⇨ Tersuka tanpa sengaja

126 4 0
                                    

Ok, tarik nafas, hembus. Tarik nafas, hembus. Tarik..

Wargh!

Kenapa jantung ni dup, dap, dup, dap je ni.. Aku benci rasa ni.

Berdebar aku kata kau! Sebabnya aku kena berdepan dengan guy yang buat aku malu tak terkata tu.

Aku bayangkan..

Aku angkat dulang yang penuh dengan lima biji cawan, sepiring tembikai dan sebekas kerepek ke ruang tamu.

First, conform aku jadi perhatian 'mereka' termasuk abang.

Kemudian kena berlagak ayu sikit sebab nak letak cawan-cawan tu depan mereka sorang-sorang takkan nak menungging punggung.

Memang kena berdas tembakan dengan abang aku la.

Lepas tu mesti.. eh, harus. Eh, wajib kot. Apa-apa saja yang pasti aku kena cakap 'jemput minum' dengan suara ayu?

Double what!? Suara ayu?

Em, tengoklah. Jangan ada yang terpikat pula satgi sudah.

Dengan lafaz bismillah, aku mengangkat dulang dan membawa ke ruang tamu. Siaran televisyen sedang terbuka.

Upin Ipin? Kawan-kawan abang dan abang aku tengok cerita si kembar? Since when? Jiwa kanak-kanak juga diorang ni. Huhu.

Aku meletakkan dulang atas meja dan ku aturkan cawan ke dalam piring dan letakkan di hadapan kawan-kawan Abang Aiman termasuk Abang Aiman.

Kemudian piring tembikai dan bekas kerepek ku letakkan di tengah meja. Aku bangun dan memandang semua kawan Abang Aiman.

"Selamat menjamu selera. Arigatou!"

Aku tundukkan kepalaku sedikit macam gaya hormat masyarakat Jepun. Aku dapat menangkap senyuman manis dari lelaki itu.

Dush! My heart, please stop do it again!

"Terima kasih,"

Jawab salah seorang daripada mereka dengan nada menggatal.

Berbulu telinga aku mendengar. Aku tersenyum senget dan terus berlalu ke dapur. Kerja dah selesai, so.. This time !

Aku mengambil bekas ais krim yang belum dibuka dalam aisbok tingkap atas. Sebenarnya aku tak tahu siapa punya sebab aku ternampak bekas tu semalam. Dah ada dalam aisbok rumah aku, sah-sah lah mama yang belikan untuk dimakan. Takkan nak jadi hiasan macam tu ja.

Daripada membazir, baik mengemukkan badan. Membazir itu amalan syaitan. Wajib kita hindari.

Aku letak bekas aiskrim di atas meja pulau dapur rumahku dan membukanya untuk dimakan.

'Wah! Menggoda betul ais krim oreo ni. Slurp!'

Aku mengesat air liurku yang sedikit meleleh dan terus menyuakan ais krim tersebut ke dalam mulutku.

"Wah!! Nikmatnya.."

Aku menikmati setiap suapan aiskrim dengan mata yang tertutup.

Waktu maghrib

Aku sedang enak melandingkan diri di atas katil bersaiz king di bilikku sambil mengscroll aplikasi Instagram di dalam handphone pintarku.

Aku tahu sekarang waktu maghrib, tapi aku tengah uzur syar'ie. Mama, papa dan abang solat di masjid berdekatan dengan rumahku. Jadi tinggallah aku bersama Mak Nab. Mak Nab pun mungkin tengah solat sekarang.

Scroll..

Scroll..

Scroll.. dan

terus aku scroll sehingga tanganku terhenti di gambar yang dipostkan oleh pemilik akaun.

Caption yang ditulis,

My lovely brother, Abang Epul lepas kena prank.
Dush, how he do muka hodoh like this?
Kalah adik comel dia.
#korekhidung

Aku ketawa kecil tengok muka abang perempuan tu.

Ya Allah, tak boleh blah betul muka dia. Tapi buat muka hodoh pun tetap nampak kacak.

Aku tengok likes dia.

What!? 1K in 45 minutes!?

Kalau aku tak ada makna nak sampai 1K. Nak dapat tiga likes pun macam nak tak nak saja.

Hahaha.

Untung dia ada abang hensem. Abang Aiman? Bolehlah, tapi kalau berbanding dengan lelaki tu abang aku kategori hensem kedua.

Ting!

Mesej daripada whatsapp berbunyi.

Aku segera menekan aplikasi tersebut.

'From group Qowiy Lillah.'

Desisku.

Sihah : Awak-awak semua. Date jom!

Hanan : Kat mana?

Sihah : Bandar ah. Kat Taman Tengku Anis.

Sobirah : Jom-jom! Nanti saya tanya big boss.

Aku : Jom lepak. Wah, dah lama tak lepak best juga. Mama papa aku on je.

Hanan : Bawa la sekali abangmu itu, Kina. *muka gedik

Aku : Choi! Kau nak date dengan aku ke dengan abang aku? Tak pasal ada yang kena bungkus lempar kat laut.

Sihah : Sabar anak-anak. Haha.

Sobirah : Astaghfirullahalazim.
Istighfar wahai sahabatku.

Syadah : Versi Sobirah dah keluar. Huhu

Sobirah : -,-

Apa-apa saja la sahabatku sekalian.

Geli hati aku baca chat mereka.

Date tu kawan aku ajak-ajak ayam je. Yelah, ada sekali tu rancang dekat sebulan. Ni, semua setuju dah nak pergi, last-last cancel macam tu. Bengang la jugak aku.

Nasib baik tak ada keluarkan duit apa-apa masa rancang. Haih!

***

*vote and comment

My Love and My Soul !Where stories live. Discover now