Seharian bertungkus lumus di tapak projek tengku imran merasakan badannya agak berlengas.dia memandu keretanya dalam keadaan sepi,tiada suara dari dj radio mahupun lagu berkumandang seperti biasa,yang ada hanya otaknya yang ligat memikirkan masalah rumah tangganya.stereng kereta diketuk dengan menggunakan jarinya.
Beberapa minit kemudian timbul senyuman di bibirnya.kalau dahulu dia boleh mendapatkan cempaka kembali kenapa bukan sekarang.dia memandu laju menuju ke rumah banglo milik keluarganya.otaknya sedang ligat memikirkan pelan pelan menawan kembali hati isterinya.Malam itu tengku imran menjamu selera bersama daddynya berdua.
"Daddy im nak cakap something ni"
Tengku huzair hanya mengangguk
"Mmm i think i want to stay at my apartment for a while"
Tengku huzair sudah mengangkat keningnya hairan
"But you promised me"tegas suara tengku huzair.dia tidak mahu perkara lama berulang kembali.
"Yeah i know but im nak duduk situ sekejao je sampai projek taman tema kita selesai.lagipun apartment im lagi dekat dengan office and i prefer to be alone there for A while"tengku imran cuba memberi alasan.
Tengku huzair berfikir sejenak,
"Tapi daddy tak nak dengar apa apa gosip tentang skandal kamu sepanjang kamu duduk di situ or you will regret all of your pointless action"
Tengku imran yang mendengarnya tersenyum.rancangannya menjadi.siaplah cempaka jangan harap nak lari dari dirinya lagi.
"Ok dad,i 'll remember"tengku imran meneruskan suapan dengan berselera.besok dia akan pulang ke apartmentnya dan memulakan rancangannya.
---------------------------------------------------------
Cempaka termenung kosong memandang kaca televisyen yang sedang terpasang.hatinya bukan di situ dia memerlukan ketenangan namun apakan daya dia terkurung si sangkar mewah suaminya.Cempaka segera bangun dan berlari ke tingkat atas saat terdengar pintu dibuka.siapa lagi kalau bukan suaminya.
"Ish dia ni tak payah balik kan bagus.malas nak lawan lawan mata,jeling jeling pastu nanti aku juga yang kena"semua kesalahan pastu akan berbolak kepada dirinya.itulah sifat tengku imran tidak boleh menerima kekalahan...
Cempaka mempercepatkan langkahnya menuju ke bilik tetamu.ye dia malas mahu tidur di bilik utama semenjak dua menjak ini.hatinya sakit jadi dia lebih selesa tidur di bilik tetamu walaupun sewaktu ketiadaan tengku imran.
Baru kakinya melangkah ke anak tangga teratas dirasakan pinggangnya direntap kasar dan dipeluk erat.dia pasti itu pasti susuk suaminya.siapa lagi kalau bukan suaminya yang berani berkelakuan begitu dengan dirinya.
Tengku imran yang baru pulang dari tempat kerja segera mengejar isterinya yang laju melangkah ke tingkat atas.bukan main laju langkahnya nampak sangat marahnya.
Segera ditarik pinggang ramping isterinya lalu didakap erat.betapa dia rindu akan isterinya,kali ini dia akan memastikan isterinya menjadi miliknya semula.
Cempaka cuba melepaskan diri namun tengku imran berkeras tidak mahu melepaskannya.
"Sayang dah makan,abang lapar lah."tengku imran bersuara sambil menyelak rambut cempaka.
Cempaka pelik dengan tengku imran.bukankan suaminua itu sedang marah.
Cempaka memalingkan mukanya dan melepaskan dirinya dari dakapan tengku imran.
Cempaka segera menjarakkan diri dari tengku imran dan berpusing untuk beredar namun tengku imran lebih pantas dengan mengangkat cempaka dan diletakkan di atas bahunya.
YOU ARE READING
CEMPAKA (UNEDITED )
Romance* A REALLY SLOW UPDATE DAN JANGAN BACA JIKA ANDA TIDAK SUKA MENUNGGU. SAYA CUBA HABISKAN BUKU INI.. MAAF * Tengku imran yang dingin Cempaka yang pemalu,perkahwinan yang penuh tanda tanya namun dipenuhi dengan keindahan,penyatuan dua jiwa yang baru...