⇨ Shopping or dated? I

116 6 0
                                    

Tok! Tok!

"Masuk. Pintu tak berkunci."

Jawab aku yang khusyuk membuat rancangan untuk cuti sekolah di meja belajar.

Aku mendengar pintu bilikku dibuka seseorang namun aku tidak mengambil tahu siapa gerangannya. Aku berfikir ke mana mahu pergi untuk cuti sekolah ni?

Shopping? Uish, nak tapau mana duit time cuti sekolah macam ni. Tabung ayam merah aku seingat aku dah pecahkan sebab terdesak sangat nak beli buku rujukan untuk SPM last minute. Tapi last-last tak guna juga sebab aku baru teringat aku dah beli buku tu daripada kawan aku masa awal bulan. Terbang gitu je duit aku.

Pergi pustaka? Hm, bolehlah. Ada juga masa aku ni buat benda berfaedah. Ok, note!

Reniuon dengan kawan-kawan aku. Tak payah la. Kena buat keluar duit juga.

Aku ni sebenarnya boleh je minta duit dengan mama dan papa aku tapi aku segan. Yelah, diorang dah bagi duit belanja untuk aku. Kadang-kadang lebih, tapi aku ni masalahnya, jenis yang tak pandai nak simpan duit. Nampak makanan sedap sikit, nak beli. Tengok berkenaan sikit, nak beli. Kalau boleh satu kedai aku nak beli.

Bila kenang balik, buruk Giler perangai boros aku. Syaitan ni suka la ni perangai boros aku. Agaknya 'mereka' tu siap berlompat tali skipping dah masa aku pakai beli barang tanpa berfikir.

"Bhah!"

"Yakk!"

Pang!

Sesaat, dua saat, tiga saat..

Keadaan sunyi sepi seketika. Aku melihat tanganku elok melekat di pipi seseorang.

O.. o..

Aku segera mengalihkan tanganku dari pipinya.

"Er, abang. Sakit ke?"

Tanyaku sambil tersengih melihat pipi abang Aiman kemerahan bekas tamparan free yang diterima daripadaku. Muka dia? Tak payah cakap, terkejut tambah dengan.. macam marah ke? Entah lah labu. Abang Aiman yang berada dekatku memandangku tajam. Dia mendekatkan dirinya ke arah aku.

'Eh, eh.. Abang Aiman dah kenapa ni? Kena rasuk ke? Ke dah hilang ingatan kes tamparan aku tadi?'

Aku kebelakang sikit supaya kami mempunyai jarak. Abang Aiman menjentik kuat dahiku dengan jari telunjuknya.

"Aduh! Abang Aiman! Sakitlah."
Aku menggosok dahiku yang dijentiknya kuat. Kuat weh! Boleh berdarah dahi ni.

"Adik ingat penampar adik tu macam main urut-urut? Kalau tak sakit tak ada maknanya pipi putih abang ni merah bekas tapak tangan kamu. Tengok, dah jatuh saham abang."

Abang Aiman membelek wajahnya di hadapan meja cermin solek bilikku. Aku yang mendengar ayatnya mencebik mulut. Perasaan hensem!

" Lain kali kalau nak lagi penampar berdouble power dari adik, buat lagi terkejut macam tu. Padan muka! Wekk!"
Aku menjelir lidah ke arah Abang Aiman yang sedang duduk bersilang di sofa berbentuk tangan di bilikku. Kemudian aku meneruskan kerjaku yang tergendala daripada melayan Abang Aiman aku yang boleh buat masa aku berjalan cepat.

"Dik." panggil Aiman.

"Hmm." jawabku sekadar tanpa memandangnya.

"Dik.."

"Hm.."

"Adik.."

"Hm!"

"Syakina binti Shukor!"

"Iya saya, Muhamad Aiman bin Shukor!"

Jawabku mendatar bersama senyuman palsu memandang Abang Aiman. Abang Aiman tersenyum manis yang boleh membuat para gadis dan wanita jatuh cinta apabila memandangnya ditambah pula dengan lesung pipit di sebelah kanan pipinya.

"Jom!"

"Jom?" Aku mengerutkan dahi.

"Teman abang pergi shopping?"

"Em, tak nak ah. Buang masa. Adik kalau pergi sana pun bukan boleh beli apapun. Duit adik sekarang dah jadi debu."

Baru saja aku ingin memalingkan wajah,

"Abang belanja."

Aku terus menghadap mukaku semula ke arah Abang Aiman
dengan senyuman sampai telinga.

"Jom-jom!"

Aku dah menarik tangan Abang Aiman yang duduk untuk segera bersiap.

"Bukan kita berdua je, tapi bertiga." Senyuman Aiman membuatku rasa something wrong.

Tapi aku tidak menghiraukan senyumannya kerana aku hanya berfikir cara untuk menghabiskan duit Abang Aiman. Yelah, orang dah nak belanja siapa tak nak? So, kita gunakan sebaiknya.

......

"Mama, Aiman dengan adik pergi dulu tau."

Aiman dan aku bersalam dan mencium pipi mama.

"Pilih yang dia berkenan, ya Man." Mama mengusap bahu Abang Aiman sambil tersenyum manis kepada ku.

'Berkenan? Aku ke? Ntah. Kina, jangan peningkan kepala otak anda untuk fikir benda yang tiada kaitan dengan kau.' monolog aku.

Abang Aiman dah menghidupkan enjin kereta miliknya, Vios. Aku dengan hati gembira buka pintu depan dan duduk di atas kerusi penumpang. Pakai tali pinggang dulu.

Belum sempat aku memakai tali pinggang, Abang Aiman bersuara.

"Dik! Kau duduk belakang."

"Hah? Kenapa pula?" tanyaku naif.

"Jap lagi abang nak ambil kawan abang. Abang kan dah bagitau tadi kita pergi bertiga. Ingat?"

"Oh, ok."

Aku terus berubah tempat duduk dari duduk depan aku duduk belakang. Kami pun bertolak menuju rumah 'kawan' yang dikatakan Abang Aiman.

.......

Aku tidak melihat dan tak nak mengambil tahu siapa kawan baik abangku kerana aku leka melayan mesej whatsapp daripada group Qowiy Lillah.

Huhu

Tawaku terlepas. Kelakar dok kawan aku.

Group Qowiy Lillah:-

Leen : Ya Allah, jika aku tak dapat kurus, maka Engkau gemukkanlah kawan-kawanku ini. Amin!

Nan : Uish! Shuh, shuh. Jauhkanlah. Aku tak sanggup.

Aku : Haha, Lol!

Hah : Weh! Orang doa benda baik la weh..

Leen : Werk !

"Adik aku tu kalau dah layan fon, orang hensem depan dia pun dia tak layan. Kan, dik?"

Tiba-tiba Abang Aiman bertanya padaku. Aku terpinga-pinga.

"Hah? Ha, ya.. ya.."

Aku menyambung kembali aktiviti tergendalaku.

"Biasalah, bro. Biarkan dia. Haha.."

Aku dapat tangkap ayat kawan abang Aiman.

Sukanya ada orang tolong backup aku. Huhu. Ni sayang kawan abang aku ni biarlah tak kenal siapa pun dia.

***

*vote and comment

My Love and My Soul !Where stories live. Discover now