⇨ Kahwin Paksa

157 7 0
                                    

"What?! Married?!"

Dadaku berombak. Nafasku sudah tidak teratur lagi. Aku melihat muka setiap ahli keluargaku yang duduk di hadapanku. Mama, papa dan Abang Aiman.

Abang Aiman. Aku rasa kemarahanku semakin meluap-luap apabila memandang mukanya. Dia penyebab! Aku benci tengok muka dia! Aku dapat lihat wajah serba salahnya, nak pandang mata aku pun dah tak berani. Sebab apa? Sebab dialah puncanya!

Patutlah hari tu bukan main nak belanja segala. Kononyalah suruh aku tolong kawan dia pilih baju pengantinlah, cincinlah dan barang hantaran. Rupanya ada motif.

Motifnya? Aku kena kahwin!

I know all about my brother's love stories, about her girlfriend, where she studied and all about her life. Conclusion, mama dan papa tak tahu pun pasal ni sebab aku dah janji takkan bocorkan rahsia ni. But now? Sampai hati Abang Aiman sanggup gadaikan aku sebab nak tunggu awek dia kat luar negara tu.

"Mama, adik masih kecil dan masih belajar lagi. Nanti kalau adik kahwin, adik abaikan dia? Dosa adik ma? Ma, pasal rumah tangga, tanggungjawab semua ni adik masih kurang lagi. Ma, adik tak nak berhenti sekolah. Adik nak sambung ambil STAM. Ma, please?"

Aku melutut di hadapan mama, memegang kedua tangan mama sambil merayu supaya mama mengubah fikiran. Air mata aku mengalir tak henti-henti. Air hingusku yang mengalir daripada dua rongga hidung, aku kesat dengan lengan baju. Sekarang bukan masa nak fikir bersih ke tidak, pengotor ke tak tapi fikir tentang masa depan aku.

"Adik, papa hantar adik ke sekolah agama tu apa fungsinya? Faedahnya? Adik jangan ingat papa tak tahu, adik dah belajar bab kahwin, tanggungjawab suami isteri masa form 4 lagi. SPM tu pun siap ada lagi dalam subjek PQS (pendidikan Quran Sunnah). Not your brother's fault. We do it because we think about your's future. Papa tak cakap lepas adik kahwin adik kena berhenti sekolah. Papa buat macam ni sebab tahun depan adik dah start school, both of us can't send you to the school because we had to go our works early. Abang Aiman akan stay kat universiti tempat dia kerja nanti. Nanti kalau adik dah kahwin, suami adik akan hantar adik. Senang. Dah, papa tetap dengan keputusan papa! Bulan depan majlis pernikahan adik dengan bakal suami adik bakal berlangsung."

'What? Kenapa cepat sangat? Ya Allah, aku tak mampu nak membantah.'

Encik Shukor bangun dari sofa meninggalkan anak perempuannya menangis teresak-esak namun tindakannya terhenti.

"Adik, kahwin awal ni manfaatnya banyak bukan perkara buruk malah dapat mengelakkan diri adik daripada sebarang maksiat dan merupakan salah satu Sunnah. Papa bimbang kalau papa dan mama kerja luar atau jauh dari anak perempuan papa sorang ni, dia akan diganggu oleh orang yang tak tahu perangai dan tak tahu hubungan dia dengan Allah jaga ke tak. Believe me, your future husband is a good man, will protect you and will take you to the Jannah, sayang. Take my words."

Encik Shukor mengusap lembut kepala Syakina dan beredar menaiki tingkat atas.

Aku memandang wajah mama. Abang Aiman telah beredar entah ke mana. Buat masa sekarang aku tak nak ambil tahu langsung dan tak nak bercakap dengan Abang Aiman. Mama tersenyum manis sambil mengelap kesan air mataku yang telah kering di pipiku.

"Adik, adik tahu tak papa sekarang tengah sedih?"

'Tak nampak pun sedih. Kalau sedih kenapa suruh adik kahwin?' ngomelku dalam hati.

Aku hanya menggeleng.

"Sayang tahu, papa walaupun nampak tegas, but in his heart, he is crying now. Kalau adik nak tahu, bila bakal suami adik melafazkan akad nikah, secara automatik semua tanggungjawab papa terlepas dan diambil oleh bakal suamimu nak. Sebagai seorang bapa, hatinya sebak apabila anak yang telah dia didik dan jaga dari kecil sampai besar, bagi nafkah semua sudah berhenti menjadi tanggungjawabnya. Anak perempuan mereka dah takkan duduk sekali dengan ibu bapanya kerana seorang isteri kena sentiasa di samping suami. Adik akan ikut suami adik tinggal di rumahnya. Adik dah tak boleh bantah semua cakap suami, nak jumpa papa dan mama sekalipun adik kena minta izin suami. Faham dik?"

Hati aku sebak tiba-tiba.

Papa, ..

*****
Aku : Guys, I want to said something.

1 saat, 2 saat, 3..

Hanan : Apa, Kina?

Sihah : Yup, what is it, Kina?

Sobirah : Apa Kina?

Aku : I'll get married soon.

Hanan : What!? Are'u serious? Kau jangan main-main.

Adah : Dengan siapa?

Aku : Setakat tu dulu aku boleh cakap. See you, guys.

Hanan : Kina! Eh, jawab la soalan kami.

*offline*

Dalam bilik.

"Er, dik."

Aku menoleh ke arah pintu bilik namun aku terus memalingkan mukaku ke arah lain. Malas tengok muka dia! Kedengaran derapan kaki menuju ke arahku. Tiba-tiba kerusi plastik diletakkan di sisiku dan Abang Aiman melabuhkan punggungnya di atas kerusi dan memandangku dari sisi.

Aku mengendahkan kehadirannya dan meneruskan permainan Dinner Dash dalam laptopku. Aku menjeling sedikit ke arah kananku, kelihatan Abang Aiman sedang membuat gaya kedua dua tangan ke telinganya sambil mulutnya mengepit dua bar coklat.

Haih, ni buat aku tak tahan ni. Syakina, jangan cair dengan coklat tu. Jangan cair! Kau kena lawan nafsu kau. Kau boleh! Malaysia boleh!

Namun tidak sampai sepuluh minit aku kalah dengan nafsuku terhadap coklat dan simpati dengan perbuatan Abang Aiman. Aku berpaling menghadap Abang Aiman dan mengambil dua bar coklat dari mulutnya.

Air membuat muka apabila melihat air liur Abang Aiman yang masih ada di bar coklat tersebut. Dia tersenyum, dan mengambil coklat tersebut dan dilapkan pada bajunya.

Aku membuat muka.

'Apa punya pengotor la abang aku sorang ni.'

Selepas dia memastikan bar coklat itu bersih daripada air liurnya, terus diberikan kepadaku. Namun saat aku ingin menarik bar tersebut, tangan Abang Aiman memegang erat bar coklat tu.

Aku mengerutkan dahi.

"Say something, please? I don't like to see you like this." dia membuat muka kasiha kepadaku.

Aku mengeluh halus.

"Thanks, my sweet brother for the sweet present."

Abang Aiman melepaskan pegangannya dan menggosok lembut kepalaku yang disaluti rambut.

"Maafkan abang sebab buat kamu macam ni. Kamu pun tahukan mama macam mana? Abang tunggu Kak Shiela back from Australia. After that we'll get married."

"Adik redha, mungkin ini takdir bagi adik. Mana tahu lepas ni takdir adik mati pula. Betul tak abang?" Aku tersenyum memandangnya.

"Apa adik cakap ni? Tak sayang abang ke cakap pasal mati ni? Nak tinggalkan abang?"

Muka Abang Aiman merah disebabkan marah mendengar ayatku.

"Abang, kita tak tahu apa yang ditetapkan Allah. Kita merancang but Allah knows everythings."

***

*vote and comment

My Love and My Soul !Where stories live. Discover now