⇨ Jemput Abang Aiman

134 6 4
                                    

"Mana abang ni? 30 minit tunggu tapi batang hidung tak nampak lagi,"

Aku yang dah tercegat berdiri di pintu keluar airport sejak pukul 4 petang sehingga 4:30 petang merungut.

Lama kot! Kaki ni dah naik kejang tak payah nak cakap. Nasib baik aku pakai sandal hari ini. Kerusi sebenarnya ada tapi aku buat tak nampak. Hihi.

Abang Aiman call tadi cakap tiba jam 4 petang. Tapi ni dah dekat setengah jam tak nampak pun dia. Orang lain tadi lagi dah nampak keluar dari pintu airport.

"Pak Noh, macam mana ni? Kita nak pergi cari abang Aim ke nak tunggu?"

Tanya aku kepada Pak Noh yang sedang duduk sambil membaca akhbar. Pak Noh yang mendengar soalan aku melipat akhbar dan memandang jam tangannya.

"Ina dah call abang Aiman belum?" tanya Pak Noh.

Aku yang mendengar soalan Pak Noh terus menepuk dahi.

Haah la. Apa lembab sangat aku ni. Aku terus mencapai telefon bimbitku jenama Iphone 6 pemberian hadiah daripada papaku dalam kocek seluarku.

Belum sempat aku mendail nombor Abang Aiman, aku merasakan mataku tiba-tiba gelap.

'Aish, dah kenapa mata aku tiba-tiba gelap je?' desis hatiku.

"Hah! Ceteka siapakah saya?"

Tiba-tiba kedengaran suara garau yang dibuat-buat.

Aku mencubit kasih sayang tangan yang menutup kedua mataku.

"Aduh!"

Mengaduh orang tersebut menyebabkan pandanganku kembali seperti sedia kala.

Aku memandang abang Aiman yang sedang menggosok tangannya yang dicubit aku sambil tanganku menyilang di dada.

"Itulah, siapa suruh tak tepati janji!"

Kataku dengan mulut dimuncungkan.

Abang Aiman tersenyum dan merangkul bahuku rapat ke dadanya.

"Ala adik abang buchuk-buchuk sorang ni. Merajuk dengan abang eh? Meh sini nak cubit pipi tu kuat-kuat."

Abang Aiman mencubit pipiku. Aku membuat muka dan menolak dadanya daripada rapat denganku.

Rimas!

Kami sebenarnya dah biasa mesra begitu. Orang kata lagi mengeratkan hubungan adik beradik terutama aku dengan abangku yang sememangnya hanya dua beradik.

Tapi, mesra ke?

Aku menyalami tangan abang Aiman manakala dahiku dicium lembut oleh Abang Aiman.

Serius aku rasa rindu sangat dengan Abang Aiman. Aku terus memeluknya. Abang Aiman membalas pelukanku.

"Rindu abang ke ni? Alolo, sweetnya dia. Maaflah, sebenarnya abang dah sampai awal lagi tapi perut ni hah buat hal pula. Tu yang lama dalam jamban tu,"

Jelas Abang Aiman keterlambatanya tadi.

Abang Aiman ni belajar dan menetap di Korea selama tiga tahun. Dia menyambung pelajarannya sebagai seorang pensyarah kedoktoran di sana. Kami cuma berbalas e-mel dan bervideo chat sahaja untuk melepaskan rindu.

Sekarang tamatlah pengajiannya dan akan menetap di Malaysia, di samping keluarga dan bekerja menjadi seorang pensyarah di universiti selagi nyawa dikandung badan.

Abang Aiman menyalami Pak Noh yang berdiri di belakangku.

"Jom anak-anak balik rumah. Tentu mama kamu tengah menunggu Aiman dan Ina di rumah."

Pak Noh bersuara dan membawa beg troli abang Aiman menuju ke arah kereta.

Aku dan Abang Aiman berborak perihal masing-masing dalam perjalanan pulang ke rumah.

***

*vote and comment

My Love and My Soul !Where stories live. Discover now