulations to my big brother for his wedding, a few hours again

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Congratulations to my big brother for his wedding, a few hours again.
Katanya, berdebar ni nak jumpa zaujah kesayangan dia. Haha, moga kau bahagia abang.
Sorry because I can't come to ur wedding.

#gambar zaman jepun dia.Gambar dia pakai baju pengantin dia tak nak kasik. 😭

'Dah nak kahwin dah abang dia. Sama macam aku, malam ni juga.'

Actually, aku ikut perkembangan abang si budak tu. Tetiba rasa macam ada something, mana tahu ada jodoh aku dengan abang dia melalui laman sosial. Aku mana pernah tegur budak tu, nak berjodoh celah mana ntah.

My Love and My Soul !Where stories live. Discover now