Malam itu cempaka dikejutkan dengan bunyi bising dari luar.tersedar dari tidur yang kejap membuatkan kepalanya sakit.dia bangun untuk meninjau keadaan di luar.manalah tahu jika dua lelaki tadi sudah tiada.namun dia kesal mereka masih di situ.
"Apa yang patut aku lakukan"
Cempaka mulai gusar.sedang dia kebingungan ,datang lelaki cina itu bersama seorang lelaki yang agak tua dalam lingkungan umur 40an.cempaka mula takut.tak mungkin lelaki cina ini mahu menjual dia kepada lelaki tua.walaupun dia duduk di kampung namun dia tidak pernah terlepas berita berita di media massa yang memaparkan kes kes penculika,dan menjual wanita kepada vip dan sebagainya.apakah perkara ini akan terjadi kepadanya.
Matanya mula berkaca kembali.fikirannya serabut memikirkan keadaan ini."lu ikut ini uncle,lu punya tuan tak dapat datang dia busy,lu sekarang boleh bebas dari tempat ni,wa rasa berbaloi jual lu.lu banyak mahalx
,lelaki cina itu tergelak sambil cuba memegang dagu cempaka.namun sempat dielak cempaka.dia tidak mahu dipegang lelaki kotor itu.
Dia serasa ingin mencakar muka lelaki itu namun dia hanya membeku.
"Cik boleh ikut saya,saya akan bawa cik kepada apartment tengku imran.beliau kerja hari ini.mungkin besok dia akan datang menemui cik."
Ujar lelaki dalam lingkungan 40an itu.Dari tuturnya seperti orang baik,teka cempaka.tapi kalau dia baik dia tak akan buat begini kepadaku.
Cempaka mula berdalih.Dia hanya mengikut kata lelaki itu.kerana itu yang seeloknya berbanding tinggal di neraka ini.
(Masa sekarang)
Cempaka berdesah memikirkan kejadian petang tadi.kini dia sedang mengikuti lelaki tua itu ke kereta.dia benci untuk memandang mereka yang sudah hilang dalam tarian di tengah tengah kelab itu.lagu itu membingitkan telinganya.
Sesampainya dia di tempat kereta diparkirkan dia mula terpegun melihat kereta yang berada di hadapannya.kereta itu semestinya berjenama ,orang kampung sepertinya hanya mampu melihat dari tv tetapi kini dia berada di hadapan kereta ini.
"Jemputlah masuk cik,nanti kita akan lewat.sudah jauh malam ni"ucap lelaki itu
Dia yang terpegun mula masuk.cempaka agak tergamam melihat bahagian dalaman kereta ini.apa yang dimiliknya tidak setanding untuk memiliki kereta ini tiba tiba fikirannya teringatkan ibubapanya.apa yang telah dilakukan oleh mereka.dia tidak mahu mereka tahu apa yang terjadi kepadanya.biarlah dia sahaja yang menanggung semua ini.mereka sudah bersusah payah membesarkan cempaka.
Perjalanan untuk ke apartment itu agak lama .dia duduk di seat belakang walaupun sudah menolak lelaki itu menegaskan bahawa dia harus duduk di belakang kerana dia adalah wanita bosnya.perkataan itu membuatkan tangkai hatinya ibarat direntap.betapa murahnya dirinya.dia hanya mendiamkan diri.apalah nasib yang akan menimpa dirinya.dia hanya memandang ke luar menikmati pemandangan luar kota yang indah.mungkin itu boleh menenangkan hatinya.dia hanya membisu.
Setelah beberapa puluh minit berlalu mereka akhirnya tiba di suatu kawasan yang agak mewah.bangunan tinggi mencanak dihiasi kaca .bangunan itu kelihatan seperti bangunan kaca.gerun pula cempaka melihatnya.sebelum ini dia hanya melihat rumah papan dan batu sahaja.
pintu dibuka dari luar untuk membolehkan cempaka keluar.mungkin lelaki itu nampak wajahnya yang agak ketakutan."cik silalah,tengku sudah menyediakan segalanya untuk cik di sini.cik hanya perlu tinggal di sini dan melayan kehendak tuan".
ujar lelaki itu sambil tersenyum.
Cempaka hanya mengangguk.apa lagi yang boleh dia lakukan sudah lah dijual.dia hanya mampu menurut walau hatinya kuat ingin melarikan diri.tetapi dengan keadaan kota kuala lumpur yang penuh dengan kejadian kejadian yang boleh membahayakan dirinya.dia mengambil keputusan untuk mengikut.mereka mula berjalan ke arah lif dan menuju ke tingkat terletaknya aparment yang bakal didudukinya.sesampainya mereka di hadapan apartment cempaka agak takut takut untuk masuk namun setelah disuruh dia masuk.matanya mula menangkap suasana kemewahan .apartment ini diwarnai dengan warna putih menampakkannya eksklusif dan mewah.perabotnya juga nampak agak mewah membuatkannya takut untuk memegang atau duduk di atasnya."Buatlah seperti rumah sendiri.kerana tengku membeli apartment ini khas untuk diduduki cik"Baju semua telah disediakan,makanan ada di dalam peti ais."ujar lelaki itu.
Cempaka hanya mendengar tanpa perasaan ,hatinya tidak berada di sini.
"Saya balik dululah ya.esok tengku datang cik bersedialah.tengku tu cerewet orangnya.cik pakai apa yaag ada dalam wardrobe sebab tengku tak suka perempuan selekeh.bilik tengku yang paling besar sekali berhadapan dengan tangga di tingkat atas bersambung dengan bilik wadrobe baju.cik boleh pilih nak yang mana"
Cempaka benci mendengarnya.sesudah lelaki itu berusai dia keseorangan di dalam apartment yang luas itu.terasa ingin melarikan diri kembali menerjah.dia cuba untuk membuka pintu itu tetapi gagal kerana terdapat kawalan yang agak ketat.password juga dia tidak tahu.dia hanya mampu termenung..setelah penat mengenang nasib di tepi tangga itu dia mula menapak ke atas.dia sampai ke tingkat atas dan hatinya mula tertarik dengan hiasan dalaman tingkat atas ini.bersulamkan warna plain.perabotnya juga tidak terlalu heavy.dilengkapi dengan ruangan menonton tv,dia mula beralih kepada bilik pula terdapat tiga bilik,bilik yang agak besar berada di tengah dan bercantum dengan bilik wadrobe seperti yang disebut lelaki tadi.bahagian kanan pula bilik yang agak besar sebesar rumah usangnya,mungkin lagi besar..
Cempaka masuk ke dalam bilik utama
"Besarnya"
guman cempaka,dia mula mencari bilik air .dia perlu membersihkan diri dan dan menunaikan solat.hanya itu tempat dia mengadu di waktu waktu begini.jumpa sahaja bilik air cempaka mula membersihkan diri,lada awalnya dia agak janggal menggunakan kecanggihan sistem di sini tetapi dia berjaya mebiasakn diri..seusai itu dia mengambil wudhuk.dia cuba mencari telekung atau apa apa yang boleh menutup auratnya.tetapi tiada.baru dia teringat untuk ke bilik wadrobe.
saat melangkah ke dalam bilik itu cempaka melihat banyak pakaian lelaki sahaja dikelilingi dengan rak rak baju seperti di dalam filem..ditengahnya terdapat barangan peribadi lelaki.dia cuba mencari pakaian wanita tetapi tiada.dia menoleh ke belakang dan matanya menangkap pakaian wanita.tetapi yang membuatkan dia terperanjat baju yang disediakan seperti tidak cukup kain."Apa punya fesyen ni,kain ke apa.tak cukup kain ke?
Apa yang aku nak pakai ni."Dia mengambil keputusan memakai pakaian lelaki yang agak besar untuk menutup auratnya.sesudah solat cempaka berniat untuk tidur.tetapi pakaian yang dipakainya agak panas.
Dia cuba membuka aircond tetapi dia tidak pandai.berpeluh juga dibuatnya.akhirnya dia mengambil keputusan memakai baju kemeja bewarna putih sahaja.
"Okaylah ni tutup peha.tengku pun tak balik malam ni.dari aku mati kepanasan"
Sesudah itu dia pun tidur kepenatan.dia terlena di atas katil saiz king itu.mungkin kerana terlalu penat atau pertama kali tidur di atas katil seempuk begitu.
YOU ARE READING
CEMPAKA (UNEDITED )
Romance* A REALLY SLOW UPDATE DAN JANGAN BACA JIKA ANDA TIDAK SUKA MENUNGGU. SAYA CUBA HABISKAN BUKU INI.. MAAF * Tengku imran yang dingin Cempaka yang pemalu,perkahwinan yang penuh tanda tanya namun dipenuhi dengan keindahan,penyatuan dua jiwa yang baru...