⇨ Mangsa

119 6 2
                                    

Aiman yang kelihatan bersantai di ruang tamu sambil makan kerepek ditegur oleh Puan Aisyah.

"Aiman, bila awak start kerja?"

Puan Aisyah duduk di atas sofa menghadap Aiman.

Aiman yang sedang melahap kerepek memberhentikan perbuatannya.

"Dalam dua bulan, ma. Kenapa?"

Balas Aiman.

"Umur awak dah nak masuk 25 tahun kan? Mama nak sangat ada menantu dalam rumah ni. Awak tu bukan muda sangat, nanti dah kawin senang orang nak uruskan makan pakai awak semua."

Kerepek yang baru hendak Aiman telan terlekat di anak tekak. Aiman terbatuk-batuk menahan sakit.

"Huk, huk. Ma,, a.. air."

"Ya Allah! Itulah, makan jangan gelojoh. Tengok tu, kan dah tersedak. Nah, air ni,"

Puan Aisyah membebel sambil menghulurkan air masak kepada Aiman.

Aiman meminum rakus air masak itu sehingga ada titis air yang mengalir keluar daripada mulutnya. Setelah selesai minum air, dia mengelap sisa air dengan belakang tangannya.

Kemudian Aiman memfokuskan kepada perbualan yang baginya amat serius. Lebih serius daripada masalah dunia sekarang.

"Ma, Aiman.. Aiman.."

"Awak kenapa!?"

Nada Puan Aisyah naik satu hektar.

'Aduh, mama ni asyik tanya aku bila nak kawin. Apa aku nak jawab ni. Fikir, fikir.. Hah!'

Suara hati Aiman bersuara.

"Mama, saya bukan tak nak kawin lagi tapi saya nak kumpul duit untuk masa depan saya dan isteri saya."

Jelas Aiman.

"Awak jangan nak melencong. Duit belanja awak yang mama dan papa simpan dah cukup untuk pinang anak orang."

Mata Puan Aisyah sudah membulat.

Kalau cakap dengan anak sulungnya hal kahwin, ada saja jawapannya.

"Er, ma. Tu duit belanja. Ala, give me a chance to had duit sendiri, ma? Please?"

Aiman merayu.

"No! I said no! Awak ni bila mama cakap pasal kahwin, ada je alasan. Apa pun I stick with my decision!"

Aiman meraup mukanya. Tiba-tiba bisikan jahat muncul. Tapi tak ada la jahat sangat.

"Ma, apa kata mama kahwinkan adik. Hah! Yes! Married her with someone?"

Mata Puan Aisyah membulat. Puan Aisyah bangun dan meluru berjalan ke arah anak sulungnya.

Dia mencubit lengan sasa Aiman.

"Aduh, duh. Mama, sakitlah."

"Cakap lagi melalut."

Puan Aisyah melepaskan tangannya daripada lengan Aiman.

"Mama. Hear me. Adik kan masuk sekolah dua bulan lagi. Masuk tingkatan 6, dia pun tak nak amik apa-apa lesen buat masa ni sebab nak amik lepas STAM. Saya dua bulan lagi dah start kerja. Saya kena stay di universiti saya. Mama kena bertolak awal. Papa pun tempat kerja dah jauh berbanding dulu. Maksudnya Pak Noh yang akan menemani papa. Jadi siapa yang akan hantar adik ke sekolah? Pengangkutan awam kawasan kita pun jarang ada."

Aiman terhenti seketika melihat wajah mamanya.

Kelihatan Puan Aisyah memikirkan sesuatu. Aiman tersenyum sembunyi.

"Maksudnya kalau adik kahwin, ada suami, senang la. Suami dia akan hantarkan."

Sambung Aiman.

Dalam hati Aiman berkata-kata,

'Maafkan abang, dik sebab jadikan kau mangsa.'

"Hmm, awak dah ada calon untuk Kina ke? Mama tak nak lelaki yang tepi jalan, tak ada pekerjaan dan yang penting hubungan dia dengan Allah, dia jaga."

Puan Aisyah memandang wajah Aiman.

Aiman lega mendengar respon daripada Puan Aisyah. Dia mengangguk dan tersenyum penuh makna.

***

*vote and comment

My Love and My Soul !Where stories live. Discover now