Kem Kecemerlangan

236 6 0
                                    

"Kina, ustazah Jamilah nak jumpa kau dalam bilik guru."

Nota Faraid yang dijadikan bahan rujukan untuk membuat latihan aku tutup apabila ketua kelas, kelas sebelah memanggilku.

Aku berjalan menuju ke arahnya yang masih setia berdiri di pintu depan kelasku.

"Nape ustazah Milah nak jumpa aku? Aku ada buat salah ke?"

Pelik. Yelah, siapa je tak kenal ustazah Jamilah. Guru disiplin yang tegas, kalau sape yang tidur dalam kelas dia, terus kena soal. Hah, waktu tu kau kena fikir sendiri soalan apa yang dia tanya. Tak boleh jawab, tadah telinga kau dengan ayat sinis lagi pedas beliau. Kadang-kadang boleh sampai ke ulu hati. Perh! Dia punya makan dalam tu lagi sakit berbanding kena rotan.

Ketua kelas tersebut hanya menjongket bahu dan terus beredar sambil menepuk bahuku konon nak bagi kekuatan. Aku senyum paksa dan dengan lafaz bismillah dalam hati menuju ke bilik guru perempuan.

Kelihatan ustazah Jamilah bertudung shawl labuh merah jambu dikenakan dengan baju kurung merah muda campur warna merah jambu sedang khusyuk menulis sesuatu.

"Assalamualaikum ustazah."

Salam ku berikan kepada ustazah Jamilah. Ustazah Jamilah tersenyum dan mengisyartkan aku untuk duduk. Perlahan ku duduk di atas kerusi berhadapan beliau.

Lupa nak maklum, ustazah Jamilah pengerusi pelajar STAM a.k.a tingkatan enam dan merupakan guru hadis STAM.

"Ustazah panggil kamu sebab lusa ada kem kecemerlangan untuk STAM. Jadi saya nak haru ni dalam pukul 12:30 tengahari arahkan semua pelajar tingkatan enam berkumpul di musolla. Nanti kamu kutip duit kem sebanyak RM5 seorang sebelum lusa."

Terang ustazah Jamilah. Aku melihat beliau meneguk air masak selepas menghabiskan bicara.

Aku bendahari untuk tingkatan enam. Sebab tu aku kena kutip duit. Bab ni la paling malas. Perangai hakak kalau bab membayar banyak sangat alasan. Alasan pun yang sama.

"Tak ingat bawa duit."

"Ala, duit tak cukup bulan ni."

Dan macam-macam lagilah. Ingat tak fenim ke nak layan kerenah akak tua bangka ni? Letih woi.

"Sebelum terlupa, kamu mintak senarai nama dengan ustaz Saiful. Sebab dia s/u guru kemudian jumpa sir Khairul bagitau pasal yuran dan perjumpaan sekejap lagi."

Double what?!

Ustaz Saiful?

Sir Khairul?

Oh my!

Why me?!

Aku tersengih sumbing kepada ustazah.

"Dah, kamu boleh keluar. Ke ada nak cakap apa-apa?" Kening sebelah kanan ustazah terangkat.

Aku tersengih sambil menggeleng laju kepala.

Aku keluar dari bilik guru perempuan. Lima langkah ke depan bilik guru lelaki. Aduh, macam mana ni. 15 minit lagi perjumpaan tu. Nak jumpa cikgu lagi nak maklum kat pelajar lagi. Jarak ke kelas aku amik masa 10 minit. Cakap dengan cikgu 5 minit belum cukup.

Ah, stress!

Buk!

"Auch!"

Bahuku dilanggar kuat. Sakit woi!

"Maaf kak. Maaf. Saya tak sengaja." Junior yang melanggarku tadi kalut meminta maaf kepadaku. Mukanya menunjukkan bahawa dia betul-betul bersalah.

Hah! Mentol dah bercahaya.

My Love and My Soul !Where stories live. Discover now