Bab20

18.6K 395 16
                                    

Pagi itu cempaka berniat untuk memasak lauk kegemarannya,sudah lama dia teringin makan rendang ayam.tetapi bahan bahan masakan tidak mencukupi dan dia berniat untuk ke pasar.Tetapi dia harus meminta kebenaran tengku imran dahulu.terus dia naik ke tingkat atas menuju ke biliknya,pastinya tengku imran belum bangun lagi kerana hari ini adalah hari ahad,besok baru suaminya akan mula bekerja.

masuk sahaja ke dalam bilik dia lihat suaminya masih berbungkus di atas katil.selepas solat subuh terus suaminya tidur semula.subuh tadi hatinya cukup gembira kerana dapat solat berdua dan diimamkan suaminya.akhirnya impiannya tercapai dan dia berharap semua ini berkekalan.

"Abang bangun,matahari dah tegak ni" pujuk cempaka sambil menggoyangkan badan suaminya sedikit,namun tetap tiada sebarang respon dari suaminya.

"Abang bangunlah,cempaka nak pergi pasar ni,cempaka pergi dengan pak hamid ye,nanti cempaka balik,sekejap sahaja,"terus cempaka berpusing untuk bersiap siap,takut pak hamid menunggu lama,lagipun suaminya itu nampak terlalu penat,malas mahu diganggu.

Tiba tiba tangan cempaka ditarik membuatkannya terbaring di sebelah tengku imran.

"Sayang nak pergi mana,pergi pasar,tak boleh,kalau nak pergi kena pergi dengan abang,lagipun nanti ada je lelaki lelaki dekat pasar yang menggatal dengan sayang.so the solution is you go with me"Ucap tengku imran dengan mata yang masih terpejamdan suara yang serak.tangannya memeluk pinggang cempaka.

"Abang ni sukalah main tarik tarik sakitlah.cempaka boleh pergi pasar dengan pak hamid,abang tidur jelah,abang penat kan"Cempaka cuba melepaskan dirinya dari pelukan tengku imran.

"nope,if you want to go then go with me."Ucap tengku imran sambil memeluk cempaka lebih rapat,dia sebenarnya agak penat,sebab itulah dia pulang satu hari awal dari kampung,tetapi dia tidak akan memebenarkan isterinya pergi ke pasar seorang diri,pasti ada yang cuba mengambil kesempatan ke atas isterinya,atau mungkin dirinya yang terlalu berhati hati setelah apa yang terjadi di kampung.

"Tapi pak hamid dah tunggu dan abang baru bangun tido,nanti lambatlah cempaka nak masak."cempaka sudah pening dengan suaminya.macam macam perangai semenjak dua menjak ini.

Terus tengku imran bangun dan duduk di tengah katil.

"Okay abang dah bangun,kejap ye abang mandi sekejap je,pak hamid nanti abang suruh dia balik"

Cempaka segera berdiri di hujung katil dan memandang suaminya hairan.

"Kalau macam tu cepatlah abang.cempaka nak cepat ni,dan abang jangan nak mengadu penatlah,pasar tu busuklah,sesaklah"Cempaka memberi amaran kepada tengku imran.

"Alah sayang ni,apa susah kita pergilah supermarket,dekat sana pun ada barang apa,"dalih Tengku imran sambil mendekati isterinya dengan tuala di tangan.

"Okay"Cempaka mengalah,tiada guna berbalah dengan suaminya,pasti dia yang akan kalah.

"okay je,ciuman untuk abang mana,dahlah lepas solat subuh sayang tinggalkan abang sorang sorang"Tengku imran mula menarik cempaka ke dalam pelukannya kembali.

Cempaka sudah lali dengan perangai suaminya ini.nampak muka dia sahaja nak ciuman.

"pergilah mandi,nanti dah wangi cempaka fikirkan nak cium ke tidak"Cempaka menolak muka tengku imran yang semakin mendekat dengannya.

"Cakap dulu sayang nak cium abang,cakap dulu kalau tak abang tak nak mandi"Ugut tengku imran.

"Okay okay janji,dah pergi mandi"Kalau dilayan makin lambat mereka akan ke supermarket nanti.

Terus tengku imran menanggalkan bajunya satu persatu di depan cempaka.

"Abang apa ni pergilah bukak baju dekat dalam bilik air.tak senonohlah"Marah cempaka sambil menutup mukanya.

CEMPAKA (UNEDITED )Where stories live. Discover now