Buka Sekolah II

258 3 0
                                    

Aku melangkah masuk ke pintu pagar kedua sekolahku. Pagi ini Saifullah menghantarku ke sekolah. Aku melihat masa pada jamku.

6:57 pagi.

Awal lagi. Ada segelintir pelajar yang tiba ke sekolah lebih awal dariku. Saifullah kata dia terpaksa menghantarku awal ke sekolah kerana ada urusan yang ingin diselesaikan. Aku pun malas mengambil tahu urusan apa yang penting sangat.

Aku terus menuju ke kelas tingkatan enam yang berdekatan dengan kantin, tandas dan musolla. Lengkap dan menyenangkan kami. Lagipun bukan aku tak kenal perangai sorang-sorang, semua pemalas.

Aku teringat mesej whatapps daripada group Qowiy semalam.

Hanan  : Guys, esok dah start sekolah.

Fasihah : Alaaa.. Boleh tak aku tambah cuti sehari lagi?

Aku : Sukati kau la, mek. Asal kau bahagia.

Nasihah : Aku harap kelas kita tingkat bawah. Aku ni dah tua nak naik tangga bagai.

Sobirah : heh? -,-

Syahadah : Tidur, tidur. Esok kena bangun awal.

End flashback.

Agaknya aku kelas mana ya?

Aku melihat senarai nama yang terlekat di pintu.

"Syakina.."

"Syakina.."

Tanganku menunjuk dari nombor satu hingga bawah dan..

"Yes! Syakina bt Shukor. Welcome  Syakina."

Aku  mempelawa diriku sendiri.

Hm, nak duduk mana ya? Aku tengok meja depan.

Heh?

"Najiha? Hamboi, dah cop bagai, siap berkapur meja. Hmm.. Belakang sikit la."

Aku meletakkan beg sandang di meja tengah baris keempat. Mulakan pagi dengan bacaan Al-Quran.

***

"Assalamualaikum."

Ucapan salam daripada ustazah Suhaila membuatkan semua pelajar perempuan kelas enam Sumayyah bangun.

"Waalaikumussalam, ustazah."

"Ijlis! (!إجلس) (duduk)"

"Syukran ustazah."

Semua pelajar duduk di tempat duduk.

"Ok, awak semua sudah sedia maklum nama ustazah, tahun ni ustazah dilantik sebagai guru kelas kamu dan akan mengajar kamu subjek Feqh dan Faraid."

Semua pelajar perempuan bertepuk tangan. Aku tersenyum. Boleh dikatakan, ustazah Suhaila merupakan guru yang disenangi oleh semua pelajar sekolah. Sebab ustazah ni prihatin gila kat pelajar dia. Sampaikan apa kau buat kat rumah, adik beradik kau ada berapa semua dia tahu.

Mana aku tahu? Masa form one, ustazah Suhaila la guru kelas aku. Sudah semestinya dia kenal aku. Tapi dah lama, jadi mungkin hal family aku ustazah dah lupa kot.

"Mungkin hari ini awak semua tak belajar. Sebab ramai cikgu ada jemputan ke pejabat yayasan dan orientasi pelajar form one. Jadi boleh ustazah ambil masa ni untuk lantik raisah, naibah dan ajk-ajk lain?"

Tanya ustazah Suhaila.

"Boleh, boleh ustazah."

"Ok. Kita mula pemilihan. Suggest nama kawan awak atau nak lantik diri sendiri pun boleh."

My Love and My Soul !Where stories live. Discover now