⇨ Sakit Manja

613 4 0
                                    

Aku membersihkan diri terlebih dahulu semasa semua seisi rumah nenekku sedang solat subuh berjemaah. Punca aku kelibut ke tandas sampai terlanggar orang semalam kesnya aku datang uzur perempuan. Nasib baik aku dah siap pack roti kering tu dari rumah lagi. Kalau tak buat muka tembok la nak pinjam dengan orang bagai.

Setelah selesai mengenakan baju t-shirt merah lengan panjang dan seluar slack berwarna biru, aku menyarungkan tudung Ariani dan menuju ke arah dapur. Kelihatan nenek, mama, kawan-kawan aku dan sepupu perempuan sedang sibuk menyediakan sarapan pagi dan menyiapkan makanan untuk majlis kenduri perkahwinanku yang bermula jam 12 tengahari nanti.

Aku sebenarnya bukan tak nak tolong diorang malah berkali ganda serba salah dalam diri aku sebab tak menolong, sebab aku siap diberi amaran keras daripada Hajah Rahimah supaya aku tidak melakukan sebarang pekerjaan.

Nenek aku tu kalau dah hitam katanya maka hitam la. Tak ada ruang langsung nak conteng warna putih. Sebab tu semua cucu-cucunya yang lain tak rapat sangat dengan nenek aku kecuali aku.

Keluarga aku je yang tercampak jauh daripada adik beradik mama yang lain. Kami tinggal di Kelantan sebab papa aku orang Kelantan. Majlis kenduri ni buat di Selatan atas permintaan semua adik beradik mama sebab ramai tak dapat nak ke Kelantan.

Aku melabuhkan punggung atas kerusi meja makanan.

"Morning pengantin baru." ujar Syahadah.

"Perli aku ea?" aku menyepetkan mataku ke arah Syahadah yang elok duduk di kerusi hadapanku.

"Eh, aku cakap betullah. Aku cepukkan."

Syahadah menghirup air teh panas yang baru dituangnya tadi.

Tanpa menghiraukan Syahadah, mataku melilau mencari seseorang. Dari semalam sampai ke pagi ni aku tak nampak dan tak sembang lagi dengan dia.

Mana dia pergi? Em..

"Suami kau lepas subuh dah pergi jogging. Kejap lagi baliklah." suara seseorang kedengaran.

Perbuatanku terhenti.

'Aik, macam mana minah ni boleh tahu aku cari dia?'

"Kau tak payah nak aik-aik bagai, aku tengok muka kau pun dah tahu."

'Fuh! Siap boleh jawab apa aku fikir.'

"Dah, tak payah fikir banyak. Makan dulu, jap lagi kau nak bersiap tak sempat nak makan. Perut kau tu tak boleh lepa sikit buat perangai."

Syahadah meletakkan pinggan yang telah dipenuhi bihun goreng di hadapanku dan terus beredar menuju ke pintu dapur untuk menyambung kerjanya yang tergendala.

"Adah, love you. Muah!" Aku membuat flying kiss kepada Syahadah namun..

Bukan syahadah yang sambut flying kiss aku tapi..

Aku menelan liur. Dia menyambut flying kiss yang aku layangkan dan letakkan di dadanya yang berlapik baju. Dia tersenyum nakal apabila memandang mukaku. Aduh, asal dia senyum camtu kat aku. Dia ni berpeluh pun nampak hensem je. Alamak, dia datang sini la! Buat-buat makan.

Aku lihat dari sisi, dia semakin dekat menuju ke tempat aku duduk. Kedengaran kerusi di disebelahku di tarik.

Ok fine! Jantung aku ni dah kenapa degup kencang pulak masa ni. Rileks, cool. Just eating, Kina.

"Sayang memang suka ea bagi flying kiss macam tu? Nasib baik abang sempat tangkap, kalau tak dah melayang entah ke mana. Kalau tersadai tepi jalan tak apa, takutnya kiss tu sampai kat orang lain la, abang yang merana tau."

My Love and My Soul !Where stories live. Discover now