Guru Baru. Serius!?

259 2 0
                                    

"See you a few hours, my heart!"

Terngiang-ngiang ucapan Saifullah sebelum aku melangkah ke sekolah.

"Woii!"

Terkejut. Tak dinafikan. Macam nak terhenti jantung aki ni.

Hah! Orang yang jenis tak reti bagi salam ni elok aku selam kepala dalam longkang baru nak sedar.

"Aku agak kau dah lama tak hirup air longkangkan, Nan?"

Aku tersenyum sinis.

"Maaf, maaf. Aku silap. Sentap ah kau ni. Gaduh dengan cik abang ke apa?"

Mulut celupar Hanan aku tutup dengan tangan. Celupar giler. Tak tahu ke budak kelas aku jenis telinga lintah.

"Kau ni, kan ada juga yang tak makan seminggu."

Aku melepaskan tekupan tanganku dari mulutnya apabila melihat muka macam tak cukup nafas.

Hahaha. Gelak si Hanan. Aku tak ambil pusing.

"Takkan ada yang percaya la. Aduh kau ni. Weh, termenung panjang tadi. Apahal?"

Hanan menongkat dagunya dengan tangan memandang wajahku. Aku tersenyum nipis. Nak kasitau ke tak? Tak penting pun. Dia bukan faham. Tapi.. Tapi. Urgh!

"Aku--"

"Perhatian kepada semua pelajar, sila ke thobur sekarang juga. Kepada ketua kelas pastikan anak buah beratur kemas dari kelas sebelum ke thobur. Harap maklum."

Pengumuman daripada KP memutuskan ayatku.

"Jom Kina. Lambat kena duduk belakang." Hanan menarik tanganku ke luar kelas.

****

Macam biasa, ucapan daripada guru bertugas, guru disiplin, guru badan dakwah dan diikuti ucapan daripada empat orang pentadbir.

"Korang tahu, hari ni akan ada dua guru baru tau. Sorang pompuan sorang laki."

Suara Asma kedengaran.

"Ooo.. Tu kot cikgu baru. Tepi ustazah Ju."

Pelajar form six dah panjangkan leher untuk melihat guru baru. But perempuan.

"Mana cikgu lelaki? Tak nampak pun kat tempat ustaz-ustaz." Tanya si Fazlin.

"Ntah, aku pun tak nampak lagi cikgu baru sorang lagi. Ala, nanti ada la tu."

Kemudian suara sumbang itu diam.

"Terima kasih kepada Mudir atas ucapan dan nasihat beliau yang dapat kita aplikasikan dalam kehidupan seharian. Kita akan ke majlis seterusnya. Untuk makluman semua pelajar, sekolah kita menerima dua orang guru baru pada pagi ini. Jadi sebelum berakhirnya majlis, ana menjemput dua orang guru baru untuk memperkenalkan diri di hadapan."

Pengacara majlis menjemput guru baru untuk memperkenalkan diri.

"Assalamualaikum. Saya Puan Zainora Hassan. You can call me teacher Nora. Saya diamanahkan untuk mengajar Bahasa Inggeris and I'm married. Nice to know all of you, princess."

Teacher Nora menyudahkan ucapan beliau dengan ucapan salam. Semua pelajar perempuan bertepuk tangan.

"Thanks teacher Nora. Ok, next we continue with other new teacher. Tafaddol."

Semua pelajar perempuan dan memanjangkan leher memandang pentas. Dalam dua minit, tiada tanda cikgu lelaki itu akan muncul. Ok, curious. Dengan aku-aku curious. Kenapa ni? Ada prank kah?

Mudir dah bangun dari duduk menuju ke arah tangga. Ok. Tak nampak dah. Sebab terhalang dengan dinding. Aku malas mengambil port memandang bawah sambil menconteng buku nota kecil yang kubawa di dalam poket.

"Ah.. Ah.. I'm sorry, I'm lated."

Kedengaran lelah suara guru baru itu. Seperti baru lepas habis marathon.

"Oh my Gucci! Weh! Hensem gile dork!!!"

"Boleh pengsan aku macam ni. Hot stuff ke apa cikgu ni?!"

"I cannot!"

Dan begitulah suara sengau yang kedengaran di telingaku. Apahal budak sekolah aku macam histeria gile ni? Aku memandang tepi kanan kiri belakang. Menarik sangat ke cikgu baru tu?

"Perkenalkan saya, Saifullah bin Zamri. Saya bukan cikgu mahupun teacher, but saya ustaz dan menjadi guru tetap di sekolah ni."

Guruh kedengaran di telingaku apabila mendengar nama guru.. No.. Ustaz tersebut.

Secara automatik kepala terangkat. Mataku tepat memandang matanya. Mata kami bertembung. Ya, dia perasan dan senyum memandangku.

Good! Perfect!

Dan baru aku tahu dia kerja apa.

But, why here?!

Aku kenal perangai budak sekolah ni. Hello! Selama lima tahun aku sekolah ni tak ada cikgu mahupun ustaz semuda dan sekacak dia.

Kacak? Ya,, kacak.

Aku mengaku pasal tu. Makin menjadi-jadi perangai budak ni nanti.

"Any question from you girls?" Ustaz Saifullah bertanya.

"Ustaz dah kahwin ke?" Suara pelajar perempuan bertanya.

Duh! Berani betul tanya soalan camtu. Aku dah tengok ustazah semua dah menggeleng mendengar soalan budak-budak ni.

"Maaf semua. Ustaz dah limited. Ok. Soalan ditutup. Ustaz harap anti semua dapat memberi kerjasama yang baik selama ustaz berkhidmat di sini."

"Alaaa.."

Hampir separuh suara pelajar perempuan yang duduk kedengaran.

Aku harap Saiful tak mengajar tingkatan enam. Tolonglah kabulkan doaku, Ya Allah.

"Oh, satu lagi. Ustaz akan mengajar form one, form two and form six. Assalamualaikum."

Yeah! Itu yang aku tak nak dengar.

Sahabat baikku dah tersengih memandangku. Apa?

"Setelah berakhirnya ucapan daripada guru baru maka berakhirlah majlis kita pada hari ini. Majlis ditutup dengan bacaan surah Al-As dan tasbih kafarah."

Tiba-tiba aku teringat kata-kata Saifullah pagi tadi.

" See you a few hours, my heart!"

Aku tahu dah maksud ayat sweet dia tu.

Syakina, kau kena terima kenyataan. Remember, hormat dia. Bukan sahaja di rumah tapi di sekolah sebab he's your ustaz and your husband.

***

Vote and comment

My Love and My Soul !Where stories live. Discover now